Jumaat, 27 November 2020

Empat Dara Duduk di Tepi Sungai

 Salam bertani

Bukan lagu tetapi lembu-lembu waklah.


si Tompok ni bulatnya lain pesen.
Tak taulah sama ada obes atau berbadan dua.
Budak2 bawah umur sekarang pun bukan boleh percaya.


si Sue ni budak baik.
Sangat mengikut kata.
Senang dijaga.


Budak Milo namanya.
Nama cadangan daripada blogger Perdu Cinta (PC)


Budak Mon sebab lahir hari isnin.
Paling muda tapi paling degil.


Budak sekor ni nyebuk aje.
Awak bukan lembu.
Awak bukan dara.
Awak bukan duduk tepi sungai.

Salam bertani.

Selasa, 24 November 2020

Pokok Pisang Benggala

 Salam bertani.

Wak ambil benih pisang ni di tempat buangan sampah. Masa tu wak tak tau pun pisang apa, cuma pokoknya macam wak tak pernah lihat sebelum ini. Jadi wak tanamlah di tepi reban ayam. Dari serumpun wak biakkan jadi empat rumpun.

Bila dah berbuah baru tahu rupanya yang wak tanam tu pisang benggala. Macam menyesal juga tanam sebab buah pisang ni tak sesuai dimakan. Isinya dipenuhi biji dan menyukarkan untuk kita memakannya. Bila dah dituai setandan tu, wak bagi makan ayam ajelah.

Pisang benggala ni ditanam lebih kepada untuk mendapatkan daunnya. Daunnya paling sesuai  digunakan untuk membungkus makanan kerana lebar, lembut dan tak mudah koyak/carik. Ia juga sesuai untuk membungkus makanan yang dibakar kerana tidak mudah hangus.

Orang-orang sebelah pantai timur memanfaatkan buah pisang benggala muda (semasa bijinya masih lembut) untuk dijadikan acar pisang. Jantung pisang benggala paling sesuai dijadikan ulaman atau sayuran kerana ia tidak birat bila dicelur atau dimasak.


Setandan buah pisang benggala matang yang dituai.
Buahnya tidak sesuai dimakan kerana dipenuhi biji


Belahan buah pisang benggala.
Kelihatan bijinya yang bersusun berwarna hitam.


Inilah rumpunan pisang benggala yang wak tanam.
Pohonnya besar dan tinggi.
Daunnya cantik, lebar dan lembut sangat sesuai
dijadikan pembungkus makanan.


Induk pisang benggala telah mengeluarkan jantung.


Jantung pisang benggala wak tuai untuk dibuat ulaman.


Ulaman jantung pisang benggala rebus.
Sangat sedap, lembut dan tidak birat bila direbus.


Buah pisang benggala muda.
Sesuai dijadikan acar pisang kerana bijinya masih lembut.


Puah pisang benggala hampir matang.
Buahnya bulat berisi kerana mengandungi banyak biji.


Buah matang yang dituai.
Wak biarkan sahaja di bawah perdu pisang untuk
dimakan oleh ayam kampung, burung dan tupai.

Salam bertani.

Sabtu, 21 November 2020

JDT 06

 Salam bertani


Petang tadi wak  pergi kerja kat kebun kena hujan.
Bawa balik setuaian ubi kayu.
Besok bolehlah goreng ke, rebus ke.


Paginya wak pegi pekan beli makanan ayam.
Sekarung RM80.00 aje


Ambil sekali 10 budak hitam ni.
Kat reban dah ada 18 ekor baru menetas.


Yang perang tu kira dah matanglah.


Baru perasan tadi, pokok abiu ni ada sebiji buah sulung.
Tengah lebat berbunga.


Hujan2 ni pukul 6 petang, ayam2 dah masuk reban.
Mereka pun ada kelompok.
Yang bawah B40
Yang tengah M40
Yang atas T20


Sampai 2 tandan sekali masak.
Hari2lah makan lempeng pisang, cekodok pisang dan kek pisang.


