Selasa, 29 Mac 2022

Tanam Anak Pokok Kelapa Sawit

 Salam bertani

Sudah hampir setahun wak menebang pokok getah tua di kebun pusaka di belakang rumah. Kebun pun dah semak semula, sekarang baru ada kelapangan untuk wak menanam benih kelapa sawit. Benih kelapa sawit hanya sebahagian sahaja yang sampai kerana kekurangan stok. Wak tanam dahulu mana yang ada. Lepas raya nanti bolehlah selesaikan sambung semula penanaman.


Benih kelapa sawit yang baru sampai sedia untuk ditanam


Kebun sudah dibersihkan dan pancang disediakan


Gali lubang penanaman gunakan jentera


Anak pokok kelapa sawit yang siap diubah


Gunakan jarak segi tiga 10m X 10m X 10m


Bekalan benih daripada FGV

Salam bertani



Sabtu, 26 Mac 2022

Bubu Yang Sekarang Part 1

 Salam bertani

Pada hari ini genaplah sebulan wak kutip anak kucing jalanan si Bubu dan dipulihara dengan penuh kasih sayang. Alhamdulillah Bubu dah sihat, aktif dan kuat makan. Bulunya yang gugur dah mula tumbuh dan luka-lukanya juga sudah sembuh. Cuma matanya yang sebelah kanan tidak boleh pulih sepenuhnya tetapi masih boleh melihat seperti biasa.


Bubu yang sekarang


Dah nampak sihat dan berisi berbanding dahulu


Seluruh badannya sudah ditumbuhi bulu baharu


Mata sebelah kanan bubu tak dapat diselamatkan sepenuhnya
Tidak bersinar seperti mata sebelah kiri 
tetapi masih boleh melihat seperti biasa.


Keadaan Bubu dua minggu yang lepas.
Macam telanjang takde bulu

Salam bertani.

Selasa, 22 Mac 2022

Pokok Durian Duri Hitam Dah Berbunga

 Salam bertani

Salah satu pokok durian klon duri hitam yang wak tanam hampir lima tahun dahulu sudah berbunga buat kali pertama. Berbunga agak lebat juga tetapi wak tak mengharapkan sangat hasil yang banyak kerana pokok durian muda yang berbunga kali pertama biasanya tidak menjadi. Apatah lagi cuaca sekarang yang tak menentu dengan panas terik  dan hujan yang lebat menyebabkan bunga durian mudah gugur.  Kalau dapat menghasilkan dua tiga biji sehingga matang pun dah syukur sangat. Jom layan.








Salam bertani


Sabtu, 19 Mac 2022

Tuai Buah Pisang Awak

 Salam bertani

Pada minggu lepas wak menuai setandan buah pisang awak yang wak tanam di dusun. Buah pisang awak sesuai dijadikan pisang goreng, dibuat kuih nagasari, dijadikan pisang salai (tak payah salai, jemur aje) dan enak juga dijadikan pisang rebus.

Ada dua jenis pisang awak iaitu pisang awak yag buahnya banyak biji dan pisang awak yang buahnya takde biji. Yang wak tanam ni jenis pisang awak yang buahnya tiada biji.


Sesikat buah pisang awak matang 
yang sesuai untuk digoreng


Seperdu pisang awak yang wak tanam di dusun
Induknya sudah berbuah
Sebahagian daripada anaknya dipotong supaya
tidak terlalu padat


Petua untuk menuai buah pisang
Apabila sebiji daripada buahnya sudah menguning,
menandakan buah pisang sudah boleh dituai


Cara menebang pokok pisang 
agar buahnya tidak jatuh terhempas
Tandan pisang tergantung tidak mencecah tanah


Buah pisang awak yang sudah dituai


Sebahagiannya sudah dibahagi-bahagikan
 kepada jiran-jiran


Isi buah pisang awak tanpa biji


Pisang awak goreng buat minum petang

Salam bertani.


