Salam bertani
Salam bertani
Wak baru saja selesai membaja pokok durian yang sedang berputik di dusun WP. Semasa putik durian bersaiz sebesar telur ayam sehinggalah sebesar penumbuk orang dewasa wak taburkan baja buah di sekeliling perdu pokok beberapa kali. Selepas itu tak perlulah dibaja lagi sehingga buah durian matang dan gugur. Jom tenguk
Salam bertani
Salam bertani
Pokok-pokok manggis di dusun WP berputik dua kali pada musim kali ini. Maknanya akan ada dua kali musim buah manggis nanti. Sini wak tunjukkan
Salam bertani
Pusara Oyen dan Bubu wak buat bersebelahan sebab mereka mati selang sebulan lebih sahaja. Baru-baru ni wak tanam sepohon limau bali taiwan di atas pusara mereka sebagai tanda dan ingatan wak kepada mereka berdua.
Salam bertani
Kali ini wak nak tunjuk beberapa pokok cempedak di dusun WP yang sedang berputik. Ada pokok yang sudah beberapa minggu berputik dan ada juga yang baru nak keluar putiknya. Nampaknya musim buah akan datang agak panjang kerana kebanyakkan pokok buah-buahan mengeluarkan bunga/putik berperingkat-peringkat. Ada lebih sepuluh pokok semuanya berbuah.