Ahad, 29 Ogos 2021

MB 169 : Student's Examination Details

Salam bertani

Anak wak yang bongsu tu beritahu dia dah habis sekolah kat Parit Raja. Dia whatsapp keputusan keseluruhan peperiksaan dia kat wak. Wak nampak macam pangkat 3 aje.

Apa-apa pun, wak ucapkan tahniah kepada dia.



Salam bertani

Jumaat, 27 Ogos 2021

Cempedak Merah

 Salam bertani

Hanya ada sepokok sahaja cempedak isi merah ini di dusun WP. Kebanyakan yang lainnya berisi kuning. Seingat wak, wak tanam pokok cempedak ini menggunakan biji benih kira-kira 7 tahun yang lalu. Ada 3 pokok yang sebaya tetapi yang dua lagi berisi kuning.

Alhamdulillah ia berbuah lebat pada musim kali ini. Buahnya besar, isinya pun besar dan padat. Puas hati kalau buat cempedak goreng atau dimakan begitu sahaja.


Isi cempedak merah


Lebih 5 kg beratnya


Enak dimakan begitu sahaja


Isinya tersusun cantik


Setelah ditarik empulurnya


Dah makan
Dah goreng
Baki 2 bekas masuk esbok


Pokok cempedak merah meriah berbuah.


Salam bertani.


Rabu, 25 Ogos 2021

Bela Ayam Kampung

 Salam Bertani

Di tempat wak ni dah dua pagian hujan sahaja. Nak berWAO (work at orchard) pun tergendala. Jadi wak nguruskan ternakan ayam kampung di belakang rumah selepas memberi mereka makanan. Sambil-sambil tu, ambil gambar sikit buat simpan dalam entri kali ini. Jom layan


Kutipan telur ayam kampung dua pagian
47 biji (rak bawah 30 biji)


Ayam kampung asli dewasa


Lepas dalam kawasan berpagar.
Akan keluar meragut rumput pada waktu petang


Ayam kampung betina akan bertelur pada waktu pagi


Wak akan kutip telur waktu tengah hari


Induk ayam kampung kacuk
Ayam kampung kacuk betina tidak mengeram


Anak ayam kampung kacuk ditetaskan menggunakan inkubator


9 ekor ayam mutiara


Anak ayam kampung asli


Anak ayam kampung kacuk berumur 2 minggu


Bekalan dedak ayam untuk sebulan
3 beg X RM85.00 sebeg


Makanan jagung hancur untuk sebulan
2 beg X RM70.00 sebag

Salam bertani


Isnin, 23 Ogos 2021

MB 168 : Siti Nor Elsa Sara Aisyah

 Salam bertani

Masa bulan puasa yang lepas anak dara wak bawa balik seekor anak bulus. Wak tanya bagi nama apa, dia jawab Elsa. Tapi pendengaran tua wak ni dengar dia sebut Aisyah. Jadi sampai sekarang wak panggil Aisyah. Anak dara dan pn is3 wak panggil Elsa Sara.


Baby Aisyah 


Kesayangan anak dara waklah ni


Elsa Sara terkini


Salam bertani.


Jumaat, 20 Ogos 2021

JDT 13

 Salam bertani


Pokok rambutan pusaka di depan rumah.
Rambutan jenis zaman dulu ni susah nak jumpa sekarang
Wak sediakan galah, sapa-sapa nak, kait ajelah


Wak didik 15 ekor anak ayam kampung kacuk
Baru berumur seminggu


Inilah duku JDT yang kulit tebal tu
Baru mula menguning
Macam ni isinya masih masam lagi


Baru sampai
Sambal nyet berapi yang viral tu
Pn is3 wak yang suka
Wak tak berani makan sebab pedas sangat


Budak ni namanya Jantan, umur 3 tahun
Wak panggil Atan aje
Ingatkan nak buat pembaka


Dah namanya musim cempedak
Setiap harilah goreng cempedak
Selagi tak jemu


Pisang 40 hari
Time buah-buahan banyak ni dia pun sibuk nak masak juga
Sapalah nak makan


Pn is3 pesan nak buah duku terengganu
Jadi wak nuailah petang tadi


Anak pokok durian duri hitam
Durian kayangan yang harga buahnya cecah RM100 sekg
Harap-harap musim depan berbungalah


Ayam kampung kacuk hitam ni wak dah sembelih
Sebelum sembelih, timbang dulu, 7 kg beratnya
Tak boleh jadi pejantan sebab berat sangat


Kucing betina ni namanya Momoy
Kira ketua kucing-kucing peliharaan di rumah wak.
Si Otto dan Kent  takut dengan dia.
Emak dia pun takut dengan dia.


Budak Kobit 20 dah mula kena tambat sebab kuat merayap
Rantai leher dia tu baharu pasang


Musim buah manggis dah nak berakhir.
Banyak buah yang tak terkutip sebab adik beradik
 dan anak cucu tak dapat pulang ke kampung.

Salam bertani

Sabtu, 14 Ogos 2021

Kolam Ikan Hiasan Mini

 Salam bertani.

Masa bulan puasa yang lepas pn is3 wak ada pasang kolam ikan hiasan mini di hadapan rumah. Siap ada air terjun dan lampu lip lap sekali. Ada juga diletakkan 5 ekor anak ikan sebagai hiasan. Dulu kan ada entri wak pasal si Kent termasuk ke dalam kolam tersebut sebab nak tangkap anak ikan. Jadi pada entri kali ini wak tunjukkanlah gambar-gambar kolam ikan yang wak snap pada pagi tadi.



Inilah kolam ikan hiasan pn is3 wak
Panel hitam tepi dinding tu adalah tempat air terjun 
dan ada lampu lip lap di dalamnya.
Tapi wak tak onkan air terjun dan lampu tu masa ambil gambar ni


Rupa bentuk kolam ikan mini
Ada satu pam air dan penapis kotoran.
Ikan hiasannya menyorok di bawah penapis air tersebut


Inilah ikan-ikan yang menghuni kolam tersebut
Masa mula masukkan dulu sebesar ibu jari aje


Ada 5 ekor semuanya
Cepat aje membesarnya


Kedudukan kolam ikan hiasan mini di hadapan rumah


Budak ni setiap pagi inilah kerjanya
Mengukur kolam


Salam bertani