Selasa, 29 Disember 2020

Alat Kupas Sabut Kelapa

 Salam bertani.

Hari ini ada tempahan buah kelapa daripada peniaga nasi kerabu. Jadi pagi-pagi wak dah mengait kelapa dan mengupas sabutnya. Wak gunakan alat pengupas kelapa sekejap aje dah siap. Petangnya wak hantar kelapa ke rumah peniaga nasi kerabu tersebut.


Alat pengupas sabut kelapa.



Mengupas sabut kelapa dengan mudah


Keadaan sabut kelapa selepas dikupas.


Siap 20 biji


30 biji lagi kupas bersih.
Wak jual RM1.50 sebiji.

Salam bertani.


Jumaat, 25 Disember 2020

Buah Abiu Nan Sebiji

 Salam bertani

Wak ada tanam sepohon abiu kira-kira dua tahun yang lepas di hadapan halaman rumah. Beberapa minggu yang lepas wak baru perasan ada sebiji buah abiu pada pohon tersebut. Masa itu buah tersebut masih hijau lagi. Kini buah abiu sulung nan sebiji itu telah matang dan sudah pun wak tuai. Pertama kalilah juga wak dapat merasa kelazatan buah abiu hasil tanaman sendiri.

Wak ada rakamkan perkembangan buah abiu itu dari hijau hinggalah dituai.


Buah abiu yang baru dituai


Buah abiu semasa muda


Mula kelihatan kekuningan


Warna kuning bermula di bahagian bawah buah


Bertambah kuning


Hampir matang sebelum dituai


Ada satu biji benih 


Seperti jelli kelapa


Pokok abiu nan sebatang.
Buah abiu nan sebiji.


Mula berbunga kali ke-dua.

Salam bertani.

Sabtu, 19 Disember 2020

10 Budak Hitam

 Salam bertani

Wak ada membeli 10 ekor anak ayam kampung kacuk (AKK) berwarna hitam hampir sebulan yang lalu. Wak pelihara bersama-sama 18 ekor anak ayam kampung kacuk yang wak eramkan sendiri menggunakan incubator penertasan telur. Alhamdulillah kesemua 28 ekor anak ayam tersebut hidup sihat dan semakin membesar.


Anak-anak AKK hitam berumur sehari.
Harganya RM3.20 seekor.


Anak AKK hitam berumur sehari bersama AKK perang
 berumur 5 hari dipelihara dalam sangkar didik 
(brooder) dipanaskan oleh mentol 40w.


Anak-anak ayam dipindahkan ke reban berlantai tinggi
selepas berumur 20 hari. Sudah tidak perlu
diberikan mentol.


Budak2 hitam kelihatan kecil sedikit daripada budak2 perang
kerana umurnya kurang beberapa hari.


Keadaan ternakan anak ayam pada pagi ini.
Berumur hampir sebulan.


Budak2 hitam dan kawan2nya sedang bersarapan.
Akan dipindahkan ke reban  dan lepas bebas 
apabila berumur dua bulan.
AKK boleh mula dituai selepas berumur 3 bulan.


Seekor budak hitam terpilih untuk bergambar solo.


Budak perang kelihatan lebih bulat dan berisi.

Salam bertani.

Selasa, 15 Disember 2020

Tanaman Durian

 Salam bertani

Wak nak tunjukkan anak-anak durian klon yang wak tanam di dusun menggantikan pokok getah mulai tahun 2018 yang lepas. Wak tanam berperingkat-peringkat sehingga kini masih ada yang baru ditanam. Wak sedang menjaga dan mendidik lebih kurang 70 pokok anak durian yang perlu dibelai setiap hari. 

Penjagaan anak-anak durian yang baru ditanam sangatlah rumit kerana perlukan penyiraman, pembajaan, penyemburan racun serangga dan kulat, kawalan musuh perosak seperti monyet dan babi hutan, pengawalan rumpai dan sebagainya.

 Selepas berumur dua tahun, anak-anak durian yang berketinggian melebihi 3 meter lebih mudah dijaga Anak-anak durian akan mula berbunga selepas 5 hingga 6 tahun ditanam.


Anak durian duri hitam D200  umur 2 setengah tahun


Anak durian golden bun D13 umur 2 setengah tahun



D200 umur 2 setengah tahun


Anak durian musang king D197 umur dua setengah tahun


D197 umur 2 setengah tahun


Durian Monthong (Thailand) umur 2 setengah tahun


Durian kim hong D198 umur 3 tahun


D197 umur  2 tahun


D197 umur 2 setengah tahun




Durian Puang Manee (Thailand) setahun setengah


Durian nok kracip (Thailand) setahun setengah.


Salam bertani.



Isnin, 14 Disember 2020

Kalbat Takung Air

 Salam bertani

Pada minggu ini wak ada menambah tiga buah kalbat untuk menakung air di dusun menjadikan tiga belas bilangannya. Memandangkan musim hujan akan tiba pada penghujung disember ini, wak ambil peluang untuk menyimpan air bagi persiapan menghadapi kemarau bermula bulan februari tahun depan.

Kalau keadaan biasa, bekalan air di dusun tak akan putus kerana ada parit/tali air yang mengalir di tengah-tengah dusun. Cuma kalau kemarau berpanjangan seperti pada awal tahun ini, parit tersebut boleh kering kontang. Jadi simpanan air di dalam kalbat ini amat membantu.


Dua daripada tiga kalbat takung air yang baru sampai


Siap pasang : satu


Dua


Tiga.
Kalbat akan dipenuhi air hujan apabila hujan turun
pada musim tengkujuh nanti.

Harga kalbat : RM110.00 sebuah
Harga zink : RM18.00 sekeping


Parit/tali air yang terdapat di tengah-tengah dusun.
Air jernihnya sentiasa mengalir digunakan untuk menyiram
tanaman terutama anak-anak durian yang baru ditanam.
Akan kering juga sekiranya musim kemarau berpanjangan.

Salam bertani.