Isnin, 26 Februari 2024

Durian Musang King

 Salam bertani

Wak nak tunjuk sepohon durian musang king berumur enam tahun yang baru pertama kali berbuah. Cuma berbunga tiga tangkai, dan akhirnya wak dapat menuai dua biji buah durian musang king di luar musim. Alhamdulillah pokok ini sudah mula berbunga buat kali ke-dua pula. Harap-harap hasil akan datang leih banyak lagi.


Pokok durian musang king berumur enam tahun.
Pertama kali berbuah cuma dua biji sahaja.


Mula berbunga pada bulan november tahun lepas.
Cuma sedahan yang berbunga 3 tangkai.


Putik buah durian yang terdebunga


Tinggal 6 biji


Tinggal 3 biji pada bulan januari lepas


Akhirnya tinggal 2 biji yang terus membesar.


Buah pertama yang gugur


Isinya tak mengecewakan


Biji kesep semuanya


Buah ke-dua gugur seminggu kemudian


Isinya.
Inilah hasil titik peluh petani


Isnin, 19 Februari 2024

Dapat Hadiah Hari Jadi

 Salam bertani

Hari jadi wak jatuh pada bulan februari setiap tahun. Baru-baru ni wak dapat hadiah rare daripada anak-anak wak. Jom tenguk apa hadiah yang wak dapat.


Bekas hadiah kiriman daripada Klang, Selangor


Bila wak buka rupanya sepasang anak ayam


Bela dalam sangkar


Gambar ihsan google.

Ayam Light Sussex adalah baka ayam daripada England. 
Boleh diternak untuk daging dan telur sebab mempunyai saiz
yang besar dan menghasilkan telur yang banyak.
 Juga diternak sebagai ayam hiasan
 kerana warna bulunya yang cantik.

Terima kasih anak-anak



Salam bertani.


Rabu, 14 Februari 2024

WW 553 : Menu Tengah Hari Rabu

 Salam bertani

Membubur nasi aje tengah hari ni
Jemputlah makan
Bismillah


Salam bertani.

Ahad, 4 Februari 2024

MB 217 : Are Be You

 Salam bertani

Sebenarnya wak nak tunjukkan buah abiu yang wak tuai semalam. Mungkin ada yang dah rasa kelazatan buah abiu ini tetapi mungkin ada juga yang belum pernah tenguk rupanya. Jom layan



Sepenuaian buah abiu yang sudah matang di pohon.
Buah abiu dikatakan mengandungi pelbagai khasiat kesihatan.


Sebiji buah abiu matang yang belum dituai.
Kelihatan ranting pokok sudah mengeluarkan bunga baharu.


Buah abiu yang masih muda berwarna hijau.


Saiz buah abiu di tapak tangan wak


Sebiji buah abiu yang sudah dipotong-potong.
Setiap buah abiu ada satu biji di tengahnya.
Rasanya seakan-akan jelli kelapa dan ciku.
Lebih enak kalau disejukkan dalam esbok.


Inilah sepohon abiu di hadapan rumah wak.
Rajin berbuah tidak bermusim.

Salam bertani