Isnin, 17 Februari 2025

Membaja Paksa Bunga Pokok Buah-buahan

 Assalammualaikum

Wak dah selesai menabur baja penggalak bunga kepada pokok buah-buahan di dusun WP. Wak tabur baja kimia sebatian sebanyak dua kali iaitu pada akhir bulan disember tahun lalu dan awal bulan februari tahun ini. Kebanyakan pokok buah-buahan bermusim dijangka akan mula berbunga pada awal bulan mac akan datang. Pokok buah-buahan memerlukan cuaca panas berpanjangan sekurang-kurangnya dua minggu untuk mula menerbitkan bunga.



Baja impot jenana Entec keluaran BM
12 -12 - 17
Harganya RM280.00 sebeg 50 kg
Tabur pada akhir disember lepas


Baja AgroBridge  12 - 12 - 17 (beg biru)
Harga RM265.00 sebeg 50 kg
Ditabur pada akhir bulan disember lepas
Beg hijau itu adalah baja penggemuk untuk anak pokok


Baja Yara Mila 13 - 13 - 21
Harga RM 180.00 sebeg 50 kg
Tabur pada awal februari lepas


Baja Yara Mila 12 - 11 - 18S
Harganya RM255.00 sebeg 50 kg
Ditabur pada awal bulan februari lepas.

Salam bertani.

Jumaat, 14 Februari 2025

Bulan Purnama Malam Nisfu Syaaban

 Assalammualaikum


Bulan purnama malam nisfu syaaban


Depan rumah


Reban ayam di belakang rumah

Salam bertani.

Rabu, 12 Februari 2025

WW 583 : Santapan Hari Rabu

 Assalammualaikum



Kami bersarapan di warung Haji Mahat.
Wak order mi goreng mamak.
Pn is3 pilih mi hoon tom yam.


Rarauan tengah hari.
Nasi ayam kampung homemade.


Cicipan petang
Cempedak goreng

Salam bertani.

Selasa, 11 Februari 2025

Buah Duku Luar Musim

 Assalammualaikum

Ada sepohon duku johor di dusun WP yang berbuah luar musim kali ini. Buahnya tidaklah begitu lebat tetapi cukuplah buat santapan kami sekeluarga. Jom nenguk .









Salam bertani.

Rabu, 5 Februari 2025

Taufu Fa Homemade

 Assalammualaikum

Pn is3 wak selalu sangat buat taufu fa ni. Katanya mudah dan cepat disiapkan. Cuma guna dua bahan aje. Wak pun suka makan, satu bekas  sekali hadap aje. Jom layan.


Taufu fa homemade


Guna dua bahan aje.
Susu soya kotak 1 liter (apa2 jenama pun boleh)
Satu sudu serbuk agar-agar.


Campur ke dua-dua  bahan dan didihkan.
Kacau sepanjang masa sehingga mendidih.


Dah sejuk tuang dalam bekas plastik.
1 liter susu soya dapat 5 bekas plastik macam ni.
Simpan dalam esbok.


Tuangkan air nisan kerek dan sedia untuk dimakan.
Tak sampai 5 minit pasti licin satu bekas.


Salam bertani.

Isnin, 3 Februari 2025

Nenek Sewa Kolam Mainan

 Assalammualaikum

Cuti panjang baru-baru ni cucu wak semua balik kampung. Pn is3 wak sewakan kolam mainan untuk cucu-cucunya. RM200 untuk dua hari.


Set kolam mainan siap dipasang






Cucu yang ni takut air.
Tenguk aje orang mandi.
Salam bertani.

Khamis, 30 Januari 2025

Hari Khamis Pakai Batik

 Assalammualaikum

Hari Khamis pakai batik. Dia lupa ke hari ni masih cuti CNY.


Oowhh patutlah dia datang.
Nyambut CNY tahun ular rupanya.


Dapat njamu seekor ibu ayam golek.


Memang dia cari nahas.
Masuk reban ayam wak jawabnya pergi tak kembalilah.
Wak cok kepala dia pakai dodos sawit.


Salam bertani.

Ahad, 26 Januari 2025

Kajian Lapangan Sem 1

 Assalammualaikum

Wak nak tunjuk subjek kajian lapangan semester pertama yang ada di sekeliling rumah wak. Jom belajar  bertani.


Pokok nanas sarawak sedang berbuah.
Di belakangnya ada pokok lengkuas.


Pokok herba lempuyang yang banyak khasiatnya.


Pokok kacang panjang.


pokok sayur remayung.


Sawi.


Cili kampung.


Anak pokok keladi sayur baharu ditanam.


Pokok herba bunga telang panjat pagar.
Air bunga telang boleh menurunkan kada gula dalam darah.


Kucai.


Pokok kesum.
Ada sepokok anak terung asam.


Pokok pegaga tumbuh melata.


Pucuk ubi pulut sedap buat ulam.


Bendi.


Buah betik panjang.


Keledek sayur.


Serai kampung.
Di belakangnya pokok cincau dan keladi putih.


Pokok lempuyang, sirih junjung dan pokok inai.


Subjek paling senang tanam pokok kangkung.

Salam bertani.