Selasa, 28 September 2021

Membersihkan Tanaman Kantan

 Salam bertani

Pagi ini rutin tugasan wak di dusun ialah membersihkan perdu tanaman kantan. Sudah agak lama tanaman kantan tidak dibersihkan dan tidak dituai hasilnya. Biasanya hasil tuaian bunga kantan wak hantar kepada peniaga pasar minggu di pekan. Dah lama pasar minggu tidak beroperasi kerapa PKP ini. Jadi wak biarkan sahaja bunga kantan itu di perdunya.

Kerja-kerja membersihkan perdu pokok kantan termasuklah memotong dan membuang batang pokok yang sudah tua serta membersihkan rumpai di sekelilingnya. Tanah di sekeliling pokok kantan yang baharu ditanam juga perlu digemburkan. Wak juga berikan baja  untuk pokok kantan tersebut.


Inilah seperdu asal pokok kantan merah yang wak tanam
beberapa tahun yang lepas.
Daripada perdu ini wak dah biakkan lebih 40 rumpunan
dan sebahagiannya sudah mula berbunga


Potong dahan tua dan bersihkan rumput di sekelilingnya.
Sudah mula mengeluarkan bunga beberapa kuntum


Pokok kantan merah agak besar dan tinggi
berbanding pokok kantan pink


Yang ini juga sudah mula berbunga


Anak pokok kantan yang lebih muda
Belum berbunga
Tanah di sekeliling pokok digemburkan,
rumpai dibuang dan diberikan baja NPK 16:16:16


Tuaian bunga kantan merah daripada perdu induk


Yang ini adalah pokok kantan bunga putih.
Wak hanya ada seperdu ini sahaja
dan belum berbunga lagi.
Wak cadang nak biakkan lebih banyak lagi
bila sesuai nanti.


Salam bertani



34 ulasan:

  1. Bestnya berbudi pada tanah 👏 sy try tanam serai, aduh mati plak. bunga ja subur skrg ni 😂

    BalasPadam
  2. Tanaman kantan? Di daerah saya namanya sayuran yeh. Ada juga yang menyebutnya sabung.

    BalasPadam
  3. Cantiknya kantan merah.
    Batang pokok besar, daun lebih lebar.

    Bunga kantan saya beli sekitar rm2.50 - 3.00 sekuntum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahal juga harganya ek
      Kat sini tak sampailah macam tu

      Padam
  4. Cantik sekali wak..haruman kantan tembus ke Keningau tau..hehehe

    BalasPadam
  5. Meriah betul bunga kantan tu. Buat laksa pun sedap.

    BalasPadam
  6. Banyaknya biakkan pokok kantan..Sedap buat kerabu dengan bilis goreng & sambal tumis pun sedap..

    BalasPadam
  7. besar ye pokok kantan ni...tak leh tanam dlm pasu ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sesuai tanam dalam pasu sebab pokoknya besar dan tinggi juga.

      Padam
  8. Merahnye bunga kantan wak.... berapa harga tolak ke pasar wak?

    BalasPadam
  9. Seronoknya tengok..semua menjadi bertuah betul dapat berbudi pada tanah ni

    BalasPadam
  10. teringat masa dulu nak masak laksa cari bunga kantan tak jumpe...

    BalasPadam
  11. Besar rupanya kantan merah, selalu beli yang pink. Wak jual lah anak pokok kantan merah wak. Buat macam nursery gitu. banyak tu pokoknya dan subur semuanya. Bunga kantan sekarang mahal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok kantan merah ni masih rare lagi
      Ramai orang cari benihnya
      Setakat ini wak tak buat jualan benihnya lagi.

      Padam
  12. bunga kantan putih mesti cantik kan wak, buat jambangan bunga heheheh

    nanti dana nak suruh adik tanam jugak lah kantan merah tu... tpi sebab rumah nyai ada pokok kantan emak malas nak tanam sendiri hehehe...
    kalau kat selangor dan kl, sekuntum tu dah seringgit ke dua ringgit harganya wak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang bunga putih tu belum mengeluarkan bunga lagi.
      Wak baru dapat benihnya awal tahun ni.

      Padam
  13. Balasan
    1. Besar juga
      Lebih besar daripada yang berbunga pink tu

      Padam
  14. Time nk raya,bunga kantan mencanak naik harganya..rm10 sebatang kt gua musang,kelantan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahalnya.
      kat sini kalau bunga kantan yang warna pink tu banyak bekalannya.

      Padam
  15. Bunga kantan putih tu PC belum pernah jumpa dan tengok wak.

    BalasPadam
  16. Tak pernah tgk bunga kantan putih…
    WP pernah jumpa ulo tak

    BalasPadam
  17. suka bau bunga kantan..ade masa nnt nk buat nasi grg :)

    BalasPadam
  18. Baru tau ada byk warna bunga jantan ni wak. Beli pun 6 tahun sekali

    BalasPadam
  19. Banyak betul pokok kantan wak. Cantik warna bunga kantan merah ni. Biasa nampak yang warna merah jambu tu je. Eh warna putih pun ada. Eloklah dibiakkan tu. Nanti kalau ada bunga kantan warna putih tu wak share ye :)

    BalasPadam
  20. Bestkan kalau bercucuk tanam..nak makan, cabut atau petik saja..

    BalasPadam