Isnin, 30 September 2024

Membaja Pokok Buah-buahan Selepas Berbuah

 Salam bertani

Musim buah-buahan tempatan sudah berakhir. Wak pun sudah selesai membaja pokok buah-buahan di dusun WP. Wak nak tunjukkan baja sebatian yang wak gunakan untuk membaja pokok-pokok durian, rambutan, cempedak, pulasan dan manggis selepas  berbuah.


Wak beli empat beg baja sebatian @ 50 kg.


Baja impot keluaran Behn Meyer AgriCare jenama  ENTEC.


Mengandungi 20% N, 10%P, 10% K dan 3%S.
Kandungan N yang tinggi untuk meransang pertumbuhan
pucuk baharu dan tumbesaran pokok.


Inilah rupa paras butiran baja ENTEC
Sesuai juga digunakan untuk tumbesaran 
anak pokok buah-buahan.


Harganya RM 195.00 sebeg 50 kg.


Belanja gambar buah rambutan jarum emas.


Belanja gambar buah durian D2.
Salam bertani

Rabu, 25 September 2024

WW 571 : Bunga Kantan

 Salam bertani

Pn is3    : Bapaknya kalau pegi kebun nanti amekkan bunga kantan

Wak       : Beres

(Pulang dari kebun)

Wak      : Bunga kantan dah siap

Pn is3    : Banyaknya, nak sekuntum aje buat gulai asam pedas kepala mayung.





Salam bertani

Ahad, 22 September 2024

Buah Rambutan Gading

 Salam bertani

Buah terakhir daripada dusun WP. Buah rambutan gading. Selesai sudah musim buah-buahan tempatan pada kali ini. Kalau ada rezeki lagi, akhir bulan disember nanti akan bermula musim buah-buahan (luar musim) sekali lagi terutama sekali buah durian.


Buah rambutan gading berwarna kuning bila matang


Sudah sesuai dituai


Boleh tuai dan makan sambil bersila.


Buahnya ada yang ngeletak di atas tanah.


Hasil titik peluh petani


Tuaian awal
Sedang masak ranum.


Tuaian penutup untuk anak cucu yang pulang ke kampung
pada hujung minggu.

Salam bertani.

Rabu, 18 September 2024

WW 570 : Buah Limau Bali Sunkist

 Salam bertani

Pn is3    : Bapaknya tolonglah petikkan buah limau bali sunkist kat tepi pagar tu. Nak buat air limaulah.

Wak        : Beres

Pn is3    : Cepatnya siap

Wak        : Alah kerja senang

(A week latter)

Pn is3    : Bapaknya air limau dah siap. Jemputlah minum


Pokok limau bali sunkist sedang lebat berbuah


Buahnya ada yang hampir mencecah tanah


Setangkai enam biji


Dah boleh tuai ni


Kombinasi buah limau bali dan limau sunkist


Setelah dituai, simpan seminggu


Keratan buah limau bali sunkist


Perah cara manual aje


Pati dua biji limau yang diperah


Tambah air masak, gula dan ais,
Jemputlah minum.

Salam bertani

Ahad, 15 September 2024

Festival Batik Asli

 Salam bertani

Si batik ni berkunjung ke reban ayam wak dan menelan seekor ayam dewasa. Memang cari nahaslah.




Salam bertani

Rabu, 11 September 2024

WW 569 : Buah Kelapa Muda

 Salam bertani

Pn is3 : Bapaknya tolonglah kaitkan buah kelapa muda kat                  depan rumah tu                                                                  

Wak     : Ok, beres

(Two seconds later)

Wak     : Coconut the gun already in the jug

Pn is3  : Cepatnya

Wak     : Alah kerja senang






Jadilah suami mithali

Salam bertani.


Sabtu, 7 September 2024

Panen Buah Duku Terengganu

 Salam bertani

Wak panggil buah duku terengganu sebab bibitnya wak dapat daripada negeri Terengganu. Kebanyakan orang JDT panggil buah duku langsat tetapi orang-orang di pantai timur panggil buah duku sahaja.

Musim buah kali ini ada empat pokok duku terengganu di dusun WP yang berbuah. Cuma dua pokok sahaja yang dapat dipanen hasilnya. Dua pokok lagi yang hidup di sempadan kebun, buahnya jadi rezeki pemangsa si monyet dan tupai.


Sepokok duku terengganu.
Buahnya sudah boleh dipanen


Yang ini baharu nak kuning mencelah


Seminggu lagi masak ranumlah


Buah yang ini sudah dituai


Hasil panenan untuk anak cucu yang pulang ke kampung


Hasil panenan daripada dusun WP pada petang ini.

Salam bertani.

Isnin, 2 September 2024

Masak Lemak Rebung Buluh Manis

 Salam bertani

Sebenarnya wak nak tunjuk serumpunan pokok buluh manis yang ada di kebun WP. Kebetulan pada musim hujan ini rebungnya galak bertunas. Jadi wak tuailah sebatang rebung buluh manis ni untuk buat penganan tengah hari .


Inilah seperdu pokok buluh manis di kebun WP


Rebung buluh yang sesuai dituai.


Tuaian rebug buluh manis.


Rebung buluh yang telah dikupas kulitnya.


Isi rebung.


Rebung dipotong nipis dan direbus.


Rebung yang telah direbus bolehlah disimpan 
di dalam esbok.


Masak lemak rebung buluh manis dengan babat.

Salam bertani.