Susah cari baja ni
Sebeg 50 kg dekat RM200 harganya.
Baja untuk anak pokok durian.


Anak pokok durian musang king umur 2 tahun.
Di bawahnya tu tumbuh pokok sayur meranti.
Nak bagi baja Novatec Suprem.


Luka di tapak tangan nampak berdarah,
Luka di hati.........
Nasib baik hati wak  tak luka.


Budak2 tepi sungai.
Suasana yang tenang dan nyaman.



Hujan2 ni budak Putih tidur ajelah.
Bangun, makan, tidur lagi.
Patutlah obes.
Salam bertani.

Isnin, 16 November 2020

Cucu Atuk Pun Dah Kerja

 Salam bertani

Cucu lanang wak yang dah jadi rakyat Melaka tu tak dapat balik ke kampung kerana PKPB. Emaknya ada hantar gambar kat whatsapp hp wak yang menunjukkan cucu wak dah bekerja. Sampai dua kerja yang dilakukannya. Alhamdulillah, semoga dilumayankan rezekinya.


Luas juga kawasan yang dah dibersihkan.
Boleh tanam pokok durian musang king ni.


Kalau upah satu kereta RM10.00,
Sehari dapat cuci 10 kereta , lumayan juga.


Selepas penat kerja, kena rehat juga.
Pening fikirkan masalah politik negara ni.
Masalah covid 19 lagi.

Salam bertani.

MB 149 : Makanan dan Minuman Yang Tidak Sesuai Untuk Kucing

 Salam bertani






Salam bertani

Sabtu, 14 November 2020

Merun

 Salam bertani.

Hari ini wak kerja merun di kebun.  Merun bermaksud membakar untuk membersihkan kawasan kebun. Wak memerun sisa tebangan dua pokok rambutan jarum emas yang ditebang kira-kira sebulan yang lepas. Pokok rambutan tersebut wak tebang untuk digantikan dengan tanaman anak durian klon.


Api sedang marak diperunan.


Batang dan ranting rambutan dilonggokkkan
di tunggul pokok dan diperun.


Perunan pada tunggul pokok yang lain.


Perunan sedang marak


Perunan hampir selesai


Tunggul pokok selepas diperun.
Tunggul dan akar pokok akan mati.
Tunas baru tidak akan tumbuh.
Penanaman pokok baru bolehlah dimulakan.

Salam bertani.

Khamis, 12 November 2020

The Gun In The Jug

 Salam bertani

Hari ini cuaca tengah hari agak panas walau pun hari semalam hujan turun. Pulang dari kebun, wak mengait dua biji kelapa muda (degun) untuk dijadikan minuman penyejuk badan. Alhamdulillah segar rasanya.



Inilah 'The Gun In The Jug'
Jemputlah minum.


Dua biji degun yang baru dikait


Potong bahagian hujung untuk keluarkan airnya.


Isi degun yang masih lembut dan sesuai dicampurkan dengan 
airnya untuk dijadikan minuman penghilang dahaga.

Salam bertani.

Isnin, 9 November 2020

Gendala Padang Ragut

 Salam bertani


Pihak JPS telah melaksanakan projek membersihkan sungai tempat wak menggembala lembu. Akibatnya sebahagian rumput di padang ragut telah terjejas kerana projek tersebut. Padang ragut memerlukan masa sebulan untuk pulih semula sekiranya musim hujan. Nampaknya lembu-lembu wak terpaksa berdiet lagi.



Jentera pengorek sedang membersihkan tebing sungai
tempat wak menggembala lembu


Keadaan padang ragut selepas tebing sungai digali


Selepas selesai kerja-kerja pembersihan sungai
Rumpur di tebing sungai sudah dibersihkan.


Selepas seminggu rumput sudah mula tumbuh kembali


Si Zura, Covid 20 dan Corona terpaksa berdiet
Kelihatan perut mereka yang slim kerana kurang makanan




Keadaan padang ragut sebelum sungai dibersihkan.

Salam bertani.