Khamis, 21 Disember 2023

Oyen Hanya Pinjaman

 Pagi ini wak dan pn is3 tengah dalam mood kesedihan kerana cucu bongsu kesayangan si Oyen telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Oyen ditemui tidak bernyawa pada pukul 10 pagi waktu kami ingin membawanya ke vet untuk rawatan susulan.

Kisahnya bermula kira-kira tiga hari yang lepas apabila Oyen didapati tidak mahu makan dan tidak mahu keluar bilik. Kami membawanya ke vet tetapi doktor kata Oyen tidak demam dan memberikan suntikan dan tiga jenis pil untuk dimakan, Timbangan Oyen menunjukkan 9 kg, doktor kata beratnya budak ni.

Pagi ini selepas memberikan Oyen ubat dan suapkan makanan, Oyen masuk dalam bilik sementara menunggu pukul 10 untuk dibawa ke vet. Rupanya Allah lebih menyayangi si Oyen dan hanya memberikan kami pinjaman tak sampai setahun pun.

Selamat berehat Oyen. Damai dan tenanglah Oyen di sana.


Oyen ditemui kaku di tempat pembaringannya.
Si Bubu menemaninya di saat-saat akhir pemergiannya.


Bulan januari depan genaplah setahun kami menjaganya.
Tapi Oyen lebih dahulu pergi meninggalkan kami.


Sedihnya menatap wajah Oyen buat kali terakhir.


Tidurlah Oyen dengan tenang selamanya.


Jasad Oyen sebelum dikebumikan.


Berpisahlah kita Oyen buat selama-lamanya.
Memori bersama Oyen hampir setahun tetap kekal abadi.


Gambar ceria Oyen yang terakhir beberapa hari 
sebelum pemergiannya.

Salam bertani.

55 ulasan:

  1. Sedihnya post ni .. zhi suka kucing .. dulu pernah juga temankan kucing zhi di saat nazak nak pergi dah.. anak mata dia jadi besar tengok je zhi .. sampai lah dia tak ada.. ='(

    BalasPadam
  2. Allahuuu… sedihnya 😔😭. Dulu sy pun ada Oyen.. meninggal kt klinik Vet 😭

    BalasPadam
  3. sedihnya.....saya belum pernah lalui kehilangan,tapi sekarang saya memang takut nak hadapi andai kata amber&daisy kembali kepada penciptaNya...

    BalasPadam
  4. Allah sedihnya wak...terbayang2 anak-anak bulu 4 ekor dirumah.

    BalasPadam
  5. Allahu...Oyen gelandangan SA dh hilang...x dapat dikesan langsung...mati jugak kot

    BalasPadam
  6. Alahai sedihnya, dah la sama macam Cigebu warnanya. https://www.faizalr.com/search/label/Cigebu

    BalasPadam
  7. oyen mengembara jauh dalam tidurnya comey ja turut bersedih sabar ya babu n bos

    BalasPadam
  8. macam mati mengejut...sbb kalau mati sakit badannya akan mengiring...ni mcm mati dalm tidur...apapun Oyen mati membawa kasih sayang wak sekeluarga

    BalasPadam
  9. Sedihnya... saya faham perasaan kehilangan kucing ni sebab saya pun bela kucing jugak :'( comelnya oyen, mati pun nmpk mcm tidur je

    BalasPadam
  10. Baca tajuk pun dah bole agak huhu ...comel je oyen, macam sedang tidur. Wak dah buat yg terbaik, Insha Allah ada ganjaran disisi-Nya 🤲

    BalasPadam
  11. Allahu.. berkolam mata sy rasa nak pecah dada. Salam takziah, wak dan istri atas pemergian selamanya Oyen.

    BalasPadam
  12. tenang tgk oyen pergi mcm tiada skit apa2, 😭😭 pastinya kehilangan yg amat menyakitkan..... abadi dlm kenngan spti moktam kami yg telah pergi selamanya

    BalasPadam
  13. nanti insyaAllah Oyen akan datang balik di Syurga,, menerima keluarga sis.. (follower ain farhana tu lady yer kak.. )

    BalasPadam
  14. lagi sedih bila dia pergi cepat sangat kan wak, teringat kucing dana yg mula-mula mati dulu dia sakit tak lama dlm 2 ke 3 hari, lps dh bwk vet bagi ubat tup2 dia mati.. masa tu seminggu jugak dana nngis, tiap kali aiyan cerita dia nangis dana pun nngis sama. Peritnya kehilangan kan

    BalasPadam
  15. Moga Oyen menjadi asbab wak dan keluarga masuk syurga..Aamin

    BalasPadam
  16. sedeynyaaa :( bye2 oyen...kat ig rita rudaini pun dia tgh bersedey sbb kucing dia nama pekan pun mati mengejut jugak

    BalasPadam
  17. Sedih sekali ditinggal oyen ya Wak.
    Anak saya sampai nangis ketika kucing kesayangannya warna orange juga, namanya si bobop, mati karena sakit.

