Salam bertani
WP ada memulakan projek kecil-kecilan menanam 100 batang serai untuk kegunaan menjelang bulan Ramadan dan Syawal nanti. Anak benih serai diambil daripada beberapa rumpun serai dewasa untuk dibiakkan. Sebelum ditanam, bahan penanaman serai direndam beberapa hari sehingga mengeluarkan akar baru dan anak serai. Selepas itu baharulah ditanam di atas tanah. Memandangkan cuaca panas dan tidak hujan sekarang, pokok-pokok serai yang baru ditanam ini perlu disiram setiap hari.
Mudah-mudahan usaha suka-suka untuk riadah dan mengeluarkan peluh ini akan memberikan hasil seperti yang diharapkan.
Bahan penanaman serai yang disediakan daripada
satu rumpun serai dewasa.
Bahan penanaman direndam beberapa hari sehingga
mengeluarkan akar dan anak serai.
Menanam tiga baris serai.
Satu batang serai ditanam pada satu lubang.
Keadaan pokok serai setelah beberapa minggu ditanam.
33 pokok bagi setiap baris.
Setelah sebulan ditanam.
Sudah diberikan baja organik.
Keadaan terkini tanaman serai.
Baris pertama ditanam awal sedikit berbanding baris kedua dan ketiga.
Pokok-pokok serai agak lambat membesar kerana cuaca
yang sangat panas dan tiada hujan sekarang.
Salam bertani.