Salam bertani.
Sepohon jambu air yang sedang berbuah dan berbunga lebat.
Salam bertani.
Isnin, 30 April 2018
Khamis, 26 April 2018
Telur Jantan
Salam bertani.
Istilah 'telur jantan' mungkin tidak pernah ujud dalam ilmu pertanian, tetapi dalam amalan pertanian seharian tidak mustahil perkara ini menjadi sebutan. Telur jantan biasanya dirujuk kepada saiz telur ternakan yang luar biasa kecil saiznya berbanding saiz biasa. Ia dikatakan dihasilkan oleh ternakan unggas jantan seperti ayam, itik dan burung.
Sepanjang pengalaman WP menjadi penternak, sudah biasa menemui telur bersaiz kecil terutama sekali telur ayam yang dikatakan dihasilkan oleh ayam jantan. Kesahihan dakwaan ini tidak dapat dipastikan kerana belum dapat melihatnya dengan mata kepala sendiri.

13 biji telur ayam bersaiz kecil berbanding 2 biji telur
ayam kampung bersaiz nornal. Telur-telur kecil itu
dikatakan dihasilkan oleh ayam jantan (bapa ayam).
3 biji telur itik bersaiz kecil berbanding 2 biji telur itik
bersaiz normal. Adakah yang kecil itu telur itik jantan?
6 biji telur burung puyuh bersaiz kecil kecil berbanding 3 biji
telur puyuh bersaiz normal. Kebetulan memang ada burung puyuh
jantan di dalam sangkar ternakan tersebut.
2 biji telur lembu jantan yang tergantung di dalam kerandutnya.
Yang ini memang sahih dan telah diakui benar.
Salam bertani.
Rabu, 25 April 2018
Akhirnya Tumbang Jua
Salam bertani
Jadi petani ni;
Kita kena kuat dan hebat macam pokok durian,
kena teguh macam pokok kelapa sawit,
kena melambai awan macam pokok kelapa,
kena sedia berkhidmat macam pokok getah,
kena cantik dan lazat macam bunga kantan,
kena bermanfaat dan berkhasiat macam baja NPK,
kena bijak mengawal ancaman macam racun paraquat.
Kita kena tahan lasak macam lembu Brahman,
kena produktif macam ayam kampung, itik dan puyuh,
kena tangkas dan cekap macam kucing kampung,
kena teguh dan perkasa macam motor Yamaha Lagenda.
Begitulah semangat dan iltizam WP yang tak pernah pudar
Tak sedar kudrat dan upaya semakin sukar
Usia dah dimamah masa
Warga emas meniti senja.
Tiga hari berturut-turut,
Mengerah tenaga dalam hujan dan ribut,
Akhirnya tumbang jua.

Rabu, 18 April 2018
Selasa, 17 April 2018
Pokok Limau Sunkist
Salam bertani
Salam bertani.
Sepohon limau sunkist subur menghijau di belakang stor.
Ditanam melalui pembiakan tut/markot.
Buah limau sunkist
Pokok yang rajin berbuah
Setangkai buah yang hampir matang.
Buahnya tak perlu dibungkus.
Buah yang dituai.
Sudah matang walau pun masih berwarna hijau
Isi buah limau sunkist.
Tiada biji.
Manis dan berjus.
Enak bersari.
Jom bertani.Salam bertani.
Isnin, 16 April 2018
Ahad, 15 April 2018
Pokok Nangka
Salam bertani.
Kebanyakan pokok nangka madu di dusun WP sedang musim berbuah. Buah-buahnya masih muda dan dijangka boleh dituai dalan bulan puasa nanti. Buah-buah nangka ini perlu dibuat penjarangan untuk mendapatkan saiz dan kualiti yang baik. Ia juga perlu dibungkus untuk mengelakkan busuk akibat serangan lalat buah dan ulat pengorek buah.

Sudah sesuai untuk dibungkus
Buah yang kecil perlu dibuang.
Hanya perlu sebiji sahaja untuk setangkai buah.
Buah nangka yang telah dipilih sebelum dibungkus.
Buah nangka mantin
Nangka cempedak.
Sesuia dijadikan nangka sayur.
Perlu dibungkus.
Buah sulung nangka madu J33
Pokok yang rajin berbuah
Buah-buah nangka madu yang telah dibungkus.
Sebiji setangkai setiap bungkusan.
Salam bertani.
Khamis, 12 April 2018
Pokok Rambutan Mula Berbunga
Salam bertani
Kebanyakan pokok buah-buahan bermusim yang terdapat di dusun WP sudah mula berbunga sekarang. Pokok-pokok durian, pulasan, manggis, rambutan, duku JDT, duku Terengganu, kuini, dan rambai semuanya berbunga. Musim tuaian hasil buah-buahan dijangka bermula pada bulan Julai nanti.
Masalah utama penanam buah-buahan sekarang ialah serangan haiwan perosak yang semakin menjadi-jadi. Populasi monyet yang yang cepat berkembang dan tidak terkawal merupakan ancaman utama yang boleh memusnahkan hasil tanaman sekelip mata.
Kesemua pokok rambutan yang ditanam adalah daripada baka klon cantuman mata tunas.
Jangan tanam pokok rambutan daripada biji benih kerana sebahagian besarnya akan jadi pokok jantan yang tidak mengeluarkan hasil. Pokok betina pula biasanya mengeluarkan hasil yang tidak berkualiti dan pokoknya cepat meninggi.
Salam bertani.
Kebanyakan pokok buah-buahan bermusim yang terdapat di dusun WP sudah mula berbunga sekarang. Pokok-pokok durian, pulasan, manggis, rambutan, duku JDT, duku Terengganu, kuini, dan rambai semuanya berbunga. Musim tuaian hasil buah-buahan dijangka bermula pada bulan Julai nanti.
Masalah utama penanam buah-buahan sekarang ialah serangan haiwan perosak yang semakin menjadi-jadi. Populasi monyet yang yang cepat berkembang dan tidak terkawal merupakan ancaman utama yang boleh memusnahkan hasil tanaman sekelip mata.
Pemandangan dusun rambutan WP.
Kesemua pokok rambutan sedang berbunga.
Pohon rambutan jarum emas yang merimbun lebat berbunga
Setangkai bunga rambutan jarum emas.
Rambutan anak sekolah mula berbunga
Sepohon rambutan jarum emas yang lain.
Rambutan gading juga berbunga
Pohonnya merimbun hingga ke tanah
Sekiranya berhasil, tuaian dijangka selepas raya nanti.
Rambutan anak sekolah baka siam
Jangan tanam pokok rambutan daripada biji benih kerana sebahagian besarnya akan jadi pokok jantan yang tidak mengeluarkan hasil. Pokok betina pula biasanya mengeluarkan hasil yang tidak berkualiti dan pokoknya cepat meninggi.
Salam bertani.
Rabu, 11 April 2018
Isnin, 9 April 2018
MB 41 : Pokok Rambai Jantan
Salam bertani.
Sepohon rambai jantan sedang sarat berbunga. Sayangnya pokok rambai jantan tidak membuahkan hasil.

Langgan:
Catatan (Atom)