Khamis, 29 Mac 2018

Anak Ayam Kampung 4

Salam bertani

Salah satu aktiviti sambilan WP ialah menternak ayam kampung. Sebahagian besar ayam kampung dewasa dipelihara untuk menghasilkan telur ayam kampung. Manakala beberapa induk ayam digunakan sebagai pengeram telur dan seterusnya memelihara anak-anak ayam yang menetas.



Induk ayam ini memelihara 15 ekor anak 
yang sudah berumur 2 minggu.



Induk ayam kampung ini pula memelihara lebih 20 ekor
anak ayam yang baru sahaja menetas.
Anak ayam diberi makan dedak halus + beras.



Anak-anak ayam ini sudah berumur 2 minggu.
Dipisahkan daripada induknya pada waktu siang.



15 ekor kesemuanya.



20 ekor anak ayam berumur dua bulan.
Akan dilepas bebas beberapa jam pada waktu siang.


Buat stok sepanjang bulan puasa nanti sehingga 
menjelang raya.

Salam bertani.

Selasa, 27 Mac 2018

Durian Jantung

Salam bertani

Musim durian sudah bermula lagi. Gerai-gerai jualan buah durian telah mulai tumbuh di tepi-tepi jalan. Beberapa pokok durian di dusun WP yang berbuah telah mula menggugurkan hasilnya. Hanya beberapa pokok sahaja yang berbuah kerana ini adalah buah luar musim.

 Salah satunya ialah pokok durian jantung. Ia dipanggil durian jantung kerana bentuk buahnya yang lonjong seperti bentuk jantung. Pokok durian jantung ini sering berbuah luar musim sedangkan kebanyakan pokok durian lain sedang berbunga sekarang.


Isi durian jantung


Buah yang baru gugur


Selain dipagar dengan plastik hitam, WP mengupah pengawal 24 jam


Bentuknya seperti jantung


Hasil dibawa pulang kerja 


Kutipan sehari semalam 


kucing tidur


Makan seulas dah kenyang.



Salam bertani.

Selasa, 20 Mac 2018

Jalan Kita Berbeza

Salam bertani


Inilah jalan yang WP lalui setiap hari untuk pergi bekerja. Suasana pagi ini lebih kurang pukul 8.00 semasa WP melaluinya.

 Gambaran tentang :
                               damai
                               indah
                               tenang
                               hijau
                               selesa 
                               nyaman
                               sunyi
                               sepi
                               lapang
                               dingin
                               teduh
                               bersih
                               segar

Mungkin berbeza dengan laluan dan suasana orang-orang bandar besar untuk ke tempat kerja.

Salam bertani.

Isnin, 19 Mac 2018

Anak Pokok Buah-buahan

Salam bertani

Selain pokok-pokok buah-buahan dewasa yang telah mengeluarkan hasil, terdapat juga anak pokok buah-buahan yang sedang membesar ditanam di dusun yang WP usahakan. Anak-anak pokok yang ditanam adalah daripada klon terpilih yang dibiakkan melalui cantuman mata tunas, cantuman baji dan markot/tut. Ada juga anak benih yang ditanam melalui biji benih.

Anak benih yang ditanam melalui pembikan tampang akan lebih cepat matang/mengeluarkan hasil, mempunyai saiz pokok yang sederhana dan hasil yang berkualiti serta terjamin ketulenannya. Dijangkakan dalam masa setahun dua lagi, pokok-pokok ini akan mula mengeluarkan hasil.



Anak pokok durian kim hong (cantuman mata tunas)
Berlatarbelakangkan pokok durian dewasa.


Anak pokok dokong (cantuman baji)


Anak pokok cempedak durian (cantuman mata tunas)


Anak pokok nangka madu (cantuman mata tunas)


Anak pokok limau sunkist (tut)


Anak pokok manggis mesta (cantuman baji)


Anak pokok durian duri hitam (cantuman mata tunas)
Di belakangnya ialah pokok rambutan dan pulasan dewasa.


Anak pokok nangka Vietnam
 (biji benih yang dibawa dari Vietnam)


Anak pokok sukun (keratan akar)


Anak pokok ciku Siam (tut)


Anak pokok durian musang king (cantuman mata tunas)
Di belakangnya ialah pokok manggis dan duku JDT dewasa.


Anak pokok durian monthong dari Thailand.
(cantuman mata tunas)


Anak pokok duku terengganu (cantuman mata tunas)


Anak pokok durian belanda (biji benih)


Anak pokok duku terengganu. (cantuman baji)


Anak pokok jambu mawar (tut)


Anak pokok limau kasturi (tut).

Ada sebahagian lagi anak-anak pokok buah-buahan yang masih dididik di dalam polibeg dan menunggu masa yang seuai untuk diubah ke dusun.

Salam bertani.

MB 38 : Jom Ngulam



Salam bertani


Pokok pegaga dan ulam raja hidup subur di belakang rumah.
Nak ngulam, petik aje bila-bila masa.












Salam bertani