Khamis, 30 November 2023

Ayam Lohman Brown Dah Turun Tanah

 Salam bertani

Anak ayam lohman brown yang wak pelihara sudah menjangkau tiga bulan umurnya. Wak dah pindahkan ayam-ayam ini ke reban kekal berlantaikan pasir. Ayam-ayam ini akan terus tinggal di sini sepanjang hayatnya. Mereka akan mula bertelur pada usia empat bulan ke atas. Kesemua ayam lohman brown yang wak pelihara adalah ayam betina untuk menghasilkan telur.


Ayam lohman brown betina berumur tiga bulan.
Makanan dan air disediakan di dalam reban.
Akan dilepaskan bebas pada waktu petang.


Mula dipindahkan ke reban kekal selepas berumur dua bulan.
Hidup 46 ekor daripada 50 ekor anak ayam yang wak beli.



Seekor ayam betina lohman brown berumur tiga bulan.
Akan bertelur selepas berumur empat bulan.


Anak ayam lohman brown diasuh di rumah didik 
dari umur sehari hingga tiga minggu.
Mentol 40w disediakan untuk membekalkan haba.
Harga anak ayam lohman brown RM8.00 seekor.


Selepas berumur tiga minggu dipindahkan
 ke reban lantai tinggi.
Najis anak ayam akan jatuh ke bawah.


Anak ayam akan tinggal di reban berlantai tinggi
 sehingga berumur dua bulan.
Selepas itu mereka akan di pindahkan ke penempatan kekal
 reban berlantaikan pasir atau habuk kayu.


Salam bertani


Ahad, 26 November 2023

Air Limau Bali Sunkist

 Salam bertani

Wak ada tanam lima pokok limau bali sunkist di sekeliling rumah. Pokoknya kecil sahaja tetapi semuanya sudah berbuah lebat. Buahnya tidak bermusim dan setiasa ada tuaian. Biasanya buah yang dituai pn is3 wak akan perah buat air minuman. Rasanya memang lazat dan segar terutama apabila sudah disejukkan dalam esbok.


Air limau bali sunkist
Perah dua biji boleh boleh dapat satu jag (tambah air
dan sedikit gula)
Segar diminum bersama ais


Stok buah limau bali sunkist
Selepas dituai perlu disimpan selama seminggu
untuk maksimumkan bekalan airnya


Setangkai buah limau bali sunkist tepi tingkap
Yang ni dah boleh dituai


Buah limau bali sunkist yang sudah matang tidak boleh
dibiarkan sehingga kuning di pokok
Isinya akan jadi keras dan tidak berair



Buah muda


Putik buah


Sentias berbunga selepas keluar pucuk baharu


Buahnya tidak perlu disembur racun serangga atau dibalut


Salam bertani



Rabu, 22 November 2023

WW 544 : Menu Santapan Tengah Hari Rabu

 Salam bertani


Jemput makan
Bismillah


Jantung pisang rebus


Pucuk ubi pulut celur


Sambal cicah


Ikan sepat kering made in dewek (homemade)


Salam bertani


Selasa, 21 November 2023

Panen Buah Belinjau

 Salam bertani

Pokok belinjau ni wak tanam untuk medapatkan pucuknya yang dijadikan sayuran kampung. Pokok belinjau betina akan berbuah tetapi yang jantan tidak berbuah. Pucuk belinjau jantan lebih lembut dan enak dibuat sayuran berbanding pucuk belinjau betina. Ada beberapa pokok belinjau sedang berbuah. Wak tuai buah belinjau untuk direbus.


Buah belinjau matang yang baru dituai.



Buah belinjau yang sesuai dituai.


Setangkai buah belinjau


Buah yang lebih matang  berwarna merah.
Akan menjadi lebis keras dan lambat empuk bila direbus


Buah belinjau rebus dan sedia untuk dimakan


Pucuk muda belinjau sedap dimasak bening
 atau masak lemak campur tempe

Salam bertani


Sabtu, 18 November 2023

Tuai Bunga Kantan

 Salam bertani

Setiap hujung minggu wak akan menuai bunga kantan untuk dihantar ke pasar minggu di pekan yang berdekatan. Pokok kantan adalah tanaman selingan di dusun WP yang wak tanam sementara pokok durian belum membesar. Wak sedang mempebanyakkan tanaman pokok kantan kerana permintaan untuk bunganya sangat menggalakkan.




Sepenuaian bunga kantan.
Wak jual tolak kepada peniaga pasar minggu 50 sen sebatang.


Pokok kantan yang sudah berbunga.


Perdu pokok kantan yang sudah dibersihkan.
Batang yang sudah tua perlu dipangkas.


Pokok kantan ini belum berbunga
Memerlukan masa hampir setahun sebelum mengeluarkan hasil.

Salam bertani

Khamis, 16 November 2023

Pokok Kelapa Matag Depan Rumah

 Di hadapan rumah wak ada dua pokok kelapa yang wak tanam beberapa tahun lepas. Kedua-duanya sudah berbuah. Salah satunya adalah pokok kelapa matag yang wak nak tunjuk pada entri kali ini. Baru-baru ini wak telah menuai buah sulungnya. Jom layan


Inilah sepohon kelapa matag di luar pagar  rumah


Sudah mula berbuah lebat


Dua tandan sulung sudah dituai


Ada beberapa tandah buah muda yang sudah dituai


Panenan sulung dapat 21 biji
Saiz buahnya besar berbentuk bulat


Isi buah matang kelapa matag

Salam bertani

Selasa, 14 November 2023

Musim Cempedak 2.0

 Salam bertani

Musim buah cempedak sebenarnya sudah berlalu tetapi ada beberapa pokok cempedak di dusun WP yang masih berbuah. Kira buah luar musimlah. Mungkin pada bulan disember nanti baru boleh panen. Tahun ini nampaknya pokok buah-buahan membuahkan hasil sepanjang tahun. Jom tenguk








Salam bertani

Isnin, 13 November 2023

MB 213 : Beli Telur ?

 Salam bertani


Stok telur


Telur ayam lohman brown


Telur ayam kampung


Telur ayam arab dan telur puyuh


Kutipan sepagian
(ayam bertelur waktu pagi)


Kutipan sepetang
(burung puyuh bertelur waktu petang)

Salam bertani

Khamis, 9 November 2023

Sembelih Burung Puyuh Jantan

 Salam bertani

Burung puyuh yang wak netaskan menggunakan inkubator sudah berumur dua bulan. Yang jantannya sudah mula berkokok dan yang betina sudah ada yang bertelur. Wak akan terus pelihara yang betina untuk dapatkan telur dan yang jantan bolehlah disembelih. Hari ni wak sembelih beberapa ekor burung puyuh jantan untuk dijadikan santapan. Jom tenguk


Burung puyuh mencapai usia matang selepas dua bulan


Sembelih sembilan ekor burung puyuh jantan


Siap buang bulu secara manual


Buang kepala, kaki dan hujung kepak


Belah bahagian belakang untuk buang isi perut


Goreng kunyit tiga ekor untuk santapan wak seorang.
Pn is3 wak tak makan daging burung puyuh.

Salam bertani