Selasa, 22 November 2022

Rezeki PRU 15 : Keluarga Hanyut Bertambah Lagi

 Salam bertani

Masa hari PRU 15 tu, pukul 8 pagi wak dah mengundi. Wak pengundi no 2 di saluran 1. Masa tu hujan lebat. Bila hujan reda wak ke sungai uruskan cucu-cucu. Rupanya si Ning (Oyen) dah nak beranak. Wak jadi bidan terjunlah menyambut kelahiran cucu si Yut. Alhamdulillah, bertambah seekor lagi keluarga hanyut di seberang sungai tu.




si Ning baru melahirkan anak ke-duanya
Masa ni baby dah berumur 2 hari


Anak ke-dua si Ning ni betina.
Kalau jantan wak nak namakan Din atau War
 sempena PRU 15 ni


Baby tu wak dah siap-siap bagi rantai panjang.
si Ning ni lepas bebas sebab tidak dapat ditambat lagi.


Air sungai dah hampir penuh sebab musim hujan


Anak pertama si Ning.
Napi (sikat tepi) dah nak setahun umurnya



Wak daftarkan namanya Siti Nur Syahira.
Panggilannya Ira aje
Harap-harap dia tak kuat menyondol.

Salam bertani


Isnin, 14 November 2022

From Masai To Ponorogo

 Salam bertani

 Wak sebenarnya nak cerita pasal kerja-kerja memotong rumput di kebun sawit tepi sungai tu. Bila cerita potong rumput mesti ingat Wak Lat. Rumpai di kebun sawit ni biasanya wak racun tapi kali ini terpaksa dipotong pula. Sebabnya sejak kebelakangan ini asyik hujan sahaja, tak sesuai untuk meracun rumpai dahlah harga racun rumpai mahal. Buat sikit-sikit bila sempat, masih tak selesai lagi. Asyik kena hujan aje. Jom layan






Gambar-gambar di atas menunjukkan kawasan
 yang sudah selesai di potong rumpainya


Yang ni belum sempat dipotong rumpainya


Sepohon sawit sumber rezeki petani


Salam bertani.


MB 200 : Tanam Pokok Lada Cili Burung

 Salam bertani


Lada cili burung sudah mula berbuah


Asalnya tanam lebih kuang 10 pokok aje


Hasil sepokok pun tak habis makan


Salam bertani


Jumaat, 11 November 2022

JJ Sondol Tuan

 Salam bertani

Kisah ni dah hampir seminggu berlaku. Si JJ ni adalah anak bujang wak yang duduk tepi sungai tu. Dia ni 'low profile' sebab tak pernah masuk blog WP. Ceritanya semasa wak cedukkan air kat sungai  untuk beri minum kepada JJ ni dia telah menyondol lengan wak sehingga tertumpah air tersebut. Mungkin dia haus sangat agaknya sebab tak dapat minum sendiri air sungai tu. Sakitnya dah seminggu belum hilang tapi wak sikit pun tak marah si JJ tu.


Dah seminggu lebam di lengan wak tak hilang lagi


Ni lah budak bujang bertuah tu


Wak panggil JJ aje
Nama ic nya Jamal Jantan


Salam bertani


Isnin, 7 November 2022

MB 199 : Nasi Ayam Homemade

 Salam bertani

Tengah hari tadi wak berdua ngadap menu nasi ayam air tangan pn is3. Jom layan


Salam bertani.