Sabtu, 9 Mei 2020

Kajian Lapangan 4 : Tanaman Kontan

Salam bertani

Wak rasa macam nak selesaikan thesis wak ni sampai bab 4 ajelah. Lainlah macam blogger SA boleh buat akasia sampai berbelas siri. Kajian kali ini tentang tanaman kontan yang wak usahakan sebagai aktiviti riadah untuk mengeluarkan peluh .

Tanaman kontan ialah tanaman jangka pendek yang kita usahaka sementara menantikan tanaman kekal mengeluarkan hasil. Wak ada usahakan sedikit tanaman kontan seperti keladi, serai, ubi kayu dan pisang disamping tanaman sayuran kampung yang lainnya.


Hasil tuaian tanaman kontan pagi ini


Keladi putih@keladi minyak
Sesuai dijadikan sayuran.


Keladi mawar.
Umbisinya enak digoreng


Anak keladi putih sedang membesar 


keladi ditanam berperingkat-peringkat


Serai gajah yang sudah sesuai dituai


Pokok serai sedang membesar


Anak serai yang baru ditanam


Ubi kayu sentiasa ada bekalan


Ubi indon


Ubi kuning


Pokok pisang raja


Pisang nipah sedang membesar


Pisang jari buaya 


Pokok pisang 40 hari 


Seperdu kantan merah


Bunga kantan merah


Pokok kantan pink


Bunga kantan pink



 Salam bertani.



39 ulasan:

  1. Macam-macam jenis keladi, bunga kantan. Lamanya tak makan keladi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Layan goreng keladi buat kudapan, makan panas2 dengan sambal kicap

      Padam
  2. Sejuk tangan.. Semua tanaman menjadi..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, banyak jenis tanaman kontan..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum.. tertarik dngn bunga kantan merah tu. cantik betul. apa pun, saya rasa mcm syurga dunia je bila tengok hasil2 wak ni. Tahniah wak, terus berbakti pada tanah.Saya mampu tengok je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wkmsalam
      Wak jadi petani daripada pengalaman dan minat yang mendalam.
      Nak jadi pegawai awam, sekolah tak pandai.

      Padam
  5. Pokok keladi selata, yang mana satu Wak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. keladi seratah kadang2 dipanggil keladi sarawak atau keladi telur.
      wa ada buat satu entri tentang keladi seratah ni.

      Padam
  6. Tak payah ke pasar ye wak, semua ada... cantik betul bunga kantan merah wak tu... kalau kat rumah di kampung paling banyak pokok nenas la wak, abah peladang tegar nenas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Area wak ni jarang orang buat ladang nanas sebab tanah berbukit. Banyaknya kebun sawit aje.

      Padam
  7. LUAS LAPANGAN TANAMAN MENGISI KEPERLUAN MAKANAN

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Pink ke merah ke, sama aje rasanya.
      tapi yang merah ni mahal sikit harganya.

      Padam
  9. Cantiknya bunga kantan merah tu Wak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh buat hadiah bunga sebagai penghargaan kepada seseorang.
      Daripada bunga ros baik bunga kantan merah.
      Boleh buat masakan.

      Padam
  10. Lama sangat tak makan keladi.Yang kerap makan keledek je Wak..keladi sedap di rebus makan dengan ikan masin..tak pun buat pengat.Ya Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya wak makan keladi goreng sebagai kudapan.
      Buat bubur/pengat pun sedap

      Padam
  11. haha Wak pun follow akasia SA rupanya ya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha aa
      Apa khabarlah si Adam tu masa covid 19 ni ek.

      Padam
  12. Gambar bunga kantan merah tu cantik! Dan hari ni saya baru tahu ada kantan merah dan ada kantan pink... tq wak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada satu lagi, bung kantan warna putih.
      Yang tu wak belum ada benihnya lagi.

      Padam
  13. Cantik nye bunga kantan yg kembang tu

    BalasPadam
  14. Meriah sungguh tanaman wp. teruja pulak jadinya saya. bolehlah nanti pi melawat kebun dan dusun wak ye hehehe

    BalasPadam
  15. perghhh
    1st time dengar pisang2 tu
    pisang 40 hari tu maksudnya berbuah lepas 40 hari ke macam mana?
    ahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. 40 hari tu mungkin jangka hayat buahnya dari muda sehingga masa untuk dituai

      Padam
  16. hahahahha sambung la lagi sampai 10 wakkk!

    BalasPadam
  17. rasa nak buat rumah kat kebun ni. nak masak apa2 je keliling rumah, macam2 resipi boleh buat >.<

    BalasPadam
  18. Pergh.. mcm2 pokok ada wak..tak rugi berbudi pada tanah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak nak ngayuh basikal takut dah tak larat.
      Jadi wak ngayun cangkul karo parang waelah.

      Padam
  19. cantiknya bunga kantan tu. Meriah tanaman kontan wak. Serai gajah tu first time dengar.

    BalasPadam
  20. Alhamdulillah.. Tak rugi berbudi pada tanah..
    berperingkat ye wak tanam, maksudnya bekalan sentiasa ada je lah kan wak.. Tak terputus..

    BalasPadam
  21. Allahu, cantik nyer mekar bunga kantan tu!!!

    BalasPadam
  22. Ya Allah.. seronoknya tengok tanaman semua menjadi.. Eh Wak pun layan ya akasia SA.. hahaha..

    BalasPadam