Ahad, 31 Oktober 2021

MB 174 : Shopping Sakan

 Salam bertani


Beli dedak makanan ayam kampung
3 beg kasar (untuk ayam dewasa) 
 1 beg halus (untuk anak ayam)
RM 100 sebeg


Baja organik, racun serangga dan racun kulat
Anggaran RM300 semuanya


Knapsack sprayer (penyembur galas 20L)
RM120.00


Baja kimia sebatian
RM145.00 sebeg


Tali lembu (6 kg)
1 kg RM15.00


Kacip pemangkas
RM40.00


Tukar tayar baru dengan sportrim sekali
Nasib baik kereta wak hanya ada 1 tayar


Plastik jaring hitam 70% (1m X 30m)
RM70.00


Tali mesin rumput
Warna merah (kasar) dan kuning (halus)
RM15.00 seikat

Salam bertani.

Selasa, 26 Oktober 2021

Kent Dah Keluar Wad

 Salam bertani

Alhamdulillah berkat doa pembaca-pembaca maya, Kent dah keluar wad hari ini. Penyakit yang dihidapinya semakin beransur pulih dan Kent sudan boleh makan sendiri wet food. Mudah-mudahan Kent akan sihat seperti sediakala sedikit masa lagi.


Sampai rumah terus lending atas katil
6 hari kat vet duduk dalam cage aje


Tengah tunggu daftar keluar wad

Dah siap, jom balik


Tak payah pakai tali keledarlah
Duduk aje diam-diam.


Ubat-ubatan untuk Kent habiskan


Tak apalah asalkan Kent sihat

Salam bertani

Sabtu, 23 Oktober 2021

Kent Masuk Wad

 Salam bertani

Hari ini sudah masuk hari ke-empat Kent ditahan di wad vet kerana sakit. Sudah tiga minggu Kent terlantar tak sihat dan sudah tiga kali ulang alik vet untuk mendapatkan rawatan. Pada mulanya Kent kena ulser mulut dan demam panas. Selepas dirawat, baik sekejap tetapi kena selsema pula menyebabkan ia tak mahu makan dan minum. Makan dan minumnya pun dipaksa menggunakan picagari. Doktor kata selsemanya dah menjangkit ke paru-paru.


Kent kena selsema yang serius dan demam panas
Mulut dan hidungnya mengeluarkan hingus


Dah kurus dan tak ceria


Bawa Kent ke vet kali ke-3


Kesiannya tenguk Kent


Kat rumah pun sepanjang hari tidur aje


Cepat sembuh ye Kent


Mohon sahabat-sahabat maya dan yang membaca entri ini
 mendoakan keafiatan Kent

Salam bertani.

Isnin, 18 Oktober 2021

Bontrot Sempena Program 12 Rabiul Awal

 Salam bertani

Malam ini, selepas maghrib surau di kejiranan wak buat majlis bacaan berzanzi dan selawat nabi sempena tarikh maulidurrasul tahun ini. Majlis ringkas selesai sebelum solat isyak mengikut SOP yang ditetapkan. Dapatlah bawa balik dua bungkus bontrot sumbangan dua orang kariah surau.


Bawa balik dua bungkus bontrot dari surau tadi


Bila dibuka, dua-dua nasi beriani


Yang ni beriani kambing


Yang ni pun beriani kambing juga.

Alhamdulillah

Salam Maulidurrasul

Salam bertani.


MB 173 : Dapat Duit Raya

 Salam bertani



Hujung minggu ni adik wak yang duduk bandar tu dapat balik kampung
Raya  puasa dan raya haji yang lepas tak dapat balik
Dapatlah wak sumbangan duit raya daripadanya dan sebiji tupperware
Pn is3 pun dapat sumbangan yang sama.
Alhamdulillah

Salam bertani.


Isnin, 11 Oktober 2021

MB 172 : Senyum Walaupun Demam

 Salam bertani


Cucu bongsu wak hari ini genap umurnya 4 bulan.
Tengah demam, dahi tampal koyok.
Tetap senyum dapat jumpa atuk dan nenek.

Salam bertani

Sabtu, 9 Oktober 2021

JDT 14

 Salam bertani


Hujung minggu ni, adik beradik yang Johorean balik kampung
Wak sembelihkan ayam kampung
Gotong royong proses manual
Ada yang merendang, ada yang mengesup dan bbq


Hari ni pergi jemputan kahwin
Dapatlah makan nasi minyak kahwin walau pun tapau


Minum petang jemput-jemput pisang lemak manis


Jantung pisang kepok rebus
Makan cicah sambal ketuk
Sedapnya ngalahkan daging rusa


Fe'el Echah ngacau orang sembahyang


Pokok Waititi ni tengah rajin berbunga


Sama macam rambutan, buah pulasan pun tak tertuai
Sampai kehitaman di atas pokok


Buah ni yang tinggal
Limau bali sunkist


Musim hujan ni rumput cepatnya menyubur
Belum sempat mesin rumput
Pokok durian musang king 3 tahun


Walau pun tak cukup belaian kasih sayang,
masih rajin berbunga


Pokok herba kunyit hitam
Tanam dalam bekas plastik diy aje

Salam bertani

Selasa, 5 Oktober 2021

Buah Rambutan Tidak Tertuai

 Salam bertani

Musim buah-buahan di dusun WP secara rasminya sudah berakhir. Ada lebih kurang 10 pokok rambutan yang berbuah lebat tetapi hanya sedikit sahaja  hasil yang dapat dimanfaatkan. Kebanyakan buah rambutan tidak dituai dan tidak dapat dipasarkan pada musim PKP ini. Adik beradik, sanak saudara dan kawan-kawan juga tidak dapat memeriahkan dusun pada musim buah kali ini.


Buah rambutan yang sudah terlalu tua dan akan gugur sendiri


Buah rambutan anak sekolah ini sudah habis gugur tidak tertuai


Sebahagian kecil sahaja yang dituai untuk makanan sendiri
Ada juga kawan-kawan terdekat datang menuai.


Sudah hampir luruh semua


Buah rambutan jarum emas yang melimpah ruah hingga
 mencecah tanah ini tidak dapat dimanfaatkan


Sepohon rambutan ini asalnya menghasilkan beratus kilogram buah.
Buah yang terlalu masak ini kebanyakannya gugur sendiri.


Buah rambutan yang sudah terlalu masak
Isinya sudah kecut dan berair tidak sedap dimakan

Salam bertani