Rabu, 16 Mac 2022

Syukri Join The Club

 Salam bertani

Sebenarnya wak nak bagi tahu pasal lembu wak si Yut yang berada di seberang sungai tu dah selamat melahirkan baby jantan pada minggu lepas. Wak lambat buat entri cerita ni sebab susah nak bawa hp untuk ambil gambar anak Yut di seberang sungai semasa air penuh. Alhamdulillah, anak si Yut sihat walau pun lahir masa musim hujan. Wak panggil dia si Suk ajelah.


Gambar Suk berumur seminggu lebih
Wak dah pasangkan rantai leher supaya dia jadi budak baik.
Di belakangnya tu si Napi


Bersama ibunya si Yut di seberang sungai


Suk sedang menyusu


Suk bersama abangnya si Putih
Jarak umur mereka genap setahun

Salam bertani.

Isnin, 14 Mac 2022

MB 186 : Bulan Ruwahan

 Salam bertani

Dah masuk bulan syaaban, kariah surau dan masjid di tempat wak berlumba-lumba buat majlis tahlil arwah. Semenjak adanya c19 ni, majlis tahlil arwah dibuat di surau dan masjid berbanding sebelum itu diadakan di rumah kariah masing-masing. Juadahnya pun dah siap berbungkus dan dibawa pulang selepas solat isyak. Tahlil arwah ni akan selesai sehinggalah awal ramadan nanti.

Masyarakat jawa kat sini kalau sediakan bontrot  biasanya nasi ambenglah. Sampai jemu setiap malam ngadap nasi ambeng aje. Jom layan


Nasi ambeng


Nasi ayam


Nasi ambeng


Nasi ambeng


Nasi ambeng


Nasi ambeng.
Salam bertani.


Khamis, 10 Mac 2022

Tengkujuh di Luar Musim

 Salam bertani

Kebiasaannya pada awal bulan februari sehinggalah bulan mac adalah musim kemarau berbeza pada tahun ini musim tengkujuh pula. Musim hujan lebat yang berlarutan ini akan mengganggu pembentukan bunga buah-buahan bermusim dan mengakibatkan banjir di beberapa kawasan rendah.

Hujan lebat yang turun selama hampir dua jam pada malam selasa yang lepas telah mengakibatkan paras air sungai tempat wak menggembala lembu naik mendadak dan mengakibatkan sebahagian kawasan padang ragut dinaiki air. Alhamdulillah pada hari ini (khamis) air sungai sudah surut seperti biasa tetapi sebahagian rumput ragut kotor terkena lumpur.


Paras air sungai naik mendadak selepas hujan lebat
selama dua jam pada malam selasa


Laluan ke sungai juga digenangi air


Air surut sedikit pada hari rabu


Si Rina minum air banjir


Air dalam begini, macam manalah wak nak nyeberang


Si Putih main air di tebing sungai


Alhamdulillah, pada pagi ini (khamis) air sungai
 dah surut kembali.
Rumput ragut di tebing sungai diselaputi lumpur.


Salam bertani


Jumaat, 4 Mac 2022

Pasang Lantai Soyok

 Salam bertani

Sebelum PKP dulu, wak ada pasang soyok di depan dan tepi rumah. Baru-baru ni aje wak sempat upah dua tukang rumah Indon pasang lantai soyok yang kat tepi rumah tu. Lantai asalnya cuma bata interlock aje. Alhamdulillah, dah siaplah projek kecil yang lama tertangguh tu.


Soyok di hadapan rumah


Beranda


Soyok di tepi rumah
Lantai asal bata interlock akan ditukar


Bata interlock sudah dikeluarkan


Persediaan memasang lantai konkrit


Longkang di bahagian luar soyok


Pemasangan simen konkrit


Pasang tile lantai


Siap tile lantai, tile dinding dan cat


Pandangan daripada belakang rumah


Tukar pagar depan sekali


Paip basuh kaki


Pn is3 wak belikan basikal untuk cucu-cucunya 
bermain bila balik ke kampung.

Salam bertani.