Jumaat, 29 Mei 2020

Covid dan Corona

Salam bertani

Sepanjang musim PKP ini, ternakan lembu wak dah bertambah dua ekor lagi. Si Covid 20 lahir pada 26.03.2020 dan  terbaru si Corona yang lahir pada hari raya pertama. Petang tadi wak sempat merakamkan gelagat mereka berdua.


Apalah yang mereka bisikan


Kobit dah berusia 2 bulan.
Nana baru beberapa hari.


Nana hanya akan mula makan rumput apabila
berumur dua minggu.


"Cuba buat macam ni" kata Kobit


"Dalam sungai ni ada buaya tak?" tanya Nana.



Nana bersama kakak dan ibunya.

Salam bertani.

Khamis, 28 Mei 2020

Merumput Tanaman Keladi

Salam bertani

Hari ini sepagian wak bekerja merumput di kawasan tanaman keladi di kebun. Hujan yang kerap turun menyebabkan rumpai tumbuh subur di kawasan tanaman keladi. Rumpai perlu dibuang supaya mengelakkan persaingan dengan tanaman untuk mendapatkan nutrien, ruang dan cahaya matahari.

 Alhamdulillah senang hati apabila melihat kawasan tanaman bersih dan menghijau. Wak menggunakan alat manual yang sangat efektif membuang rumpai jenama 10J.


Kawasan penanaman bibit keladi yang telah dibersihkan
daripada rumpai.


Keadaan sebelum merumput.


Selepas dibuang rumpai


Pokok rumput israel tumbuh di kawasan tanaman keladi mawar


Setelah dibuang rumput.
Anak keladi juga perlu dibuang/diubah untuk
 mengelakkan persaingan dengan induknya.


Sebelum dirumput


Selepas dirumput


Sebelum dirumput


Selepas dirumput


Sebelum dirumput


Selepas dirumput.
Bayang2 wak sedang jepret gambar


Pokok keladi putih/minyak dewasa.
Bulan ogos nanti baru boleh tuai.
Pokok keladi putih tidak mengeluarkan sulur
tetapi mengeluarkan anak pokok di sekeliling umbisinya.
Anak keladi putih sesuai dijadikan sayur keladi
kerana tidak gatal.

Salam bertani.

Ahad, 24 Mei 2020

Salam Lebaran 1441H

Salam bertani

Wak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya PKPB kepada semua pembaca yang singgah ke blog Warisan Petani. Sambutan raya kali ini agak berbeza kerana kita kena patuh kepada pelbagai SOP dan mengamalkan 'the new normal' yang tak pernah kita lakukan sebelum ini.


Selamat hari raya idilfitri
Maaf zahir dan batin


Pukul 8.00 pagi wak dah ke surau kerana terpilih untuk
 melakukan solat sunat idilfitri berjemaah
 bersama-sama  11 orang ajk surau.


Lepas zohor wak dah ke sungai membidani si Zura
 yang bersalin.
Dapat baby girl, wak namakan Corona.
Panggilan jawanya Si Nana aje.


Lepas asar wak ke kebun pula membuat kajian lapangan.


Salam lebaran 1441H
Salam bertani.

Jumaat, 22 Mei 2020

Alhamdulillah, Dapat Solat Jumaat di Masjid

Salam bertani

Hari ini adalah hari jumaat terakhir dalam bulan ramadan ini. Alhamdulillah, wak bersama-sama beberapa ajk masjid dapat menunaikan solat jumaat di masjid setelah beberapa lama tertangguh.


Masjid jamek di kampung wak.
Masih dikekalkan dengan seni bina tradisional


Pergi masjid bawa sejadah sendiri dan juga mask.


SOP dipatuhi
Ada pendaftaran, periksa suhu badan dan pencuci tangan.


Mendengar khutbah solat jumaat


Solat jumaat mengikut penjarakan sosial.
Hanya 12 orang yang terlibat termasuk imam.


Lengang.

Alhamdulillah
Salam bertani.

Isnin, 18 Mei 2020

MB 131 : Pokok Bunga Bauhinia @ Bunga Ketup-ketup

Salam bertani

Pokok bunga bauhinia yang memanjat pagar di rumah wak sedang marak berbunga. Penyeri rumah menyambut raya.




Salam bertani.

Sabtu, 16 Mei 2020

Selamat Hari Guru 2020

Salam bertani

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik : Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu.
16 Mei 2020.
16 banner daripada WP.

















Salam bertani.