Wak memelihara pelbagai baka ayam kampung untuk mendapatkan hasil daging dan telur ayam. Ada sebahagiannya adalah ayam kampung asli dan sebahagiannya sudah menjadi ayam kampung kacukan daripada pelbagai baka tersebut. Wak gunakan ayam siam sebagai pejantan untuk mendapatkan baka ayam kampung yang lebih berkualiti seperti saiz yang besar dan tinggi, tahan lasak dan daging yang pejal.
Ayam siam biasanya digunakan sebagai ayam sabung kerana kuat bertarung dan tahan lasak malah harganya juga agak tinggi berbanding ayam kampung biasa. Walau bagaimana pun, wak memeliharanya bukan sebagai ayam sabung atau menjualnya untuk dijadikan ayam sabung.
Ayam siam pejantan yang mengenali antara satu sama lain sejak kecil biasanya tidak akan bertarung.
Ayam siam remaja
Ayam siam ini bersaiz besar dan tinggi.
Beratnya mencapai 5 kg.
Anak ayam siam jantan
Ayam siam pejantan bersama 2 ekor ayam kampung
kacuk betina dan seekor ayam selasih betina.
Ayam siam jantan remaja
Sepasang ayam siam untuk pembiakbakaan.
Anak-anak ayam siam.
Anak2 ayam siam dipelihara secara kurung lepas.
Salam bertani.
Agaknya ayam siam kampung ini yang dijual di market. Panjang2 semua ruas anggota badannya.
BalasPadamAyam kampung yang jual kat market tu bukan ayam siam tetapi ayam kampung kacuk (AKK)
Padamooo inilah namanya ayam siam yer wak..
BalasPadamBiasanya orang bela buat ayam laga sebab ia terror bertarung.
PadamCANTIK WARNANYA AYAM JANTAN SIAM
BalasPadamWarnanya pelbagai, bulu ekornya pun panjang.
Padammeriahnya keluarga ayam WP
BalasPadamSuka bela dan makan daging serta telur ayam kampung.
PadamTak pernah beli daging ayam bandar.
Kacukkan menghasilkan kualiti yang tidak kurang baiknya.
BalasPadamTapi kalau kacikkan dengan ayam hutan, nanti generasinya jadi kecik2 aje.
PadamBesar ayam siam ni yer, ni ke ayam laga tu?
BalasPadamHa aa baka ayam laga.
PadamAda yang besar dan tinggi berbanding ayam kampung biasa
Assalamualaikum wp.
BalasPadamAyam siam. kat tempat saya dipanggil ayam sabung. dulu zaman duduk di kampung, saya ada juga membelanya.. zaman budak-budak dulu
Wkmsalam ustaz.
PadamWak bela untuk dapatkan daging dan telurnya aje.
tak pernah buat sabung.
nampak gagah gitu ayam siam remaja nye pun...
BalasPadamKalau orang bela untuk sabung memang pandai memilih ayam yang gagah dan sihat. Harga mahal pun mereka sanggup beli.
Padamowh inike ayam siam..baru tau camni rupanya
BalasPadamAda yang panggil ayam sabung.
PadamYang buat laga ayam tu.
Oo inilah ayam Siam rupanya
BalasPadamAssalamualaikum mana ada jual telur ayam siam ni KB ye
BalasPadamDi KB klu ada sapa2 tau mana ada jual ye telur ayam siam ni
BalasPadamHarga berapa wak duduk mana ni telepon please
BalasPadamMaaf wak tak jual
PadamStok dah tak berapa ada