Sabtu, 26 Februari 2022

Welcome Bubu

 Salam bertani

Semasa nak pulang daripada pasar minggu semalam, wak terlihat seekor anak kucing terbiar yang sedang menangis minta simpati orang ramai. Anak kucing yang masih bayi lagi, jika dibiarkan mungkin akan terpijak oleh orang yang lalu lalang atau dilanggar kenderaan. Wak pakat dengan pn is3 ambil anak kucing tu bawa balik ke rumah.


Bawa pulang anak kucing jalanan.
Kesian sungguh wak tenguk keadaannya.


Kurus kering tinggal kulit dengan tulang.
Bulunya pun dah banyak yang gugur dan ada luka pada ekornya.


Kedua-dua matanya pun dah hampir tak boleh dibuka


Siap untuk bawa ke vet
Abang Kent sebuk tenguk budak baharu.


Siapkan makanan, susu, ubat mata dan ubat kurap.
Ubat kutu dan ubat cacing memang dah ada stok.


Kuat makan.
Harap-harap boleh pulih dan sihat.
Anak kucing ni jantan, 
Wak namakan Bubu sebab warna kelabu.







Isnin, 21 Februari 2022

MB 185 : Musim Buah Belimbing Buluh

 Salam bertani


Pokok belimbing buluh tepi dapur ini 
sudah lebih 50 tahun umurnya.
Arwah bapak wak yang tanam.
Bahagian atasnya sudah dipotong 
tetapi masih rajin berbuah. 


Pokok yang ni wak yang tanam tepi reban ayam.
Anak benih dari pokok tua di atas.


Tuaian untuk dibahagi-bahagikan


Sambal hitam belimbing buluh


Jeruk belimbing asam boi


Jeruk belimbing buluh


Kismis belimbing buluh

Salam bertani.

Ahad, 13 Februari 2022

MB 184 : Musim Bunga Dah Bermula

 Salam bertani

Beberapa jenis pokok buah-buahan di dusun WP sudah mula berbunga. Pokok durian, pulasan dan kuini adalah buahan bermusim yang mula-mula berbunga. Selepas itu baharulah pokok-pokok buah-buahan lain akan berbunga juga. In syaa Allah, musim buah-buahan tempatan akan bermula selepas hari raya nanti.


Pokok durian kampung berbunga paling awal


Bunganya sudah mekar dan kelopaknya berguguran


Durian kayangan duri hitam baru belajar berbunga


Pokok durian musang king tidak mahu ketinggalan berbunga


Bunga pokok kuini


Pokok pulasan berbunga lebat


Bunga pulasan
Salam bertani.


Rabu, 9 Februari 2022

Beli Sayur ?

 Salam bertani

Harga sayur-sayuran pun dah mahal sekarang. Jomlah tanam sayur di sekitar rumah untuk kegunaan sendiri. Kalau ada lebihan bolehlah sedekahkan kepada jiran-jiran.

Tak perlu ada kawasan yang luas atau subur. Boleh aje tanam di batas kecil, pasu bunga atau polibeg. Medium tanaman seperti tanah bakar, cocopet, tanah hitam kelapa sawit atau tanah organik banyak dijual di nerseri pertanian atau di pasar minggu.

Guna bahan lebihan dapur sebagai baja. Air siangan ikan atau ayam dan air basuhan beras boleh dijadikan siraman berkhasiat. Kulit telur, kulit bawang, uncang teh terpakai, garam dapur sesuai juga dijadikan baja.

Tanam sayur sendiri dapat mengisi masa lapang, lebih jimat dan pastinya selamat tanpa was-was untuk dimakan.


Sayur kobis atas batas


Tanam sawi dalam pasu bunga


Sayur kangkung
Sekali tanam banyak kali boleh tuai


Pokok kacang panjang
Tanam 2 pokok pun tak habis makan


Cili kampung tumbuh sendiri


Pucuk keledek sayur bila-bila boleh tuai


Tanam bendi di batas


Ulam pegaga


Guna bekas plastik terpakai


Pokok kacang panjang renek dalam pasu


Sebatas pokok lada besar


Pucuk ubi pulut


Pokok terung unggu dalam polibeg


2 pokok salad pun tak habis makan


Tanam lokio dalam pasu bunga
Salam bertani

Ahad, 6 Februari 2022

MB 183 : Menawar Sungai

 Salam bertani

Hasil tangkapan sepanjang pengukuran sungai selepas musim tengkujuh ini.  

Jom layan :                                          



Ikan jelawat

Ikan puyu


Ikan lampam


Ikan sebarau


Ikan seluang


Ikan ketutu


Ikan tapah


Ikan tilapia dan lampam


ikan tilapia


Ikan patin


Udang kara

salam bertani

Jumaat, 4 Februari 2022

Menu Nasi Ayam Paling Simple

 Salam bertani

Selain dijadikan nasi goreng, nasi lebihan semalam biasanya wak jadikan nasi ayam. Wak nak tunjukkan penyediaan nasi ayam yang paling ringkas tetapi akan habis dimakan sekelip mata. Jom layan.


1. Mula-mula sediakan nasi semalam yang tak habis dimakan
Wak gunakan nasi daripada beras herbaponi Taj Mahal Faeza


2. Masukan nasi tersebut ke dalam bekas makanan


3. Terus boleh hidang untuk dijamu beramai-ramai


4. Akan habis dalam masa beberapa minit sahaja
(Sedap sangatlah tu)


Budak nyebuk ni cerita pasal ayam pun dia nak join
Nak tayang cermin mata baharunya

Salam bertani.