Selasa, 31 Julai 2018

Jom Sarapan

Salam bertani

Kucing-kucing peliharaan WP makan 3 kali sehari. Mereka diberi makan makanan kucing yang dicampur dengan ikan rebus. Jom tenguk gelagat mereka bersarapan .



Ada 8 ekor


Semua obess


Jom sarapan


Si Putih kucing PATI.
Dah anak dara sekarang.


Gambar dulu2.


Lepas makan tidur.
Badan macam bantal.


Pagi ni hujan.
Dah kenyang sambung tidurlah.


Salam bertani.

Isnin, 30 Julai 2018

MB 54 : Kembar Tak Seiras

Salam bertani




Salam bertani.

MB 53 : Bawa Bekal

Salam bertani


Nasi + ikan baung goreng + sawi tumis air


Nasi + daging campur tetel masak kicap  + peria katak goreng telur.

Salam bertani.

Khamis, 26 Julai 2018

Pokok Peria Hutan

Salam bertani

Pokok peria hutan adalah tumbuhan rumpai yang cepat membiak dan banyak tumbuh di kawasan pertanian. Rupa bentuk pokoknya sama sahaja dengan pokok peria katak tetapi buahnya berbeza dan hanya sebesar ibu jari sahaja.

WP tidak pernah memanfaatkan buah peria hutan ini sebagai masakan atau sumber herba. Nampaknya pokok peria hutan ini boleh dijadikan rumpai penutup bumi yang dapat menyejuk dan mengekalkan kelembapan tanah. Ia juga boleh mengawal pertumbuhan semak samun dan mengawal hakisan tanah di kawasan pertanian.


Pokok rumpai peria hutan yang merebak dengan cepat
memenuhi ruang kawasan kebun.


Bunga dan daun peria hutan sama seperti peria katak dan peria besar.


Sekuntum buga dan putik buah peria hutan.


Bentuk buah peria hutan.
Adakah ianya penghasilan herba?



Buah peria hutan yang matang berwarna kuning.


Buah-buah matang peria hutan hanya sebesar ibu jari sahaja. 


Cara pembiakan pokok peria hutan adalah dengan meletupkan
 buah matangnya yang mengandungi biji benih.
Setiap biji akan membenihkan sepokok peria hutan baru.

Salam bertani.

Selasa, 24 Julai 2018

Nanas Madu Kaca

Salam bertani.

Baru-baru ini kita ada mendengar jenama baru tanaman nanas yang dipanggil nanas madu kaca.
Jenama ini belum didaftarkan walaupun telah lama di tanam di negeri-negeri pantai timur. Nanas ini biasanya disebut nanas sarawak tetapi dikatakan ada perbezaannya dengan nanas sarawak yang ditanam di JDT.

WP ada menanam  beberapa pokok nanas sarawak  di sekeliling rumah untuk kegunaan sendiri.
Didapati buah  nanas sarawak ini lebih kurang sama sahaja seperti nanas madu kaca yang ditanan di Kelantan.



Buah nanas sarawak yang dikatakan serupa dengan nanas madu kaca 


Bunga nanas


Putik nanas


Buah nanas muda


Buah nanas hampir matang 


Buah matang yang sesuai dituai


Lebih 5 kg sebiji


Manis dan sangat berjuice seperti berkaca


Tanaman nanas di hadapan rumah.

Salam bertani.

Ahad, 22 Julai 2018

Ikan Baung

Salam bertani.

Di antara ikan air tawar yang sangat WP minati ialah ikan baung. Ikan baung sungai sangat lazat jika dimasak asam pedas, masak lemak cili api, dibuat ikan bakar atau digoreng sahaja. Ikan baung liar tidak mempunyai lemak berbanding dengan ikan baung yang diternak.

Sudah jarang-jarang ada bekalan ikan baung liar kerana spesis ikan ini sudah agak terancam. Kebanyakan ikan baung yang ada di pasaran adalah ikan baung yang diternak di kolam ikan atau di dalam sangkar.

Mujurlah di sungai tempat WP menternak lembu, masih ada hidupan ikan baung asli.Sesekali WP menangkap ikan baung sungai menggunakan jala atau tajur.



Hasil tangkapan ikan sungai.
Beberapa ekor ikan baung dan seekor ikan lampam jawa.



Ikan baung sungai yang masih hidup.
Mempunyai 3 duri sengat yang sangat berbisa.


Mempunyai 2 sesungut panjang dan beberapa sesungut lain


Ikan baung yang masih melekat di tali tajur


Bahagian bawah ikan baung berwarna putih


Bahagian atasnya berwarna kekuningan.


Ikan baung bakar yang lazat.


My faborite
Ikan baung masak asam pedas.

Salam bertani.

Buah Manggis

Salam bertani.

Musin buah durian sudah berakhir di dusun WP. Sekarang bermulalah pula musim buah-buahan lain seperti manggis, rambutan dan cempedak. Pokok manggis adalah diantara pokok buah-buahan yang sudah mematangkan hasilnya.

Buah manggis yang matang akan bertukar warnanya kepada warna gelap. Buah yang matang, sekiranya lambat dituai, akan gugur sendiri. Perlu ada galah khas untuk mengutip buah manggis matang supaya tidak gugur ke tanah. Kebanyakan pokok manggis di dusun WP tidak tinggi dan buah matangnya boleh dicapai tangan.



Kutipan buah manggis sulung semalam


Pokok manggis sedang berbunga


Bunga manggis yang akan membentuk putik buah.


Putik buah manggis master


Buah manggis master berbentuk lonjong di hujungnya.


Manggis master berbuah lebat


Buah manggsi master hampir matang


Buah manggis master matang


buah manggis biasa


Buah manggis biasa berbentuk bulat


kebanyakan buah manggis hampir matang




Sepohon manggis di dusun WP

Salam bertani.