Ahad, 1 Mac 2026

Anak Ayam Dah Menetas

 Salam bertani

Wak ada eramkan beberapa biji telur ayam kampung menggunakan mesin pengeraman. Selepas 21 hari, sebahagian telur ayam tersebut telah menetas. Jom nenguk


Bermula hari ke 21 pengeraman, telur-telur ayam mula menetas.




Anak-anak ayam yang menetas diasuh di rumah didik
selama dua minggu.
Diberi makan dedak pemula dan
 dibekalkan haba mentol 25W.
Salam bertani.

Jumaat, 13 Februari 2026

Pulasan : Buah Luar Musim Terakhir

 Salam bertani

Bulan februari ni menandakan berakhirnya musim buah-buahan di dusun WP. Buah terakhir adalah buah pulasan. Tidak banyak pokok yang berbuah kerana sebahagiannya ada yang baharu berputik dan berbunga. Jom nenguk


Setangkai buah pulasan dari dusun WP


Sepohon pulasan berbuah matang.
Buah bahagian bawah dah dituai.


Buah pulasan matang di pohon.


Sebahagiannya dimakan haiwan perosak.


Sesuai untuk dituai


Buah terakhir luar musim kali ini.


Dalam sepokok ada buah yang dah matang,
ada dahan yang baharu berputik (matang lepas raya puasa)


Musim kemarau kali ini, ada pokok yang berbunga
(matang lepas raya haji nanti)


Tuaian pulasan untuk jualan.
RM5.00 sekilogram.


Salam bertani.

Selasa, 27 Januari 2026

Pokok Cili Kampung

 Salam bertani

Wak nak tunjuk beberapa pokok cili kampung yang hidup subur di belakang rumah. Ada yang wak tanam dan ada yang tumbuh sendiri. Alhamdulillah, buah cili kampung tak putus-putus.













Salam bertani.

Ahad, 18 Januari 2026

Sembelih Ayam Kampung Asli

 Salam bertani

Hujung minggu ni semua anak wak balik kampung, jadi wak sembelihlah dua ekor ayam kampung asli (AKA) yang wak pelihara di belakang rumah. Bermula daripada mengejar ayam sehinggalah selesai diproses semuanya wak buat sendiri. Jom kongsi


Wak sembelih dua ekor AKA


Selepas dibersihkan, rendam dalam air panas untuk
mencabut bulunya.


Wak cabut bulu ayam secara manual.


Selesai cabut bulu ayam.
Seekor AKA muda dan seekor agak tua.


Ganggang di atas api untuk menghapuskan bulu halusnya.


Sedia untuk dipotong.




Daging AKA muda.
Boleh terus digoreng.


Dagingnya wak asingkan sebab AKA yang agak tua
lebih liat.
Sesuai dibuat rendang atau masak ungkep.
Salam bertani.