Rabu, 18 Julai 2018

Ikan Misteri

Salam bertani.

Pada petang semalam, sambil menggembala lembu, WP menjala ikan di sungai memandangkan air sungai agak surut. Ikan yang biasa diperolehi ialah ikan talapia, ikan putih (terebul dan temperas), ikan keli, ikan belida, ikan puyu dan ikan baung.

Tetapi semalam WP mendapat seekor ikan yang agak misteri kerana tidak pernak menangkap atau melihat ikan seperti itu selama menangkap ikan di sungai atau tasik. WP mengambil keputusan untuk melepaskan semula ikan misteri itu ke dalam sungai.



Ikan misteri yang tersangkut di dalam jala semalam.
Ikan ini mungkin masih anak lagi.


Mempunyai muncung yang panjang dan gigi yang tajam


Adakah ini anak ikan aligator atau arapaima.


Hasil jalaan semalam selain ikan misteri itu.
Salam bertani.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum WP, ini ikan Alligator Gar (Atratosteus spatula). Ikan ini is mostly known as an aquatic invasive species. Dia boleh menyesuaikan diri untuk hidup dalam pelbagai jenis air, contohnya air sungai, air payau, dll.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye, WP pun agak ni anak ikan alligator gar
      Yang peliknya macam mana spesis tu boleh ada kat sungai ni.

      Padam