Isnin, 31 Disember 2018

MB 68 : Bukan Rezeki

Salam bertani

Semalam pagi WP tidak ke kebun kerana ada urusan di bandar dengan TM.
Sebahagian hasil kebun diceroboh oleh makhluk yang tidak diundang.
Alhamdulillah bukan rezeki WP nampaknya.


Buah durian tekka (musang queen) yang digugurkan.
Jangkaan sebulan lagi akan matang


Buah nangka madu jadi santapan mereka


Buah durian tembaga habis sepokok dikerjakan.

Salam bertani.

Sabtu, 29 Disember 2018

Sarapan Telur Ayam Jantan

Salam bertani

Pada pagi ini WP bersarapan dengan dua biji telur ayam jantan kampung.
Sarapan yang jarang-jarang dapat dinikmati.
Jom bersarapan.


Hidangan isi telur ayam jantan kampung ditambah kicap pedas
sedia untuk disantap


Rebus dua biji telur ayam jantan kampung


Perbezaan saiz diantara telur ayam jantan dan  telur ayam betina


Telur ayam jantan tidak mengandungi yolka (kuning telur)

Salam bertani.

Jumaat, 28 Disember 2018

Jambu Bol : Tanam Sepokok Tak Habis Makan

Salam bertani.

Sepohon jambu bol di kebun WP sedang berbuah dan sudah mulai masak ranum sekarang. Rasa buahnya agak manis dan sedap dimakan bercoletkan kuah rojak buah. Apatah lagi selepas disimpan dalam peti ais.

Buah jambu bol matang yang baru dituai
sedia untuk dimakan.



Sepohon jambu bol yang sedang berbuah lebat


Bunga jambu bol


Buah jambu bol yang lebat
Boleh dicapai tangan.


Buah jambu bol muda


Hampir matang


Bertukar warna kemerahan


Beberapa biji buah yang matang dan boleh dituai


Sebiji buah jambu bol matang yang lazat
dan manis rasanya.

Salam bertani.

Khamis, 20 Disember 2018

Kacang Panjang Ular : Tanam Sepokok Tak Habis Makan

Salam bertani

Kacang panjang ular (Snake long bean) adalah sejenis kacang panjang yang mempunyai buah yang agak berbeza berbanding kacang panjang biasa. Kekacangnya agak menggerutu dan mempunyai saiz yang lebih besar serta lebat berbuah. Kekacang panjang ular lebih lemak, ranggup dan sesuai dijadikan ulaman dimakan bersama sambal belacan, ramuan nasi kerabu, nasi goreng atau menu nasi ayam penyet.

Pokok kacang panjang ular boleh juga ditanam sebagai pokok pemanjat pagar, ditanam di dalam pasu atau dalam polibeg. Jom layan gambar-gambar sepohon kacang panjang ular generasi ke-dua yang sedang lebat berbuah.


Percaya tak, inilah hasil sekali tuaian dari sepokok kacang
panjang ular.



Sepokok kacang panjang ular yang ditanam di belakang rumah.
Lantai tanahnya pula adalah hamparan pokok pegaga.
Hasil sepokok tak habis makan.



Berbuah lebat.
Tidak perlu gunakan bahan kimia atau racun serangga.


Buah-buah kacang panjang ular di bawah junjungan.


Setangkai buah kacang panjang ular.

Hobi bertani, manfaat hasil.
Salam bertani.

Ahad, 16 Disember 2018

Buah Labu Sayong

Salam bertani

Ada sepohon labu air memanjat tanaman lain dan sudah mula berbuah. Tak sangka pula buahnya berbentuk labu sayong. Labu air seperti  ini biasanya dipanggil labu botol dan ada juga yang memanggilnya buah labu sayong. Tembikar labu sayong mungkin mengambil sempena daripada bentuk  buah labu botol ini.

Pokok labu sayong ini mudah ditanam menggunaka biji benih matang. Ada juga yang menanamnya melalui keratan dahan yang berakar (yang menjalar di atas tanah). Ia mula berbunga selepas 3 bulan ditanam. Ia mengeluarkan bunga jantan dan bunga betina seperti pokok labu manis dan hanya bunga betina yang akan membentuk putik buah.

Labu air jenis ini enak dimasak tumis air atau masak lemak. Kandungan airnya yang sangat tinggi dikatakan sesuai untuk menyejukkan badan. Kandungan seratnya yang tinggi pula, elok untuk sistem pencernaan kita dan sesuai dimakan oleh orang-orang yang ingin mengamalkan pemakanan diet. Pucuk dan daun muda labu sayung pula boleh dijadikan sayuran, dimasak goreng atau lemak putih.


Buah2 labu sayong bergantungan di pokok
 

Bentuknya seperti tembikar labu sayong


Mengeluarkan bunga di bahagian pucuk yang menjalar
Pucuknya boleh dijadikan sayuran.


Sudah boleh dituai



Bunga jantan dan bunga betina.
Hanya bunga betina yang akan membentuk putik buah.

Salam bertani.

Khamis, 13 Disember 2018

Menggalah Sungai

Salam bertani

Musim hujan sudah bermula.
Air sungai mula meningkat.
Anak-anak udang galah mula membesar.
Jom layan mancing.



Tuaian sepetang


Seekor udang galah yang baru mendarat.

Salam bertani

Ahad, 9 Disember 2018

Pokok Lada Solok

Salam bertani

WP ada menanam 2 pokok lada solok di dalam polibeg dan diletakkan di dalam kotak polystrin.
Alhamdulillah, kedua-duanya sudah mengeluarkan hasil untuk kegunaan sendiri. Buah lada solok sama sahaja seperti lada biasa cuma warnanya agak cerah/putih semasa muda. Rasanya pula kurang pedas berbanding lada lain. Buah lada solok biasanya dibuat 'solok lada' yang biasa kita jumpa di dalam menu nasi kerabu.


Buah lada solok matang yang mengandungi biji benih


Dua pokok lada solok di dalam polybeg


Buah lada solok agak cerah warnanya


Penjagaannya sama seperti menanan pokok cili


Hanya dijadikan tanaman hiasan


Buah lada solok.

Salam bertani.