Rabu, 3 April 2019

Membaja Pokok Buah-buahan

Salam bertani

Pada pagi tadi, wak membaja sebahagian daripada pokok-pokok buah-buahan dewasa di dusun. Wak gunakan baja NPK 12:12:17 (biru) untuk menggalakkan pembentukan bunga dan buah pokok-pokok tersebut. Wak menaburkan baja  pada pokok nangka, cempedak, duku, rambai dan durian belanda. Pokok-pokok durian, pulasan dan rambutan telah diberikan baja yang sama pada bulan lepas (sebelum berbunga).



Inilah baja NPK  biru yang digunakan.
Baja Nitrophoska cap kuda dan singa.
Kandungan unsur NPK dan lain-lain tertulis di bag baja.


Baja NPK biru sesuai untuk menggalakkan pembentukan bunga 
dan penghasilan buah yang berkualiti. 
Satu beg 50 kg berharga sekitar RM 130.00


Kandungan unsurnya ditulis dengan warna biru (NPK biru)


Jom membaja


Baja berbutir yang perlu ditabur di sekeliling pangkal pokok.


Gambar-gambar di bawah adalah pemandangan dusun WP yang dijepret pada pagi tadi selepas aktiviti membaja.








Salam bertani.

18 ulasan:

  1. wah subur2 pokoknya. Alhamdulilah, nikmat berbudi pada tanah.

    BalasPadam
  2. Bestnya WP. Harap one day, tercapai jugak hasrat ada dusun macam WP. Berbudi pada tanah takde ruginya. Kan?

    BalasPadam
  3. cantik nya kebun wak. sukanya tengok.

    BalasPadam
  4. Selain vitamin semulajadi dripada tanah itu sendiri..vitamin tambahan perlu juga diberi pada pokok buah-buahan kan pakcik WP..moga terus tumbuh subur dan mengeluarkan hasil yang baik dan berterusan..untuk dimakan sendiri..disedekah dan dijadikan sumber pendapatan juga..aamiin..aamiin..aamiin.

    BalasPadam
  5. terjaga rapi kebun WP..best..

    BalasPadam
  6. sekampit tu boleh tahan berapa lama?

    BalasPadam
  7. ooh.

    selalu nampak kilang ni tapi baru tahu, ia kilang baja.

    huhu

    BalasPadam
  8. moga menjadi lah semua buah2 wak tu yek, raya nnti nk dtg umah wak la mkn buah hehehhe... tahun ni dana raya kt johor dulu pastu baru ke terengganu hehehhe

    BalasPadam
  9. Dulu masa saya kerja saya selalu baca nama nama baja ni WP.... tp rupanya tak pernah tau hihi....
    Belum di racun ke tu WP, mcm subur je rumput tu

    BalasPadam
  10. puas hati kalau tgk hasil tanaman sendiri membuahkan hasil :)

    BalasPadam
  11. Oo inilah rahsia pokok w segar bugar ye

    BalasPadam
  12. Oooo patut la masing2 da berbunga2

    BalasPadam
  13. semoga lebat buahnya nanti ya

    BalasPadam
  14. Saya nak beli baja ini bagaimana caranya

    BalasPadam
  15. Tuan, berapa sukatan baja untuk tanaman kontan bagi baja hijau dan biru. Mohon tunjuk ajar.

    BalasPadam