Selasa, 28 September 2021

Membersihkan Tanaman Kantan

 Salam bertani

Pagi ini rutin tugasan wak di dusun ialah membersihkan perdu tanaman kantan. Sudah agak lama tanaman kantan tidak dibersihkan dan tidak dituai hasilnya. Biasanya hasil tuaian bunga kantan wak hantar kepada peniaga pasar minggu di pekan. Dah lama pasar minggu tidak beroperasi kerapa PKP ini. Jadi wak biarkan sahaja bunga kantan itu di perdunya.

Kerja-kerja membersihkan perdu pokok kantan termasuklah memotong dan membuang batang pokok yang sudah tua serta membersihkan rumpai di sekelilingnya. Tanah di sekeliling pokok kantan yang baharu ditanam juga perlu digemburkan. Wak juga berikan baja  untuk pokok kantan tersebut.


Inilah seperdu asal pokok kantan merah yang wak tanam
beberapa tahun yang lepas.
Daripada perdu ini wak dah biakkan lebih 40 rumpunan
dan sebahagiannya sudah mula berbunga


Potong dahan tua dan bersihkan rumput di sekelilingnya.
Sudah mula mengeluarkan bunga beberapa kuntum


Pokok kantan merah agak besar dan tinggi
berbanding pokok kantan pink


Yang ini juga sudah mula berbunga


Anak pokok kantan yang lebih muda
Belum berbunga
Tanah di sekeliling pokok digemburkan,
rumpai dibuang dan diberikan baja NPK 16:16:16


Tuaian bunga kantan merah daripada perdu induk


Yang ini adalah pokok kantan bunga putih.
Wak hanya ada seperdu ini sahaja
dan belum berbunga lagi.
Wak cadang nak biakkan lebih banyak lagi
bila sesuai nanti.


Salam bertani



Isnin, 27 September 2021

MB 170 : Tak Ada Rasa Bersalah Sikit Pun Part 5

 Salam bertani


Rasa puas agaknya dia dapat jatuhkan pasu bunga tu


Dia rasa dia hensem sangatlah tu

Salam bertani

Ahad, 26 September 2021

Zura Dah Beranak

 Salam bertani

Pada hari jumaat yang lepas, Zura dah selamat melahirkan anak ke-lapannya. Kali ini baby jantan. Wak belum beri nama lagi, tengah cari nama viral untuk  anak si Zura tu.

 Hari ini baru sempat ambil gambar mereka sebab mereka duduk di seberang sungai. Susah nak bawa hp meredah sungai takut basah. Kebetulan petang ini hujan pula, jadi ambil gambar dalam hujanlah.


Anak jantan si Zura ni dah berumur 3 hari
Wak belum daftarkan nama lagi
Wak dah pasangkan rantai leher semalam


Zura sedang menyusukan anaknya.
Basah kuyup kena hujan


Zura menjilat bulu anaknya supaya cepat kering
Kelihatan motor tunggangan wak di seberang sungai sana


Sedang membisikkan sesuatu kepada anaknya
"Itulah boss kita, walau pun dah tua tapi baik hati orangnya"


Semoga sihat dan cepat membesar


Suasana cerah pada pagi tadi
Tapi masa ni wak tak jumpa anak Zura untuk digambarin

Salam bertani.

Sabtu, 25 September 2021

Permainan Block

 Salam bertani

Anak bongsu wak yang cantik manis tu takde blog macam wak. Tapi salah satu kegemarannya ialah main block. Sampai ada satu almari khas untuk simpan hasil kerja tangan dan mindanya tu. Otak wak memang tak mampu layan main block ni.


Inilah almari menyimpan hasil sentuhan anak wak main block


Rak tingkat 4


Rak tingkat 3


Rak tingkat 2


Rak paling bawah


Yang ni wak kenal 'Doraemon' lah


Ni pink phanter agaknya


Ada 5  kotak lagi yang belum dibuka


Diamon blocks ini mengandungi 2351 block untuk
 membentuk arca Menara Berkembar Petronas.
Kalau suruh wak buat, setahun pun belum tentu siap.

Salam bertani

Selasa, 21 September 2021

Ayam Mutiara Sudah Bertelur

 Salam bertani

Wak ada memelihara beberapa ekor ayam mutiara mulai awal tahun ini. Sebelum ini wak tak pernah lagi memelihara ayam mutiara, jadi bila ada peluang wak cubalah. Memelihara ayam mutiara tiadalah susah mana sebab ia tidak kuat makan, tahan penyakit dan gemar meragut rumput.

Sejak dua minggu yang lepas, ayam mutiara yang wak bela sudah mula bertelur. Wak agak dua ekor yang bertelur sebab sehari dapat dua biji telur. Sebenarnya wak ada sembilan ekor ayam mutiara daripada sepuluh ekor anak ayam mutiara yang wak dapat. 

Daripada sembilan ekor ayam mutiara tersebut, wak masih kurang pasti berapa ekor yang jantan dan berapa ekor yang betina sebab keadaannya lebih kurang sama sahaja. Cuma rasanya lebih banyak yang jantan. Setakat ini yang pasti, ada dua ekor yang betina sebab menghasilkan dua biji telur sehari


Sepasang ayam mutiara dewasa


Wak bela sistem kurung sebab ayam mutiara agak liar
dan boleh terbang


Agak sukar untuk membezakan jantinanya sebab keadaannya
yang agak serupa.


Sebiji telur ayam mutiara
Saiznya lebih kecil  daripada telur ayam kampung
Ayam mutiara tidak membuat sarang untuk bertelur atau
bertelur di tempat yang disediakan.
Ia bertelur bersepah dan perlu dikutip setiap hari


Ibu ayam denak ini mengeramkan 11 biji telur ayam mutiara
Anak ayam mutiara akan menetas selepas 28 hari telur dieramkan


Yang ini wak eramkan menggunakan inkubator


Anak ayam mutiara semasa berumur sebulan.

Salam bertani

Ahad, 19 September 2021

Beli Sayur?

 Salam bertani

Wak jarang-jarang beli sayur-sayuran untuk menu masakan harian di rumah. Biasanya wak cari aje apa-apa sayur yang ada di sekeliling rumah atau di dusun. Sayur-sayur kampung dan ulaman memang sentiasa ada bekalan. Lagi pun masak sayur untuk 2/3 oarng makan memanglah tak banyak. Wak tunjukkan sebahagian daripada sayuran kampung yang ada.



Sayur pucuk manis dan pokok betik
Buah betik pun kadang2 wak buat sayur


Pucuk ubi pulut tepi rumah


Tak pernah beli serai


Ada pokok ulam tenggek burung,
Lengkuas merah, keladi sarawak
dan pucuk ubi


Pokok cili kampung tepi longkang


Baru tanam pokok bendi


Pokok bayam brazil


Daun kesum


Taman bendi dalam polibeg


Pokok kacang panjang renek


Pokok kunyit tepi rumah


Ni pokok buluh manis
Wak tanam awal tahun ni
Rebung buluh manis paling sedap
Ada juga pokok buluh madu yang lebih kecil


Pokok labu manis
Selain buah, pucuknya juga boleh buat sayur


Ulam pegaga


Pokok kantan merah


Pokok belimbing buluh tepi rumah
Buahnya tak putus2
Yang hijau kat belakang tu pokok kantan pink


Pokok cekur ke kencur


Pokok keledek sayur
Pokok keledek ini tidak berbuah, ditanam untuk
pucuknya dijadikan sayuran


Pokok keladi sayur di hujung paip luar
Di belakangnya tu pokok turi
Salam bertani