Jumaat, 31 Januari 2020

Anak Ayam Turun Tanah

Salam bertani

Hari ini wak menurunkan 30 ekor anak ayam yang berumur dua bulan daripada sangkar didik ke dalam reban. Anak-anak ayam tersebut akan dikurung di dalam reban berpasir selama seminggu sebelum dilepaskan bebas pada waktu siang.

Anak-anak ayam ini adalah anak ayam kampung kacuk daripada pejantan ayam siam dan induk ayam gajah. Induk ayam gajah tidak mengeram, jadi wak gunakan induk ayam kampung asli untuk mengeram. Anak-anak ayam kampung kacuk ini lebih cepat membesar dan saiznya lebih besar daripada ayam kampung asli apabila dewasa. Ayam kampung kacuk ini boleh dituai apabila mencapai umur empat bulan.


Hari pertama anak-anak ayam menjejakkan kaki ke tanah.
Akan dikurung selama seminggu sebelum boleh dilepas 
bebas pada waktu siang. 


Makanan dan air minuman disediakan di dalam reban.
Reban berpasir untuk anak ayam belajar mengais.


Anak-anak ayam semasa di dalam sangkar didik.
Sangkar didik berlantai tinggi dan najis ayam akan jatuh ke bawah.


Anak-anak ayam tinggal di sangkar didik daridapa umur dua
 minggu sehinggalah dua bulan sebelum dilepaskan ke reban berpasir.


Induk ayam kampung akan memelihara anak-anak angkatnya
daripada menetas sehinggalah berumur dua minggu, sebelum dipisahkan.


Inilah salah seekor induk ayam gajah.
Ayam ini bersaiz besar tetapi tidak tahu mengeram.


Pejantan ayam kampung siam dan induk ayam gajah
menghasilkan anak ayam kampung kacuk.


Salam bertani.

Khamis, 30 Januari 2020

Cuti Ngebon

Salam bertani.

Semalam petang hujan turun dengan lebatnya sehinggalah ada kawasan yang dilanda banjir kilat di JDT ini. Jadi hari ini wak cutilah daripada kerja berkebun. Cuma kerja-kerja rutin seharian tu kena buatlah juga seperti memberi makan ayam dan menjaga ternakan lembu.

Pagi ini wak jalan-jalan saja keliling rumah dan kawasan dusun sambil bawa hp cap ayam untuk merakan beberapa gambar untuk dimuatkan dalam blog bersawang ni. Mula-mula ni wak tunjukkan dulu sebahagian daripada gambar-gambar tanaman di sekeliling rumah.


Orkid kampungan di sudut halaman


Bunga pagoda di tapak semaian


Pokok pisang tanduk di pintu dapur dah berbuah


Sepohon bunga kertas di hadapan rumah


Nanas sarawak ni dah boleh tuai


Anak kuini di luar pagar sudah berbunga


Bunga sulung pokok kuini di atas


Pokok abiu sebaya dengan pokok kuini tetapi belum berbunga


Dah puas makan buah betik kat pintu dapur ni


Tunggu buah limau bali sunkist ni masak



Walaupun kecil, buahnya lebih 10 biji


Pokok belimbing buluh dekat beranda dapur.
Berjujuk buah-buahnya


Buah kelapa mataq tak habis makan


Keledek sayur tepi tembuk


Cuaca panas pagi ni
Dua pokok durian tembaga di belakang rumah tu
baru menghabiskan buahnya.


Pokok remayung panjat pagar.
Tempayan antik tu dari Wuhan.


Pokok kesum di bawah ampaian


Pegaga kampung  tumbuh sendiri


Tuaian dusun pagi ini.

Salam bertani.

Isnin, 27 Januari 2020

MB 120 : Pokok Pisang Istimewa

Salam bertani


Pokok pisang ini kelihatannya sudah mati kerana batang dan daunnya sudah kering sekian lamanya.
Malah sebahagian daripada batangnya sudah reput dan tumbang menghempap pokok di sebelahnya.



