Jumaat, 28 Mei 2021

Membaja Pokok Durian Yang Sedang Berbuah

 Salam bertani.

Wak dah selesai membaja pokok-pokok durian yang sedang berbuah muda di dusun WP. Wak gunakan dua jenis baja iaitu baja sebatian Nova Tec Premium dan baja soluble Nova SOP. Pokok durian yang sedang berputik sesuai diberikan baja  tambahan apabila buahnya sebesar bola tenis atau pun setelah putik buah tidak lagi gugur (rontok). Selepas ini wak akan memberikan baja kepada pokok rambutan, pulasan, manggis dan cempedak pula.


Baja sebatian untuk buah kerana kandungan K yang tinggi (20%).
Dapat membantu pembentukan fizikal dan pembesaran buah.
Berbentuk butiran yang boleh ditabur terus di sekeliling pokok.


Baja SOP (Sulphate of Potash)
Mengandungi 41.5% K dan 17.2% S
Berfungsi untuk meningkatkan kualiti dan hasil buah,
meningkatkan nilai, rasa, bau dan fizikal buah,
memberikan ketebalan kepada isi buah dan biji yang kecil.

Berbentuk serbuk yang boleh ditabur terus ke pangkal pokok
atau dilarutkan di dalam air untuk penyiraman/semburan.



Wak taburkan baja2 tersebut di perdu pokok durian
selepas rumput di sekeliling pokok durian dipotong.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan hasil putik durian 
di dusun  WP yang wak rakam pada pagi ini.












Salam bertani.


Ahad, 23 Mei 2021

Bela Ayam Mutiara

 Salam bertani

Wak baru cuba memelihara ayam mutiara sebanyak sepuluh ekor sejak dua bulan yang lepas. Wak bela daripada anak yang baru menetas, sehingga kini tinggal sembilan ekor yang hidup membesar.

Ayam mutiara  juga dipanggil  ayam api-api, biasanya dibela sebagai hobi kerana fizikalnya yang unik. Ia dikenali sebagai penjaga kebun kerana gemar memakan rumput dan serangga perosak tanaman. 

Daging ayam mutiara sangat berkhasiat kerana kurang kalesterol dan rendah kandungan lemak berbanding daging ayam komersial. Ayam mutiara betina akan mula bertelur apabila mencapai umur setahun dan mampu bertelur sehingga 30 biji setiap pusingan. Telur ayam mutiara akan menetas selepas 28 hari pengeraman.

Wak nak tunjukkan gambar-gambar anak ayam mutiara yang wak pelihara.


Sebahagian daripada anak-anak ayam mutiara semasa
 berumur beberapa minggu. Masih disediakan lampu 
pemanasan pada waktu malam.


Sepuluh ekor anak ayam mutiara berusia dua bulan.


Diberikan makanan dedak ayam dan rumput.


Ayam mutiara gemar makan rumput israel.

Salam bertani.

Khamis, 20 Mei 2021

Tugasan Raya PKP

 Salam bertani


Sudah hampir semingguan wak bertugas memotong rumput di dusun WP. Rumput di dusun cepat panjang kerana musim hujan sekarang.  Wak perlu membersihan rumpai kerana ingin memberikan baja buah kepada pokok-pokok buah-buahan yang sedang berputik. Mungkin dalam masa beberapa hari lagi siaplah tugasan wak memotong rumput tersebut. Wak menggunkan mesin pemotong rumput sandang yang memotong rumput bermatakan tali khas. Wak kongsikan hasil tugasan yang wak mulakan sejak hari raya ke-dua lagi.














Salam bertani.

Isnin, 17 Mei 2021

MB 164 : Kajian Lapangan

 Salam bertani

Tengah hari tadi hujan turun dengan lebatnya. Selepas asar, wak turun ke dusun buat kajian lapangan menggunakan hp cap ayam. Wak kongsikan sebahagian daripada tangkapan tak profesional hp tersebut.


Durian klon nun jauh di atas kayangan


Durian kampung pun menjulang awan


Ni buah manggis


Yang ni pula buah mesta


Entah berapa lorilah hasil jarum emas ni nanti.


Budak sekolah nak mencecah air


Yang ni bukan rambutan, tapi buah pulasan.


Rendah sampai ke tanah buahnya


Macam manalah nak bungkus putik cempedak yang tinggi ni


Yang ni pokok setahun jagung.
Buahnya atas tanah aje.


Yang ni putik rambai


Buah duku terengganu baru nak menjadi.


Salam bertani.


Isnin, 10 Mei 2021

MB 163 : Tak Ada Rasa Bersalah Sikit Pun Part 2

 Salam bertani

Budak bertuah si Kent buat hal lagi. Kali ini cermin alas meja pula yang dipecahkannya. Ceritanya bermula malam tadi apabia anak dara wak menukar langsir pintu sliding dan tingkap. Selesai kerja, tangga ditinggalkan di tepi meja. Pagi tadi si Kent dah jatuhkan tangga sehingga memecahkan cermin tersebut. Nasib baik si Kent yang buat, kalau wak yang buat tentu kena bebel.


Eh, dah pecah ke cermin ni.
Alah, relaxlah... boss tak akan marah pun.


Sahih si Kent main panjat-panjat tangga dan tumbangkannya.


......lalu memecahkan cermin alas meja ini.

Posing kaw-kaw dulu
Nanti dapatlah cermin baru


Muka pesalah yang tak pernah rasa bersalah.

Salam bertani.


Sabtu, 8 Mei 2021

Covid 20 dan Corona Dah Setahun

 Salam bertani.

Diam tak diam dah lebih setahun kita hidup diancam corona virus ini. Belum nampak lagi nak redanya malah kes-kes jangkitan dan kematian semangkin meningkat setakat ini. Tapi sebenarnya wak nak tunjukkan perkembangan dua ekor anak lembu wak yang lahir pada tahun lepas. Yang jantan wak namalan Covid 20 lahir pada 23.03.2020 dan yang betina wak namakan Corona lahir pada hari raya pertama tanun lepas.


Si Kobit dah berumur lebih setahun.
Badanya tegap dan sado.


Raya pertama ni genap setahun hijrah umur si Nana
Rantai leher Nana dah putus.


Kobit dan Nana adik beradik sabapa berlainan ibu.
Keduanya berkawan baik.



Dari kiri si Kobit dan si Nana di samping
 2 ekor anak lembu peliharaan wak yang lain.



Bergambar kenangan pada 25.11.2020.


Kobit meraikan kelahiran Nana pada 24.05.2020

Salam bertani.