Selasa, 19 April 2022

MB 188 : Bella vs Siti Bainun

 Salam bertani


Anak Kechik dah berumur dua minggu lebih.
Ramai yang cadangkan nama 'Ramdan' tapi
wak fikir tak berapa sesuai sebab dia betina.


Wak cadang nak daftarkan nama 'Bella' tapi tak jadi pula


Jadi wak panggil 'eNon' ajelah
Hai 'eNon'

Salam bertani

Jumaat, 15 April 2022

Tanam Pokok Peria Katak

 Salam bertani

Wak ada tanam beberapa pokok peria katak di tepi pintu pagar rumah. Nampaknya hidup subur dan tak sangka pula berbuah banyak hingga tak termakan. Dapatlah juga jiran-jiran merasa  buah peria katak.

 Rasa buah peria katak sangat pahit tetapi mempunyai pelbagai khasiat perubatan terutama bagi pengidap diabetes, penyakit kulit dan menurunkan gula darah. Peria katak juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang  mampu mencantikkan kulit dan menurunkan berat badan.




Inilah pokok peria katak yang merambat pagar
 di depan pintu dapur rumah.


Bunga jantan peria katak menghasilkan
 debunga tetapi tidak menjadi buah


Bunga betina peria katak yang akan 
menghasilkan putik buah


Sebiji buah peria katak yang sesuai dituai


Berbuah lebat menjurai pagar


Buah peria katak lebih kecil berbanding
peria biasa



Tuaian buah peria katak untuk menu berbuka puasa


Menu sayur peria katak goreng udang, 
 santapan berbuka puasa petang semalam.

Salam bertani




Ahad, 10 April 2022

MB 187 : Cucu Tumpang

 Salam bertani

Anak-anak dan cucu-cucu semuanya jauh. Yang dekat di mata cuma cucu tumpang aje







Salam bertani

Isnin, 4 April 2022

Rezeki Awal Ramadan

 Salam bertani

Semalam hari pertama ramadan, cucu wak kat tepi sungai bertambah lagi. Si Kechik melahirkan anak ke-dua. Kali ini baby  betina. Anak pertama Kechik jantan, si Kobit tu. Alhamdulillah, rezeki awal ramadan.


Anak lembu ni baru aje lahir
 Lahir pada petang 01 ramadan


Anak lembu betina setengah jam selepas dilahirkan
Wak tengah fikir nak bagi nama apa


Anak lembu yang baru lahir,
 bila berdiri aje terus cari susu


Si ibu tu nama aje Kechik
Tapi saiznya besar macam anak gajah


Apis dan Nona menziarahi ahli baru


Anak pertama Kechik dah besar gedabak
Wak panggil Kobit.

Salam bertani