Salam bertani
Pada minggu lepas, sepagian wak berkerja meracun rumpai di dusun wak di kawasan tanaman pokok pulasan. Kawasan ini sudah agak semak ditumbuhi rumput liar yang cepat menjalar dan membiak. Wak perlu bersihkan kawasan ini daripada rumpai kerana wak bercadang nak tabur baja kepada pokok pulasan tersebut sebelum musim berbunga pada awal tahun depan.
Sudah seminggu juga di kawasan wak ini tiada hujan, dan rumpai yang wak racun dah menguning mati dan kering. Sebahagian pokok pulasan dewasa sudah wak tebang dan digantikan dengan tanaman anak pokok durian klon. Hanya tinggal beberapa puluh pokok sahaja yang wak tinggalkan selepas dipangkas pada tahun lepas.
Pokok rumpai yang dah mati kering selepas
seminggu disembur racun rumpai.
Rumpai yang tebal boleh mengganggu pertumbuhan
pokok pulasan.
Pokok pulasan yang telah dipangkas pada tahun lepas.
Tahun ini ia tidak berbunga dan dijangka akan
berbunga semula pada awal tahun depan.
Kawasan ini akan menjadi bersih dan lapang
selepas rumpai mati dan kering.
Alat penyembur racun rumpai 20 liter
yang wak gunakan.
Knapsank sandang manual menggunakan
kudrat empat kerat.
Inilah racun rumpai yang wak gunakan untuk
menghapuskan rumpai di dusun.
Salam bertani.
wak bukan sebarangan orang. prang lain pakai round-up (atau klon) wak pakai basta ori
BalasPadamKalau kat kebun ada tanaman, elok pakai Basta.
PadamSubur betul tanah kebun Wak, cepat dipenuhi rumput liar. Harap selepas ini pokok pulasan pula lebih subur.
BalasPadamRumput menjalar ni memang cepat membiak.
Padamnak kawalnya memang kena racunlah.
Pulasan ni lagi susah nak berbunga banding rambutan.
BalasPadamPokok pulasan ni dah banyak yang wak tebang.
PadamDulu2 kalau musim, berlambak2 sampai takde harga.
cantik pulak rumpai kering tu.. macam musim autumn :)
BalasPadamnampak kat gambar macam camtik ek
PadamKalau kat sini tiap petang hujan wak..
BalasPadamtempat wak belum musim hujan lagi.
PadamMungkin penghujung Disember nanti agaknya.
Bestnya kalau ada kebun....Macam2 boleh tanam.. Time berbuah tu y lagi best kan
BalasPadamnampak macam best.
PadamKadang2 musuhnya pun ramai.
kalau xdiracun dussun jadi hutan kan
BalasPadamPokok pulasan ni macam merajuk aje wak
BalasPadamrajin ., kipidap ;p
BalasPadamSuka tengok kebun wak. ada pulak pondok .. time tengahri boleh merebahkan badan melayan nostalgia hehehe
BalasPadambestnya tak lama lagi berbunga lah dia ye wak...
BalasPadamkena always meracun kan wak, klu tak tkot nanti ada ular pula kan yg kita tak nmpak
BalasPadamAlhamdulillah. Puas hati bila mati rumput yang diracun.
BalasPadamkalau di buat lukisan cantik ni... warnanya kontras!
BalasPadamsama la dkt kebun tu pun 2-3 bulan skali kena racun..
BalasPadamPhoto shoot kat rumput kering tu macam cantik je
BalasPadamnampak pokok pulasan je pun dah rasa menjejes ailio bayangkan buah pulasan...sedapnyaaaa
BalasPadamPandai WP snap pic + handphone mahal ni.. Hihihi
BalasPadamHP cap ayam aje
PadamLuas tanah kebun wak ye. Banyak pokok.
BalasPadamLuas betul kebun wak, wak buat sorg2 ke ada pembantu?
BalasPadamSemua kerja kebun dan menternak wak buat sendiri.
PadamPn is3 dan anak2 takde yang berminat.
tak sihat ke, demam ke, kena buat juga.
Wak, bila dah kering macamtu, nanti dia akan rata ke bumi ke daunnya? Ke kena tebas juga?
BalasPadamRumput tu akan reput menjadi baja organik.
PadamTapi rumput baru akan tumbuh pula.
Tak bahaya ke wak meracun kalau dekat pokok durian?
BalasPadamkalau kat pokok durian, biasanya wak tak racun tapi potong menggunakan mesin rumput.
Padamkalau terpaksa racun, guna racun Basta okay lagi.
lepas tu wak tebas dan bakar eh rumput lalang yang mati tu?
BalasPadamTak, dia akan reput begitu sahaja.
PadamTinggi betul lalang tu naik. Kalau tak diracun, seram juga nak masuk kebun. Dah lapang, seronok tengok kebun bersih tanpa lalang. Mudah nak membaja juga.
BalasPadamRumpai ni kuat makan baja. Sebelum membaja memang rumpai kena hapuskan dulu.
Padamsolution tu boleh tak nak racun rumput tinggi kat belakang rumah ? adala tanah sekangkang kera tapi cepat benar tinggi rumputnya..
BalasPadamPaling mudan dan cepat, memang kena racunlah.
PadamSenang guna racun rympai tapi kena hati2 ye wak kendall dgn betul
BalasPadamTerbaik wak..seluuut wak jaga kebun mcm ni..org kata berpengalaman (org lama) :)
BalasPadam