Selasa, 28 Februari 2017

Anak Durian Raja Kunyit (Musang King)

Salam bertani.

Memandangkan harga buah durian raja kunyit (musang king) yang sangat tinggi dan konsisten serta permintaannya yang amat menggalakkan, WP tidak ketinggalan menanam beberapa  pokok anak durian tersebut di dusun yang WP usahakan. WP ada juga menanam  klon durian lain seperti durian duri hitan, IOI dan monthong  Walau pun usaha ini agak terlewat tetapi WP laksanakan juga mengikut konsep "lebih baik lewat daripada tiada". Harga buah durian musang king luar musim sekarang ialah lebih RM50.00 sekilogram.

WP nak tunjukkan sebahagian daripada anak pokok durian raja kunyit  (musang king) yang ditanam. Anak pokok durian ini WP tanam menggantikan tanaman pokok getah kerana tidak ditoreh dan beberapa pokok durian kampung yang kurang berkualiti. Anak durian musang king ini adalah dari baka klon cantuman mata tunas.

 WP menanam anak benih durian ini secara berperingkat-peringkat, ada yang berumur satu tahun, dua tahun, tiga tahun dan  ada beberapa pokok yang sudah  belajar berbuah pada musim yang lepas. Pokok durian musang king baka klon yang sihat dan subur akan mula berbunga selepas lima tahun ditanam.





















Salam bertani.

Isnin, 27 Februari 2017

Riwayat Pisang Tanduk Tepi Rumah.

Salam bertani.

Inilah riwayat hidup sepohon pisang tanduk yang WP tanam di tepi rumah. Kesemua gambar dalam entri ini diambil berperingkat-peringkat daripada pokok pisang tanduk ini mula ditanam sehinggalah ianya ditebang.



Buah pisang tanduk.


Benih pisang tanduk ditanam melalui sulur pedang.
Boleh juga ditanam anak benih melalui kultur tisu.


Anak benih pisang tanduk mula tumbuh.
Diberikan baja organik.



Anak pisang tanduk semakin membesar
Sekiranya cuaca panas, perlu penyiraman.


Perlu  baja asas NPK 15:15:15 untuk menggalakkan tumbesaran
dan menghijaukan daun.


Anak pokok sudah membesar.


Hidup subur di tepi rumah.
Perlu baja organik lagi.


Pokok yang kiri sekali.
Berjiran dengan pokok pisang raja udang dan pokok pisang awak.
Berikan baja campuran NPK 12:12:17  untuk menggalakkan pembungaan.


Mula berbunga apabila berumur 8 bulan.
Pokok pisang tanduk tidak berjantung.




Mengeluarkan 8 biji buah muda.


Perlu diberikan sokongan supaya tidak tumbang.
Sokongan perlu disangga pada tandan buah bukan batang pokok.
Berikan baja campuran NPK 12:12:21 untuk menggalakkan pembentukan buah.



Pokok pisang tanduk mula mengeluarkan sulur apabila
mula berbuah.


Buah pisang tanduk semakin membesar.
Buah pisang tanduk lebih bermutu sekiranya dibungkus.


Sulur pisang tanduk semakin banyak.
Jangan digali/diubah sulur pisang tanduk sebelum
induknya ditebang untuk mengelakan kerosakan akar pokok induk
dan mengelakkan tumbang.
Jangan takai/cantas sulur kerana ia boleh dijual sebagai anak benih
dengan harga RM2.00 - RM2.50 sepokok.


Pokok pisang tanduk boleh ditebang apabila kesemua daunnya kekuningan.


Buah sudah sesuai dituai.
Lebih kurang 3 bulan selepas berbunga.
Sekiranya lewat buah pisang tanduk mungkin pecah.



Pokok pisang tanduk telah ditebang. 
Mempunyai lebih 10 sulur yang boleh dijadian anak benih.
Sulur/anak pisang perlu diubah ke tapak lain sebagai bahan penanaman baru.
Jiran sebelahnya juga sudah berbuah.


Buah pisang tanduk yang baru dituai.


Mempunyai saiz yang besar sehingga satu kg sebiji.


Perbezaan saiz diantara buah pisang tanduk dan pisang helang/lang.

Hiduplah berbakti seperti pokok pisang, memberikan hasil kepada manusia walau pun ia terpaksa dikorbankan. Generasi barunya akan mengambil alih bakti tersebut berterusan.

Salam bertani.

Khamis, 23 Februari 2017

DIY : Reban Ayam 3

Salam bertani.

WP menambah sebuah lagi sangkar untuk menempatkan anak-anak ayam kampung yang semakin membesar. Lagi pun ada beberapa ekor ibu ayam yang masih mengeram dan anak-anak baru ayam kampung akan menetas tidak berapa lama lagi. WP mengambil masa seharian untuk menyiapkan sangkar baru tersebut memandangkan hanya membuatnya seorang diri. Sangkar baru dibina melekat pada dinding  reban induk yang sedia ada untuk menjimatkan kos.



DIY : Reban Ayam 3


Memasang kerangka reban.
Melekap pada dinding reban ayam sedia ada.


Kerangka bersaiz 1M X 1.2M X 3.2M
Kelihatan pokok keladi sarawak di belakang reban.


Pasang BRC 2011 di bahagian atas dan sisi dahulu


Dinding sisi telah dipasang


Memasang lantai (BRC) dan pelapik lantai (plastik)


Lantai siap dipasang




Menambah sekeping zing kilang  5m panjang
mengikut saiz bumbung reban asal.
Kelihatan daun pokok jambu bol di sebelahnya.


Memasang BRC di bahagian hadapan reban.


Dinding bahagian hadapan siap dipasang
dan ada ruangan pintu di tengah-tengah binaan.



Kemasan tapak (tanah).


Pintu siap dipasang menggunakan 3 keping papan.


Ruang pintu dibuka


30 ekor anak ayam kampung bermustautin di apartment baru.
Selebihnya masih di sangkar asal.


Salam bertani.