Sabtu, 31 Julai 2021

Sunset di Padang Ragut

 Salam bertani

Lewat petang tadi, wak ke padang ragut untuk memantau seekor lembu yang melahirkan anak sulung beberapa hari yang lalu. Kebetulan pada waktu itu matahari dah nak terbenam, jadi wak ambillah beberapa gambar untuk dimuatkan dalam entri pada kali ini. Jom layan


Pemandangan waktu  matahari hampir terbenam 
di padang ragut


Cahaya matahari semakin pudar
Suasana sunyi dan tenang



Sisi cermin pandang belakang


Selamat beradu matahariku


Pemandangan membelakangkan matahari


Alhamdulillah
si Mon melahirkan anak sulung betina 
beberapa hari yang lepas

Salam bertani



Rabu, 28 Julai 2021

Isnin, 26 Julai 2021

Jom Nyawit

 Salam bertani

Sudah lama rasanya wak tak cerita pasal kerja-kerja nyawit. Dua pagian ini wak lakukan kerja memotong buah kelapa sawit di kebun tepi sungai. Semalam pagi memotong buah sawit dan hari ini mengumpulkan menggunakan kereta sorong. Memotong buah kelapa sawit biasanya dilakukan 3 minggu sekali. Alhamdulillah selesai juga buat kerja sorang-sorang.


BTS yang siap dituai dikumpulkan di tepi jalan kebun
sebelum dibawa ke pusat jualan



Tandan sawit yang siap dipotong sebelum dikumpulkan


Kumpulkan gunakan kereta sorong aje


Sepohon kelapa sawit


Kebun kelapa sawit


Buah sawit yang lerai juga dikutip dan dilonggokkan sekali.

Salam bertani.

Sabtu, 24 Julai 2021

JDT 12

 Salam bertani


Hasil tuaian daripada dusun
Buah nangka tu hampir 30 kg


Budak Otto tidur kurang sopan


Buah limau barli sunkist ni dah boleh tuai


Putik buah labu manis


Haiwan ni boleh dikatakan ada di setiap pokok anak durian.
Haiwan berguna yang mengawal serangga perosak tanaman


Buah longan ping pong


Beli baja untuk anak pokok durian dan tanaman lain.
Acrecio tu adalah baja folier, harganya RM250.00/5L


Anak-anak ayam hutan pun dah tak nak tidur di hutan
Cari reban sebab lebih selamat dan ada makanan


Buah duku terengganu dah nak kuning mencelah


Ayam kampung dewasa untuk tuaian telur ayam


Pokok lokio tanam dalam pasu aje


Pokok rambutan pusaka di depan rumah
Umurnya lebih tua daripada wak
Jenis rambutan zaman dulu ni dah takde orang tanam


Tanaman sayur kampung tepi rumah


Berita tentang lambakan durian terutama di pantai timur dan
utara semenanjung.
Musim durian di JDT termasuk dusun wak dah lama berakhir


Ayam mutiara dah turun tanah
Hidup 9 ekor daripada 10 ekor anak yang ditetaskan.


Hasil tuaian semalam.

Salam bertani.

Selasa, 20 Julai 2021

Musim Pulasan 'Lok Daun'

 Salam bertani

Buah-buah pulasan di dusun WP sudah mula kemerahan dan ada yang sudah boleh dituai. Sebenarnya buah pulasan mengambil masa yang panjang untuk matang. Ia berbunga lebih awal daripada pokok durian tetapi matang lewat sehingga buah durian sudah habis musim gugur. Buah pulasan matang tahan lama di pokok sekiranya tidak dituai sehingga warnanya bertukar kepada kehitaman.

Dalam seminggu lagi merahlah semua buah pulasan di dusun WP. Jom layan


Close up sebiji buah pulasan


Setangkai buah pulasan matang


Kalau seminggu lagi merah cerahlah


Buahnya menunduk ke tanah


Ada yang baru nak merah


Pokok yang lain pun sama


Nak tuai tak payah pakai galah
Tak payah panjat


View keseluruhan sepohon pulasan.
Buahnya hampir kemerahan
Semakin matang, semakin bersujud ke tanah


Alhamdulillah
Buah pulasan pada tahun ini tiada yang rosak 
kerana tiada hujan panas
Buah pulasan yang hampir matang akan pecah/meletup
sekiranya terkena hujan disusuli panas yang terik


Sebenarnya wak belum tuai lagi buah-buah pulasan ni
Tunggu seminggu dua lagi sehingga merah menyala.


Salam bertani.