Sabtu, 20 April 2019

Ayam Siam

Salam bertani.

Wak memelihara pelbagai baka ayam kampung untuk mendapatkan hasil daging dan telur ayam. Ada sebahagiannya adalah ayam kampung asli dan sebahagiannya sudah menjadi ayam kampung kacukan daripada pelbagai baka tersebut. Wak gunakan  ayam siam sebagai pejantan untuk mendapatkan baka ayam kampung yang lebih berkualiti seperti saiz yang besar dan tinggi, tahan lasak dan daging yang pejal.

Ayam siam biasanya digunakan sebagai ayam sabung kerana kuat bertarung dan tahan lasak malah harganya juga agak tinggi berbanding ayam kampung biasa. Walau bagaimana pun, wak memeliharanya  bukan sebagai ayam sabung atau menjualnya untuk dijadikan ayam sabung.

 Ayam siam pejantan yang mengenali antara satu sama lain sejak kecil biasanya tidak akan bertarung.


Ayam siam remaja


Ayam siam ini bersaiz besar dan tinggi.
Beratnya mencapai 5 kg.


Anak ayam siam jantan


Ayam siam pejantan bersama 2 ekor ayam kampung
 kacuk betina dan seekor ayam selasih betina.


Ayam siam jantan remaja


Sepasang ayam siam untuk pembiakbakaan.


Anak-anak ayam siam.


Anak2 ayam siam dipelihara secara kurung lepas.


Salam bertani.


23 ulasan:

  1. Agaknya ayam siam kampung ini yang dijual di market. Panjang2 semua ruas anggota badannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam kampung yang jual kat market tu bukan ayam siam tetapi ayam kampung kacuk (AKK)

      Padam
  2. ooo inilah namanya ayam siam yer wak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya orang bela buat ayam laga sebab ia terror bertarung.

      Padam
  3. CANTIK WARNANYA AYAM JANTAN SIAM

    BalasPadam
  4. meriahnya keluarga ayam WP

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka bela dan makan daging serta telur ayam kampung.
      Tak pernah beli daging ayam bandar.

      Padam
  5. Kacukkan menghasilkan kualiti yang tidak kurang baiknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi kalau kacikkan dengan ayam hutan, nanti generasinya jadi kecik2 aje.

      Padam
  6. Besar ayam siam ni yer, ni ke ayam laga tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha aa baka ayam laga.
      Ada yang besar dan tinggi berbanding ayam kampung biasa

      Padam
  7. Assalamualaikum wp.
    Ayam siam. kat tempat saya dipanggil ayam sabung. dulu zaman duduk di kampung, saya ada juga membelanya.. zaman budak-budak dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wkmsalam ustaz.
      Wak bela untuk dapatkan daging dan telurnya aje.
      tak pernah buat sabung.

      Padam
  8. nampak gagah gitu ayam siam remaja nye pun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau orang bela untuk sabung memang pandai memilih ayam yang gagah dan sihat. Harga mahal pun mereka sanggup beli.

      Padam
  9. owh inike ayam siam..baru tau camni rupanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada yang panggil ayam sabung.
      Yang buat laga ayam tu.

      Padam
  10. Assalamualaikum mana ada jual telur ayam siam ni KB ye

    BalasPadam
  11. Di KB klu ada sapa2 tau mana ada jual ye telur ayam siam ni

    BalasPadam
  12. Harga berapa wak duduk mana ni telepon please

    BalasPadam