Isnin, 24 Januari 2022

MB 181 : Kecil Tapak Tangan Nyiru Ditadahkan

 Salam bertani


Terima kasih Cikgu Puan Salami  Simon


Terima kasih Cik Nona (manis) Qiyah

Salam bertani

Sabtu, 22 Januari 2022

Pohon Abiu Nan Sebatang

 Salam bertani

Wak ada tanam sepohon abiu di hadapan rumah sejak beberapa tahun yang lepas. Pokok abiu ini sudah tiga kali berbuah dan buahnya kali ke-tiga ini lebih kurang 20 biji jumlahnya. Kebanyakan buahnya sudah matang dan boleh dituai. Pokok abiu adalah jenis buah-buahan nadir tidak bermusim dan sekarang sedang rancak berbunga lagi. Jom layan gambar-gambar yang wak jepret sebentar tadi.



Wak tuai 4 biji buah abiu yang dah matang di pokok


Inilah pohon abiu di hadapan rumah wak
Buhnya tidak kelihatan kerana terdapat di dahan pokok


Buah abiu yang hampir matang


Yang muda berbentuk lonjong
dan bertambah bulat apabila matang


Beberapa biji buah abiu menunggu masa untuk matang


Buah abiu yang masih muda


Dah boleh tuai ni
Terjuntai hampir ke tanah


Bunga abiu terbit di ranting pokok


Atas permintaan SA wak tayang buah abiu
 yang dah dipotong kat dia
Ada satu biji benih setiap buah
Rasanyanya manis dan lembut seperti jeli kelapa.

Salam bertani




Ahad, 16 Januari 2022

MB 180 : Sijil Habis Belajar

 Salam bertani

Anak dara bongsu wak tu kira dah habis belajarlah. Sekarang dah kerja tempat dia buat LI dulu. Dia ada tunjuk kat wak sijil yang dia dapat dari sekolah dia belajar tu.




Salam bertani.

Jumaat, 14 Januari 2022

Prestasi Ternakan Lembu Tahun 2021

 Salam bertani

Sebenarnya wak nak cerita pasal cucu-cucu wak tepi sungai yang lahir sepanjang tahun 2021. Alhamdulillah, pada tahun lepas wak dapat lapan ekor anak lembu semuanya. Lima ekor jantan dan tiga ekor betina. Kira meriahlah sebab biasanya dapat tiga atau empat ekor aje setahun. Jom kenali mereka


Inilah pembuka rezeki tahun 2021
Min lahir pada 01.01.2021
Dah setahunlah umurnya



Rina lahir pada 15.01.2021
Besok birthday dia yang pertamalah

 

Bidin lahir pada 21.01.2021
Ambil nama sempena perlantikan presiden USA
pada tarikh tersebut


Yang ni namanya Pok Teh sebab ada tompok
putih di kepalanya.
Wak panggil Utih aje
Utih ni nampak paling besar sebab dia tak bertambat.


Anak dara cute ni lahir pada 04.08.2021
Wak namakan Mok Teh Jana sebab ada tompok
putih di kepalanya juga
Panggil Jana aje


Si Apis ni lahir pada 26.09.2021
Dah hampir 4 bulanlah umurnya


Baby manis ni lahir pada 02.12.2021
Baru sebulan lebihlah umur Nona ni


Cucu bongsu tahun 2021
Budak Napi ni pun ada tompok putih di kepalanya.
Napi (tak sikat tepi) lahir pada 17.12.2021

Saalam bertani.

Jumaat, 7 Januari 2022

JDT 16

 Salam bertani


Harga bahan input pertanian naik melambung
Macam ni dah cecah 1/2 k


Pulang dari kerja di dusun tadi
bawa pulang sayur meranti.


Burung puyuh dah mula bertelur


40 budak hitam dah turun tanah


Anak durian kayangan
Klon duri hitam


Tumbuh kat depan pintu pagar
Nak buang sayang
Hari- hari terpaksa elak 


Cucu-cucu baharu tepi sungai
Bf Apis dan Nona


Elsa Sara Aisyah dah anak dara
Pn is3 wak panggil elsa
Wak panggil echah


Buah abiu dah ada yang kuning mencelah


Cucu wak dah umur 6 bulan
Baju mana ntah



Nak interframe jugak
Last pun takpe

Salam bertani.


Khamis, 6 Januari 2022

Tanam Pokok Durian Musang King

 Salam bertani

Semalam wak menanam sepokok anak durian musang king (APM) untuk menyulam pokok durian lama yang bantut dan tak mahu membesar. Pokok lama tu wak tak buang, jadi ada dua pokoklah yang berdekatan. Harap-harap pokok baharu ini akan membesar dengan subur dan sihat.



Anak benih durian musang king dalam polibeg
sedia untuk ditanam. Tinggi 2 meter
Harganya lebih RM100


Tapak penanaman disediakan seminggu lebih awal
Tambahan dolomite, CIRP dan furadan


Buka bahagian bawah polibeg terlebih dahulu
Buangkan akar bergulung di bahagian bawah polibeg


Letakkan anak benih di tapak penanaman
Pastikan bahagian bawah polibeg sama tinggi
dengan aras tanah


Polibeg telah dibuka


Tambunkan tanah di sekeliling perdu pokok
sehingga menjadi busut.
Bacakan doa menanam pokok.


Anak pokok durian musang king setahun di lapangan


Anak pokok durian musing king dua tahun setengah


Pokok durian musang king dewasa yang sudah
beberapa kali berbunga dan berbuah.

Salam bertani.