Sepohon durian Golden Phoenix (GP) yang wak tanam di dusun WP berusia lima tahun sudah dua kali berbunga. Bunga kali pertama pada tahun lepas hanyalah beberapa tangkai dan tidak menghasilkan buah langsung. Alhamdulillah bunga musim kedua kali ini menghasilkan beberapa biji buah yang cantik. Buah sulungnya gugur pada hari ini dan dapatlah wak merasai kelazatannya.
Durian Golden Phoenix tersenarai di antara tujuh jenis durian popular di Malaysia tetapi taburannya amat terhad tertumpu di negeri Johor sahaja. Ia didaftarkan sebagai durian D198 dan ciri istimewanya ialah mempunyai biji durian yang kesep dan isi yang tebal.
Wak ada rakamkan perkembangan buah durian GP dari mula berbunga sehinggalah dituai.
Buah sulung durian GP yang gugur pada hari ini.
Buahnya masih susah dibuka.
Isinya berwarna krim atau kuning pucat dan bertekstur halus.
13.02.2020 - Bunga durian GP.
22.02.2020 - Bunga durian GP mula berkembang.
28.03. 2020 - Putik buah durian GP.
04.04.2020 - Putik buah semakin membesar.
Kebanyakan putik buah akan gugur.
21.04.2020 - Buah muda durian GP.
18.05.2020 - Keadaan pokok durian GP.
Ada lebih kurang 30 biji buah yang kekal.
01.06.2020 - Buah durian GP semakin membesar.
09.06.2020 - Buah durian GP hampir matang.
Oleh kerana buahnya rendah,
wak mengikatnya dengan tali.
14.06.2020 - Buah sulung yang matang.
Buah durian GP bersaiz sederhana (1.5 - 2.0 kg)
Berbentuk lonjong sekata.
Duri yang halus dan bau yang agak tajam.
Dua ulas sepangsa dan ada isi kecil di hujungnya.
Rasanya lemak manis berkrim dan sedikit pahit.
Biji yang kesep.
Tentulah isinya tebal dan puas makan.
uish,dahsyat namanya..Golden tu
BalasPadamkalau jual berapa sekilo ni.
BalasPadamSaya suka makan durian, malangnya harga durian terlalu mahal bagi saya... :(
BalasPadamWak !! kenapa rumah kita berjauhan !!
BalasPadamkalo tak buat muka x malu da pi mintakkkk..
Wahh bestnya.. bijinya kec! Puas makan ni wak
BalasPadamBijinya kecil
PadamBanyaknya durian. Lepas tu rendang buah-buahan tu bergayutan di pokok.
BalasPadamWow bestnya..cubaa wak bagitau di mana kebunnya..saya nak pergi
BalasPadamSedap ny durian...dpt tempoyak pn sedap
BalasPadamsedapnya durian biji kesep mmg puas makan
BalasPadamdia punya tangkai tu panjang yek wak... kene selalu di jaga dusun wak ni senang kalau orang nak mencopet buahnya sebab rendah tu wak... bestnya lahai
BalasPadamFirst time dengar nama durian Golden Phoenix
BalasPadamWarnanya cantik.Isinya tebal dan berbiji kesep.Allahu.Nikmat sangat.
BalasPadamsedapnyaaaa
BalasPadamMeriah nya buahnya wak.. syukur byk hasilnya..
BalasPadamJelesnya saya yg nengok ni wak...
BalasPadamGeram je baca post ni wak
BalasPadamSiap ikat! Bijak2...!
BalasPadamFirst time dengar durian golden phoenix..teringin nak cuba.
BalasPadamBaru nak tanya rendah ke pokoknya. Rupanya betul. Syok betul senang nak jaga pokok durian ni siap boleh ikat. Gerammmmm je tengok durian ni
BalasPadamFuh..nama GP tu dah bunyi hebat!
BalasPadamMemang terbaik...buah rendah, biji kesep.
Peminat durian mesti geram tengok buah ni
BalasPadamTebal betul isinya.. Puas makan..
BalasPadamora eneng maling yo wak WP neng kebon duren kuwe?
BalasPadam5 tahun sudah berbuah ye WP..
BalasPadamPokoknya pun rendang..
Untung berbudi pd tanah ni..
Saya sangat suka durian..
Di Shah Alam beli durian kg 4 biji RM100.00
Baru2 ni balik kg bila Abah PM beri kelepasan merentas negeri.. Alhamdulillah syukur dpt mkn durian puas2. 10 biji RM 60.00
Fuhh! cantiknya isi durian. saya belum berkesempatan lagi nak makan durian ni
BalasPadamAduh.....sedapnya! Pokoknya tak besar tapi hasilnya boleh tahan. Nampak puashati kalau dapat durian begini.
BalasPadamAllahuakbar...sedapnya tengok biji dia kecik bebenor....mesti puas gilerrr makan!
BalasPadamSA hanya tau makan durian je..kalau tanya jenis dan nama dia memang SA x tau la...
BalasPadam