Ahad, 28 April 2019

Membaja Tanaman Serai

Salam bertani.

Musim kemarau dan panas melampau sudah berakhir. Hujan sudah mulai turun membasahi bumi. Tanaman dan rumput ragut sudah mulai menghijau kembali. Wak mengambil kesempatan untuk membaja tanaman serai yang ditanam beberapa bulan yang lalu. Pertumbuhan tanaman serai agak lambat kerana kekurangan air  akibat musim kemarau tersebut.

Untuk pertumbuhan pokok serai yang seimbang dan menghijau, wak gunakan baja sebatian NPK 16:16:16. Ini adalah pembajaan kali ke-dua, selepas diberi baja organik  beberapa minggu selepas ditanam dahulu.


Keadaan 3 baris tanaman serai sebelum dibaja.


Wak gunakan baja sebatian NPK 16:16:16



Kandungan unsur NPK yang tertera di beg baja


Baja berbutir yang hanya perlu ditaburkan di sekeliling
perdu pokok serai.


Seperdu pokok serai. Kesan tanah yang merekah akibat
musim kemarau yang lepas.


Tanaman serai selepas selesai dibaja.
Dalam masa seminggu selepas dibaja kesuburannya akan bertambah
dan pokok serai akan menghijau kembali.

Salam bertani.

Sabtu, 20 April 2019

Ayam Siam

Salam bertani.

Wak memelihara pelbagai baka ayam kampung untuk mendapatkan hasil daging dan telur ayam. Ada sebahagiannya adalah ayam kampung asli dan sebahagiannya sudah menjadi ayam kampung kacukan daripada pelbagai baka tersebut. Wak gunakan  ayam siam sebagai pejantan untuk mendapatkan baka ayam kampung yang lebih berkualiti seperti saiz yang besar dan tinggi, tahan lasak dan daging yang pejal.

Ayam siam biasanya digunakan sebagai ayam sabung kerana kuat bertarung dan tahan lasak malah harganya juga agak tinggi berbanding ayam kampung biasa. Walau bagaimana pun, wak memeliharanya  bukan sebagai ayam sabung atau menjualnya untuk dijadikan ayam sabung.

 Ayam siam pejantan yang mengenali antara satu sama lain sejak kecil biasanya tidak akan bertarung.


Ayam siam remaja


Ayam siam ini bersaiz besar dan tinggi.
Beratnya mencapai 5 kg.


Anak ayam siam jantan


Ayam siam pejantan bersama 2 ekor ayam kampung
 kacuk betina dan seekor ayam selasih betina.


Ayam siam jantan remaja


Sepasang ayam siam untuk pembiakbakaan.


Anak-anak ayam siam.


Anak2 ayam siam dipelihara secara kurung lepas.


Salam bertani.


Jumaat, 12 April 2019

Isnin, 8 April 2019

Dapat Cucu Lagi

Salam bertani.

Hari Jumaat yang lepas Zura telah selamat melahirkan anak. Female calf. Alhamdulillah, jadi ahli yang ke 13. Semoga sihat dan kuat,  membesar sebagai juara.


Baru berusia 3 hari.
Belum diberi nama lagi.


Menghisap kolostrum agar sihat dan kuat


Dunia penuh kehijauan
(walau pun rumput kurang akibat kemarau)



Boss ambil gambar ke?

Salam bertani.

MB 80 : Khasiat Timun Untuk Kesihatan

Salam bertani


Salam bertani.

Jumaat, 5 April 2019

Ibu Tumpang

Salam bertani

Wak menggunakan ibu ayam denak untuk mengeramkan telur ayam kampung dan seterusnya memelihara anak-anak ayam kampung tersebut. Telur ibu ayam denak akan diasingkan dan digantikan dengan telur ayam kampung untuk dieramkan secara semula jadi.

Seekor ibu denak boleh mengeram diantara 8 hingga 10 biji telur ayam kampung.  Ibu ayam denak didapati lebih pandai mengeram dan mendidik anak ayam yang baru menetas berbanding ibu ayam kampung.


Ibu ayam denak ini mendidik 16 ekor anak ayam kampung hasil
pengeraman daripada 2 ibu ayam denak.


Ibu ayam denak sangat pandai mendidik anak


Seekor ibu ayam denak bersama-sama anak-anak ayam kampung


Kasih sayangnya tidak berbelah bagi walau pun
hanya memelihara anak angkat.


Anak-anak ayam kampung dipisahkan daripada ibu tumpangnya selepas
berumur 6 minggu.

Salam bertani.

Selasihku Sayang

Salam Bertani

Masa siram pokok selasih tadi terkenangkan lagu ni:
(Nyanyian Ahmad Jais dan Rafeah Buang)


Kutanam selasih
Kutanamkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih (wahai sayang)
Yang aku tinggalkan.

Kusiram selasih
Kusiramkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih (wahai sayang)
Lambang percintaan.


Pokok selasih


Bunga selasih


Pucuk selasih, RM1 seikat

Salam bertani