Khamis, 30 Ogos 2018

Pokok Bauhinia Dah Berbunga

Salam bertani.

Kira-kira enam bulan yang lalu, WP ada menanam dua pohon anak benih pokok bunga bauhinia di tepi kiri dan kanan pagar rumah. Anak benih pokok bauhinia boleh disemai melalui biji benihnya. Kini pokok-pokok  hiasan memanjat  ini telah mula berbunga buat pertama kalinya.


Sepohon bunga bauhinia yang memanjat pagar mula berbunga


Bunga yang menarik dan tahan lama.


Mengeluarkan kekacang yang mengandungi biji benih




Sepohon lagi di sebelahnya juga berbunga buat pertama kalinya.

Salam bertani.

Ahad, 26 Ogos 2018

Buah Rambai.

Salam bertani

Ada dua pokok rambai yang sedang berbuah di belakang rumah WP. Buah rambai merupakan buah-buahan tempatan terakhir pada setiap musiam buah-buahan tempatan. Walau pun buah rambai kurang bersifat komersial, ia tetap ada peminat tersendiri kerana kurangnya persainga dengan buah-buahan popular lain yang sudah tamat musimnya.










Salam bertani.

Selasa, 21 Ogos 2018

Salam Idul Adha 1439H

Salam bertani





Pokok Limau Kumquat

Salam bertani

Seingat WP, pokok limau ini telah ada di kebun sejak dari tanaman getah lagi. Sekarang kawasan kebun telah dijadikan dusun, dan generasi pokok limau ini masih bertahan. Ia tidak ditanam sebaliknya tumbuh daripada biji benihnya yang disebarkan oleh binatang yang memakan buahnya.

Pokok limau kumquat adalah tumbuhan renek yang lambat membesar tetapi cepat mengeluarkan hasil. Ia boleh ditanam di dalam pasu sebagai pokok hiasan kerana saiznya pokoknya yang kecil dan rajin berbuah. Buahnya lebih kecil daripada limau kasturi dan berbentuk agak lonjong. Rasanya sangat masam sama seperti limau kasturi tetapi di bahagian dalam kulitnya agak manis.

Buah limau kumquat boleh dijadikan jus minuman, sambal belacan dan jeruk/halwa limau. Ia juga sesuai dijadikan tanaman hiasan di dalam pasu yag biasa dijual semasa perayaan Tahun Baru Cina.



Buah matang berwarna oren terang


Anak-anak pokok limau kumquat yang tumbuh di perdu induknya.
Pokok-pokok kecil itu sudah berbuah. 


Buah muda


Bentuk buahnya seperti limau kasturi tetapi agak lonjong


Hampir matang dan sudah sesuai dituai


Berbuah lebat


Bentuk daun limau kumquat.

Salam bertani

Sabtu, 18 Ogos 2018

Ayam Denak

Salam bertani

Ayam denak ialah ayam hutan yang dipelihara untuk dijadikan ayam pikat. WP ada memelihara ayam denak tetapi bukan untuk dijadikan ayam pikat sebaliknya hanya untuk suka-suka (hobi) sahaja.. Keturunan ayam denak ini asalnya adalah ayam hutan asli yang datang mencari makanan di reban ayam kampung.

Generasi ayam denak ni sudah menjadi jinak tetapi masih mengekalkan sifat-sifat asalnya seperti mahir terbang, tidur di atas pokok dan sukar didekati terutama bagi orang yang tidak dikenali. Saiznya juga masih seperti saiz ayam hutan asli serta mempunyai cuping telinga putih, cuma bentuknya agak bulat kerana makan dedak sepanjang masa.


Ayam denak jantan dewasa. 


Baru bersalin bulu.
Sebahagian bulu ekornya sedang tumbuh


Sepasang ayam hutan denak dewasa


Ibu ayam hutan denak sedang mengeram.


Memelihara 6 ekor anak yang baru menetas.


Ibu ayam kampung ini memelihara 'anak tumpang'
daripada telur ayam hutan yang dieramkannya.


4 ekor anak ayam hutan asli dan seekor ayam hutan denak (di hadapan)


                                         Anak-anak ayam hutan berumur beberapa bulan.

Anak ayam hutan denak jantan



Anak ayam hutan denak betina.

 Daging ayam hutan yang dipelihara dan telurnya sesekali menjadi menu santapan WP sekeluarga.

Salam bertani.


Khamis, 16 Ogos 2018

Buah Duku JDT

Salam bertani.

Di dusun Warisan Petani ada ditanam beberapa pokok duku Johor yang sudah mengeluarkan hasil.
Pada musim buah kali ini cuma ada dua pokok sahaja yang berbuah lebat. Buah duku Johor berbeza dengan buah duku Terengganu, dokong atau pun langsat. Buahnya berbentuk bulat dan mempunyai kulit yang lebih tebal. Buah yang cukup matang rasanya manis tetapi ada juga yang masam. Buah yang dituai perlu disimpan sehari dua sebelum dijual.

Pengeluaran buah duku Johor semakin berkurangan kerana banyak dusun duku yang telah ditebang dan digantikan dengan tanaman kelapa sawit atau kelapa mataq yang lebih menguntungkan. WP menanam beberapa pokok duku Johor untuk memeriahkan dusun sahaja.

Buah duku Johor akan ada di pasaran dalam seminggu dua lagi. Buah duku Johor dan buah rambai
biasanya menjadi penutup musim buah-buahan tempatan.


Buah duku Johor hampir matang


Sepohon duku Johor yang rimbun dan sedang berbuah di dusun WP.


Buah duku Johor berwarna hijau semasa muda.


Berbuah lebat pada batangnya



Buahnya hampir mencecah tanah.


Setangkai buah duku Johor.
Buah yang hampir matang, 
rasanya masih masam.




Boleh dituai seminggu dua lagi.


Pengawal buah berehat di atas pokok.


Isi buah duku Johor.
Biasanya ada 5 ulas.
Kulitnya agak tebal.

Salam bertani.