Ahad, 31 Disember 2023

Bonus Akhir Tahun

 Salam bertani

Beruntunglah kakitangan awam, pesara mahu pun kaki tangan swasta yang mendapat bonus setiap akhir tahun. Bagi orang kampung yang bekerja sendiri seperti wak ni tiada siapa yang nak berikan bonus akhir tahun.

Jadi untuk menyedapkan hati dan dompet, wak terpaksalah 'create' sendiri bonus akhir tahun tu. Alhamdulillah adalah juga rezeki Allah kepada wak sebagai bonus akhir tahun.


Dua ekor anak lembu jagaan wak sudah selamat dipinang orang.


Bye bye Jermin dan Jana
Selamat membina keluarga baharu


Jermin


Jana

Salam bertani

Khamis, 21 Disember 2023

Oyen Hanya Pinjaman

 Pagi ini wak dan pn is3 tengah dalam mood kesedihan kerana cucu bongsu kesayangan si Oyen telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Oyen ditemui tidak bernyawa pada pukul 10 pagi waktu kami ingin membawanya ke vet untuk rawatan susulan.

Kisahnya bermula kira-kira tiga hari yang lepas apabila Oyen didapati tidak mahu makan dan tidak mahu keluar bilik. Kami membawanya ke vet tetapi doktor kata Oyen tidak demam dan memberikan suntikan dan tiga jenis pil untuk dimakan, Timbangan Oyen menunjukkan 9 kg, doktor kata beratnya budak ni.

Pagi ini selepas memberikan Oyen ubat dan suapkan makanan, Oyen masuk dalam bilik sementara menunggu pukul 10 untuk dibawa ke vet. Rupanya Allah lebih menyayangi si Oyen dan hanya memberikan kami pinjaman tak sampai setahun pun.

Selamat berehat Oyen. Damai dan tenanglah Oyen di sana.


Oyen ditemui kaku di tempat pembaringannya.
Si Bubu menemaninya di saat-saat akhir pemergiannya.


Bulan januari depan genaplah setahun kami menjaganya.
Tapi Oyen lebih dahulu pergi meninggalkan kami.


Sedihnya menatap wajah Oyen buat kali terakhir.


Tidurlah Oyen dengan tenang selamanya.


Jasad Oyen sebelum dikebumikan.


Berpisahlah kita Oyen buat selama-lamanya.
Memori bersama Oyen hampir setahun tetap kekal abadi.


Gambar ceria Oyen yang terakhir beberapa hari 
sebelum pemergiannya.

Salam bertani.

Isnin, 18 Disember 2023

Happy Birthday Nona

 Salam bertani

Bulan disember ni genaplah umur cucu wak si Nona tu dua tahun. Kiranya dah anak daralah. Tapi wak tak carikan lagi pasangannya sehinggalah Nona berumur tiga tahun. Semoga Nona terus sihat dan gemuk gedempul. Jom tengok Nona


Gambar Nona semasa genap dua tahun umurnya
Wak hadiahkan rantai leher baharu


Wak dah tambat Nona supaya tak merayap


Gambar Nona  dua tahun yang lepas berumur sehari.
Nona anak sulung daripada emaknya si Fiza tu

Salam bertani


Rabu, 6 Disember 2023

WW 545 : Kudapan Petang Rabu

 Salam bertani


1. singkong go dog
2. kelapa parut plus gula kerek
3. air coconut the gun


coconuts the gun

Salam bertani

Isnin, 4 Disember 2023

MB 214 : Panen Cempedak

 Salam bertani


Tuaian daripada sepokok cempedak berbuah luar musim
sebiji pun wak tak jual
wak niat kongsi rezeki kepada orang2 terdekat


Jemur dulu selepas dituai


Simpan sehari dua semuanya dah masak


Yang ni besar2 bas


Sebiji cempedak matang


Belanja isi cempedak
manis melegit


Sebiji lagi


Petang2 time ujan
pekena kopi O panas dengan cempedak goreng


Inilah pokok cempedak yang menjadi saham akhirat wak

Salam bertani

Khamis, 30 November 2023

Ayam Lohman Brown Dah Turun Tanah

 Salam bertani

Anak ayam lohman brown yang wak pelihara sudah menjangkau tiga bulan umurnya. Wak dah pindahkan ayam-ayam ini ke reban kekal berlantaikan pasir. Ayam-ayam ini akan terus tinggal di sini sepanjang hayatnya. Mereka akan mula bertelur pada usia empat bulan ke atas. Kesemua ayam lohman brown yang wak pelihara adalah ayam betina untuk menghasilkan telur.


Ayam lohman brown betina berumur tiga bulan.
Makanan dan air disediakan di dalam reban.
Akan dilepaskan bebas pada waktu petang.


Mula dipindahkan ke reban kekal selepas berumur dua bulan.
Hidup 46 ekor daripada 50 ekor anak ayam yang wak beli.



Seekor ayam betina lohman brown berumur tiga bulan.
Akan bertelur selepas berumur empat bulan.


Anak ayam lohman brown diasuh di rumah didik 
dari umur sehari hingga tiga minggu.
Mentol 40w disediakan untuk membekalkan haba.
Harga anak ayam lohman brown RM8.00 seekor.


Selepas berumur tiga minggu dipindahkan
 ke reban lantai tinggi.
Najis anak ayam akan jatuh ke bawah.


Anak ayam akan tinggal di reban berlantai tinggi
 sehingga berumur dua bulan.
Selepas itu mereka akan di pindahkan ke penempatan kekal
 reban berlantaikan pasir atau habuk kayu.


Salam bertani


Ahad, 26 November 2023

Air Limau Bali Sunkist

 Salam bertani

Wak ada tanam lima pokok limau bali sunkist di sekeliling rumah. Pokoknya kecil sahaja tetapi semuanya sudah berbuah lebat. Buahnya tidak bermusim dan setiasa ada tuaian. Biasanya buah yang dituai pn is3 wak akan perah buat air minuman. Rasanya memang lazat dan segar terutama apabila sudah disejukkan dalam esbok.


Air limau bali sunkist
Perah dua biji boleh boleh dapat satu jag (tambah air
dan sedikit gula)
Segar diminum bersama ais


Stok buah limau bali sunkist
Selepas dituai perlu disimpan selama seminggu
untuk maksimumkan bekalan airnya


Setangkai buah limau bali sunkist tepi tingkap
Yang ni dah boleh dituai


Buah limau bali sunkist yang sudah matang tidak boleh
dibiarkan sehingga kuning di pokok
Isinya akan jadi keras dan tidak berair



Buah muda


Putik buah


Sentias berbunga selepas keluar pucuk baharu


Buahnya tidak perlu disembur racun serangga atau dibalut


Salam bertani



Rabu, 22 November 2023

WW 544 : Menu Santapan Tengah Hari Rabu

 Salam bertani


Jemput makan
Bismillah


Jantung pisang rebus


Pucuk ubi pulut celur


Sambal cicah


Ikan sepat kering made in dewek (homemade)


Salam bertani