Salam bertani.
Rabu, 28 Februari 2018
Isnin, 26 Februari 2018
MB 36 : Tuaian Hasil
Salam bertani.
Salam bertani.
Berebut2 untuk berbakti kepada tuannya.
Rutin harian
Tuaian seharian.
Perlu dikutip setiap hari untuk mengelakkan dieram.
Bolehlah buat beli beras dan ikan.
Salam bertani.
Khamis, 22 Februari 2018
Belimbing Buluh Berbuah Lebat
Salam bertani.
Pagi semalam sewaktu hendak pergi bekerja, WP disapa oleh sepohon belimbing buluh yang sedang berbuah lebat. Hampir tak perasan, sebahagian buah-buahnya sudah boleh dituai. Terima kasih wahai pokok belimbing buluh yang sentiasa berbakti walau pun kadang-kadang hasilnya berguguran ke tanah begitu saja.
Kalau orang Pahang, mungkin buah belimbing buluh ini boleh dimanfaatkan jadi 'sambal hitam'.

Rabu, 21 Februari 2018
Selasa, 20 Februari 2018
Souvenir Daripada Mrs A
Salam bertani
Minggu lepas WP terima souvenir comel ni daripada blogger Mrs A (Pn Maziah binti Azalli). Terima kasih sangat-sangat sanggup bersusah payah memberikan hadiah kerana WP rajin komen entri-entri 'my blog my story'.
Tak sangka pulak boleh dapat hadiah kerana rajin komen. Sebelum ni pun pernah dapat cenderamata daripada CikLa Shahril (dua kali) atas sebab yang sama. Terima kasih kepada ke dua-dua blogger yang baik hati ini.
Sebenarnya WP tak pernah lagi menyertai mana-mana segmen giveaway atau bloglist yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger. Apatah lagi menjemput Nuffnang atau Adsense untuk menjana pendapatan. WP baru belajar mengenali dunia blogging dan hanya bertujuan untuk mengisi masa lapang dan menyimpan memori bertani untuk masa hadapan.
Waalaikumsalam.
Setinggi penghargaan kerana mengirimkan sourvenir yang banyak kegunaannya untuk dunia blog ini.
Semoga dipermudahkan segala urusan seharian Mrs A sekeluarga.

Isnin, 19 Februari 2018
MB 35 : Membaja Dusun
Salam bertani
Pagi Ahad semalam WP membaja pokok buah-buahan di dusun. Musim panas sekarang menandakan pokok buah-buahan akan mula mengeluarkan bunganya tidak berapa lama lagi. Pokok kuini, pulasan dan durian akan mengeluarkan bunganya lebih awal diikuti oleh pokok buah-buahan bermusim yang lainnya.

Baja sebatian yang digunakan.
NPK 13:10:20+3S
Nitrophoska Red Premium ialah baja sebatian yang digunakan
untuk menggalakkan pertumbuhan dan pengeluaran bunga.
Biasanya dipanggil baja NPK Merah atau baja bunga.
Mengandungi 13 % Nitrogen
10 % Phosphate
20 % Kalium/Potassium
3 % Sulphur
( Kandungan Kalium yang lebih tinggi untuk pengeluaran
bunga dan buah)
Butiran baja dituangkan ke dalam baldi sebelum ditaburkan
ke perdu pokok buah-buahan.
Salam bertani
Khamis, 15 Februari 2018
Pokok Nangka Galak Berputik
Salam bertani
Pokok-pokok nangka di kebun WP mula mengeluarkan putik buah semasa musim panas sekarang.
Ada nangka madu, nangka siam, nangka merah, nangka cempedak dan juga nangka kampung. Buah nangka muda perlu dipilih dan dibuat penjarangan sebelum dibungkus.
Pokok buah-buahan bermusim seperti durian, kuini dan mempelam juga sudah mula berbunga dan akan diikuti oleh pokok buah-buahan lain.

Nangka madu
Nangka siam
Nangka siam
J33
J33
Mantin
Salam bertani.
Rabu, 14 Februari 2018
Isnin, 12 Februari 2018
MB 34 : Pokok Kacang Botor Tepi Pagar.
Salam bertani.
Antara tanaman sayuran yang paling mudah ditanam dan banyak mengeluarkan hasil ialah pokok kacag botor. WP akan mempastikan sentiasa ada tanaman ini di sekeliling rumah untuk mendapatkan hasil bagi kegunaan sendiri dan lebihnya untuk jualan.

Langgan:
Catatan (Atom)