Salam bertani
Salam bertani
Wak ada membiakbaka ayam kampung untuk menghasilkan lebih banyak daging atau telur. Membiakbaka ialah proses mengkacukkan ayam kampung dengan spesis ayam daging (untuk dapatkan saiz ayam kampung yang lebih besar) dan dengan spesis ayam penelur (untuk dapatkan ayam kampung yang lebih banyak bertelur). Ayam kampung hasil daripada biakbaka juga lebih cepat matang berbanding ayam kampung ori. Jom pergi reban.
Salam bertani
Salam bertani
Selain daripada varieti durian tempatan, wak ada juga menanam beberapa pokok durian varieti daripada Thailand di dusun WP. Kesemua durian baka siam yang wak tanam ini belum berbuah. Harap-harap dua tiga tahun lagi sudah ada yang mula mengeluarkan hasil.
Salam bertani
Sebenarnya wak nak cerita tentang si Zura yang baru aje melahirkan anaknya yang ke-sembilan. Zura dapat anak jantan lagi. Alhamdulillah ibu dan baby sihat walafiat.
Salam bertani.
Salam bertani
Sepohon cempedak tua di dusun WP telah tumbang beberapa hari yang lalu. Mungkin terkena ribut ditambah pula musim hujan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar kerana banyak mengandungi air. Nasib baik tidak menghempap pokok-pokok lain yang ada bersebelahan dengannya. Wak biarkan dulu ia begitu dan belum bercadang untuk memotongnya.
Salam bertani
Masa hari PRU 15 tu, pukul 8 pagi wak dah mengundi. Wak pengundi no 2 di saluran 1. Masa tu hujan lebat. Bila hujan reda wak ke sungai uruskan cucu-cucu. Rupanya si Ning (Oyen) dah nak beranak. Wak jadi bidan terjunlah menyambut kelahiran cucu si Yut. Alhamdulillah, bertambah seekor lagi keluarga hanyut di seberang sungai tu.