Salam bertani.
Rabu, 30 Januari 2019
Isnin, 28 Januari 2019
Rabu, 23 Januari 2019
Selasa, 22 Januari 2019
Tebang Pokok Getah
Salam bertani
WP ada menanam pokok getah klon balak lebih kurang 10 tahun yang lalu. Benih getah ini diperkenalkan dan dibekalkan oleh RISDA. Pokok getah ini cepat membesar dan lebih resisten terhadap serangan penyakit kulat. Walau pun belum pernah ditoreh, WP mengambil keputusan untuk menebang pokok getah balak ini memandangkan harga getah yang sangat rendah. Lagi pun pokok getah klon balak ini kurang susunya dan sesuai dikomersialkan kayunya sahaja.

Anak pokok getah klon balak semasa berumur 5 tahun.
Selepas 10 tahun saiznya ada yang sebesar pemeluk.
Kayu getah klon balak yang baru ditebang.
Kulitnya tidak mengeluarkan getah langsung.
Keseluruhan bahagian pokok getah boleh dijual
kecuali daun dan tunggulnya sahaja
Laluan jentera menebang pokok getah.
Keadaan selepas pokok getah ditebang.
Kelihatan di belakang ialah pokok getah klon lama (600)
yang tidak ditebang. Kebun getah tersebut sudah terbiar
dan tidak bertoreh.
Tunggul pokok getah akan dibakar
Keadaan kebun selepas pokok getah ditebang
dan sisa-sisa tebangan dibersihkan/dibakar.
Tanah kebun sudah dibajak dan sedia untuk diusahakan.
Salam bertani.
Isnin, 21 Januari 2019
Sabtu, 19 Januari 2019
Bermadu lagi
Salam bertani
Hari ini WP menuai sebiji nangka madu J33 yang telah matang di kebun.
Sepohon nangka ini mengeluarkan tujuh biji buah semusim pada kali ini.
Salam bertani.
Hari ini WP menuai sebiji nangka madu J33 yang telah matang di kebun.
Sepohon nangka ini mengeluarkan tujuh biji buah semusim pada kali ini.
Isi nangka J33 yang berwarna kuning keemasan.
Rasanya sangat manis, rangup dan tidak berair.
Sebiji kelapa mataq muda juga dituai untuk minuman.
Inilah pokok nangka madu J33 yang rajin berbuah.
Sudah matang dan boleh dituai.
Salam bertani.
Rabu, 16 Januari 2019
Isnin, 14 Januari 2019
MB 69 : Hilang
Salam bertani
Salam bertani.
Pasang kalbat dan zink untuk menakung air di dusun
Petang tadi hanya ini yang tinggal.
Salam bertani.
Sabtu, 12 Januari 2019
Anak-anak 2018
Salam bertani
Sepanjang tahun 2018, aktiviti penternakan lembu WP menambah empat lagi ahli baharu. Alhamdulillah, mereka hidup sihat dan cepat membesar kerana dipelihara dengan penuh kasih sayang. Kesemua anak lembu ini masih menyusu dan bebas meragut rumput di padang ragut.

Inilah anak-anak WP yang lahir sepanjang tahun 2018.
Si Atan, Tompok, Melo dan Sue.
(1 jantan dan 3 betina).
Atan dihahirkan oleh ibunya Siti pada 16 Jan 2018.
Atan adalah anak sulung.
Si Atan berumur beberapa hari.
Gambar Si Atan pada 11 Jan 2019
Tak lama lagi umur Atan akan genap setahun.
Si Tompok lahir pada 06 Mac 2018.
Ada tompok putih di kepalanya.
Ibunya bernama Zura.
Si Tompok dan Melo berumur hampir sebulan.
Gambar Tompok pada 11 Januari semalam.
Tompok nak naik motor agaknya.
Melo dilahirkan pada 03 April 2018.
Melo adalah anak lembu betina
Gambar Melo pada 11 Januari semalam.
Si Sue adalah nak bongsu tahun 2018 lahir pada 24 April.
Kisah emaknya terjatuh ke dalam sungai pernah disiarkan
dalam entri 'Nyemplung Sungei'.
Gambar Si Sue pada 11 Januari semalam
Mudah-mudahan mereka ini adalah punca rezeki Allah untuk WP
pada masa akan datang.
Salam bertani.
Sabtu, 5 Januari 2019
Kiriman Kopi elcafe' dari Sabah
Salam bertani
Pada hari Jumaat lepas WP menerima satu kiriman kopi elcafe' daripada blogger Cikgu Etuza.WP terpilih bersama 11 orang blogger lain yang rajin terjah blog menarik 'Pesona' dan meninggalkan komen sepanjang tahun 2018. Terima kasih Cikgu Etuza kerana kiriman kopi yang lazat dan berkhasiat. Terima kasih juga kerana Cikgu Etuza rajin blogwalking dan memberi komen pada blog 'Warisan Petani'.
Terima kasih Cikgu Etuza

Inilah kopi elcafe' kiriman dari Sabah.
Bungkusan pos laju yang diterima.
Sekotak kopi elcafe'
5 in 1 Premix Instant Coffee with Ginseng and Ginkgo Biloba Extract
Dirasmikan minum petang ini bersama pisang tanduk goreng,
keropok lekor dan popia goreng.
Memang lazat.
Khasiat elcafe' coffee
(rujukan google)
Jangan lupa terjah blog PESONA yang menarik dan bermaklumat ini.
Salam bertani.
Langgan:
Catatan (Atom)