Sejak beberapa hari yang lalu, wak baru perasan pokok pisang ini mengeluarkan jantung pisang
di tengah-tengah batangnya yang reput itu.


Jantung pisang mula kembang dan kelihatan putik-putik buah pisang yang dihasilkan.
Pisang istimewa ini memegang prinsip ' selagi hidup biar berbakti'.
Kalau manusia mati meninggalkan nama, pokok pisang mati meninggalkan hasilnya.

Salam bertani.

Isnin, 20 Januari 2020

MB 119 : Popiah Pisang Goreng

Salam bertani





Sumber : mStar

Minum petang ini, pn is3 wak buat  buat popiah pisang goreng.


1. Kulit popiah, cheese dan isi pisang nipah dibelah dua.


2. Sapukan  'hazelnut spread with cocoa' sebelum dibalut


3. Yang ini isi pisangnya disalut dengan isi durian 


4. Siap untuk digoreng


5. Popiah pisang goreng sedia untuk disantap.
3 keping menggunakan hazelnut koko.
Sekeping gunakan isi durian.

Nak tahu kelazatannya, cubalah buat sendiri.

Salam bertani.

Sabtu, 18 Januari 2020

Musim Mengeram

Salam bertani

Beberapa ekor ibu ayam yang wak ternak sedang mengeram. Seekor ibu ayam boleh mengeramkan telur sebanyak 10 hingga 15 biji. Telur ayam yang subur akan menetas selepas 21 hari dieramkan.
Ada ibu ayam yang mendidik anak-anaknya dan ada juga anak-anak ayam yang dididik tanpa ibunya.
Wak jangkakan anak-anak ayam ini sesuai dituai mejelang bulan Ramadan dan Syawal nanti.



Seekor ibu ayam sedang mengeram


Ibu ayam ini mengeram di dalam bekas pengeraman


Kongsi telur


Perlu masa 21 hari memanaskan telur


Ibu ayam yang mengeram tidak akan makan dan minum
selama beberapa hari.


Ibu ayam memelihara anak-anaknya yang baru menetas.
Ibu ayam dan anak-anaknya di kurung di dalam sangkar didik.
Anak-anak ayam ini berumur seminggu.


Anak-anak ayam yang baru menetas.
Dididik tanpa ibunya.
 Gunakan mentol 5w untuk pemanasan.



Anak ayam yang baru menetas.


Bapak ayam.
Banyak bini tapi tak tau bertanggung jawab
(tak mau bela anak).

Salam bertani.

Rabu, 15 Januari 2020

WW 161 : Penatnya Ngebon

Salam bertani


Rehat sebentar.
Tapi kalau boleh jangan ambil rokok.

Salam bertani

Ahad, 12 Januari 2020

Ulat Gulung Daun Pisang

Salam bertani

Daun pisang awak yang wak tanam di tepi pagar telah diserang oleh ulat gulung daun pisang. Ulat ini akan menggulung daun pisang sebagai makanan dan perumahnya. Serangan yang kritikal akan menyebabkan daun pisang menjadi gondol dan kekuningan. Cara yang mudah mengawalnya ialah dengan membuang atau menanggalkan gulungan daun pisang tersebut.

 Dulu-dulu wak selalu gunakan ulat gulung daun pisang ini sebagai umpan untuk memancing. Ikan keli, baung dan lais sangat sukakan ulat daun pisang ini. Burung gagak juga gemar menjadikan ulat gulung daun pisang ini sebagai makananya.



Gulungan daun pisang yang mengandungi ulat


Gulungan daun pisang yang telah ditanggalkan



Gulungan yang kemas dan cantik


Gulungan daun pisang yang telah dibuka


Inilah ulat yang terdapat di dalam gulungan daun pisang.


Setiap gulungan mengandungi seekor ulat.
Ulat menjadikan daun pisang yang digulungnya sebagai makanan.

Salam bertani.