Selasa, 11 April 2023

Berkat Ramadan

 Salam bertani

Si Kecik wak yang duduk tepi sungai tu melahirkan anak ke-tiga pada 15 ramadan yang lepas. Jom tenguk



si Kechik baru sahaja melahirkan anaknya


Anak jantan yang comel dan sihat.
Terus aje wak namakan Ramadan.



Lepas lahir terus boleh berdiri


Keadaan sungai dah normal
selepas banjir besar bulan lepas.
Rumput pun dah menghijau kembali.


Alhamdulillah
Ramadan dah menyusu dan dah berak.
Wak pasangkan tali kat leher Ramadan


Ni kakak Ramadan yang nama eNon tu
Lahir 01 ramadan tahun lepas.
Gambar ni masa  umur dia 6 bulan.

Salam bertani                                                                                  










Khamis, 6 April 2023

Musibah Banjir

 Salam bertani

Banjir besar yang melanda tempat wak sudah hampir sebulan berlalu. Wak baru ada kesempatan untuk mengentri blog memandangkan kekangan masa pada bulan ramadan ini. Selain kehilangan 'Yut' kesayangan wak, wak nak cerita tentang  musibah banjir di dusun WP pula.

Wak kehilangan 12  anak pokok durian yang berumur 2 hingga 5 tahun akibat banjir besar tersebut. Sebelum ini dusun wak jarang2 dinaiki air banjir seperti ini.  6 pokok durian duri hitam, 3 pokok durian musang king, 2 pokok durian kim hong dan sepokok durian ioi tidak dapat diselamatkan. Mujurlah pokok-pokok buahan lain tidak terjejas.

Wak bercadang nak gantikan pokok durian yang mati ini dengan tanaman pokok buah-buahan lain yang tahan banjir seperti mesta, manggis, rambutan atau duku/dokong.


Pokok durian duri hitam ini sudah berbunga
pada musim buah yang lepas


Anak pokok durian ioi berumur 2 tahun


Anak-anak pokok durian duri hitam


Durian kim hong


Pokok durian musang king ini juga sudah
berbunga pada musim yang lepas


Takde rezeki wak kali ini.

Saalam bertani