    Salam,

    BalasPadam
  18. Oyen ni sakit apa sebenarnya.. gemok badan dia, memang sedap peluk ni

    BalasPadam
  19. allahuakbar :( saya hilang kucing pun mcm nak gila rasa. takutnya kalau jd mcm ni T.T

    BalasPadam
  20. Takziah... Sedihnya lahai... Walaupun saya x bela kucing.. tapi faham perasaan tu... Pahala wak jaga dia sampai akhir hayatnya .

    BalasPadam
  21. takziah ya... sian oyen. dulu mia ada bela kucing, bila kena langgar, sedihnya bukan kepalang.

    BalasPadam
  22. Allahu...pastinya kesedihan mengahadapi kehilangan abadi...

    BalasPadam
  23. Baca pun berlinang airmata apatah lagi pakcik dan isteri yang menjaga oyen.. Salam takziah.

    BalasPadam
  24. Salam takziah. Pernah melaluinya tahun 1993. Kucing pertama dan kesayangan ku 'pergi juga'.

    BalasPadam
  25. 😭😭😭 sediiih sangat bacanya. Baru baca ttg oyen dipostingan bawah, eh ternyata dia dah tak ada 😭.

    Lihat wajah abu pun nampak sedih Krn kehilangan temannya. Ah, saya tak kuat kalo baca kucing2 yg pergi macam ni. Kebayang kucing2 saya sendiri di rumah 😔

    BalasPadam
  26. teringat kpd si oyen sy yg bernama Jamal. Semlm ia terkurung di dlm kereta. mujur sy terbuka hati nak check dlm tu sebelum tdo. jika tak, mungkin ia akan mati mcm bayi2 yg tertinggal dlm kereta oleh ibu mrka........

    BalasPadam
  27. tidakkkkkkkkk
    oyennnnnnnnnnnn
    kenapa pergi cepat sangattttttttttt

    BalasPadam
  28. sedihnya. walau dia haiwan bila dah sayang terasa sangat kehilangannya kan wak

    BalasPadam
  29. Larrr kenapa Oyen kenapa....insya-Allah dia akan tunggu tuannya nanti sebagai saksi kebaikan kepadanya.....

    BalasPadam
  30. Duuh sedih sekali..oyen telah pergi,walaupun hanya seekor kucing, tapi hewan ini mengerti betul dengan tuannya, dan mereka pun menurut ,sudah seperti keluarga sendiri, turut berduka Wak.

    BalasPadam
  31. Walaupun tak sama dgn yg dh pergi, cari penganti wak..

    BalasPadam
  32. Tumpang sedih, Wak.
    Selamat jalan, Oyen.

    BalasPadam
  33. Allahuakbar sedihnya..comel betul Oyen tu..sedih sangat sebab sama Oyen tu macam Oyen saya huhu

    BalasPadam
  34. Kesian oyen mungkin ada sakit yg kita tk tahu..

    BalasPadam
  35. Sedihnya..kehilangan si bulus kadang boleh buat kita down beberapa hari. In shaa Allah oyen tengah bahagia di sana..

    BalasPadam
  36. Sedihnya. Saya pun pernah kehilangan.

    BalasPadam
  37. Tumpang sedih Wak.
    Moga Oyen berbahagia di sana.

    BalasPadam
  38. Sedihnya! Takde lagi la tengok gambar Oyen yg gebu kat blog Wak lepas ni 🥲

    BalasPadam
  39. Selamat Tahun Baru 2024 WP ...

    BalasPadam
  40. Oh! baru baca post ni Oyen sakit rupanya

    BalasPadam
  41. at least Wak, Oyen mati depan mata dan kita boleh tanam. saya ckp kat anak, kalau boleh kucing2 yg ada ni biar mati depan mata dan kita tanam kat laman yang tak berapa besar dari hilang tanpa tahu mcm mana keadaan dia

    BalasPadam
  42. Saya turut tumpang sedih wak. Tenanglah Oyen disana.

    BalasPadam
  43. Kami dah beberapa kali berhadapan dengan kucing mati di rumah kami. Kami tak bela tapi kucing datang singgah menumpang kasih. Sedih tak usah cakaplah.

    BalasPadam