Salam bertani
Pagi ini rutin tugasan wak di dusun ialah membersihkan perdu tanaman kantan. Sudah agak lama tanaman kantan tidak dibersihkan dan tidak dituai hasilnya. Biasanya hasil tuaian bunga kantan wak hantar kepada peniaga pasar minggu di pekan. Dah lama pasar minggu tidak beroperasi kerapa PKP ini. Jadi wak biarkan sahaja bunga kantan itu di perdunya.
Kerja-kerja membersihkan perdu pokok kantan termasuklah memotong dan membuang batang pokok yang sudah tua serta membersihkan rumpai di sekelilingnya. Tanah di sekeliling pokok kantan yang baharu ditanam juga perlu digemburkan. Wak juga berikan baja untuk pokok kantan tersebut.
Inilah seperdu asal pokok kantan merah yang wak tanam
beberapa tahun yang lepas.
Daripada perdu ini wak dah biakkan lebih 40 rumpunan
dan sebahagiannya sudah mula berbunga
Potong dahan tua dan bersihkan rumput di sekelilingnya.
Sudah mula mengeluarkan bunga beberapa kuntum
Pokok kantan merah agak besar dan tinggi
berbanding pokok kantan pink
Yang ini juga sudah mula berbunga
Anak pokok kantan yang lebih muda
Belum berbunga
Tanah di sekeliling pokok digemburkan,
rumpai dibuang dan diberikan baja NPK 16:16:16
Tuaian bunga kantan merah daripada perdu induk
Yang ini adalah pokok kantan bunga putih.
Wak hanya ada seperdu ini sahaja
dan belum berbunga lagi.
Wak cadang nak biakkan lebih banyak lagi
bila sesuai nanti.
Salam bertani
Bestnya berbudi pada tanah 👏 sy try tanam serai, aduh mati plak. bunga ja subur skrg ni 😂
BalasPadamTanaman kantan? Di daerah saya namanya sayuran yeh. Ada juga yang menyebutnya sabung.
BalasPadamNama yang baru wak dengar
PadamCantiknya kantan merah.
BalasPadamBatang pokok besar, daun lebih lebar.
Bunga kantan saya beli sekitar rm2.50 - 3.00 sekuntum.
Mahal juga harganya ek
PadamKat sini tak sampailah macam tu
Cantik sekali wak..haruman kantan tembus ke Keningau tau..hehehe
BalasPadamMeriah betul bunga kantan tu. Buat laksa pun sedap.
BalasPadamBanyaknya biakkan pokok kantan..Sedap buat kerabu dengan bilis goreng & sambal tumis pun sedap..
BalasPadambesar ye pokok kantan ni...tak leh tanam dlm pasu ni.
BalasPadamTak sesuai tanam dalam pasu sebab pokoknya besar dan tinggi juga.
Padamkalau beli di kedai, RM8 sekuntum
BalasPadamMahalnyer
PadamMerahnye bunga kantan wak.... berapa harga tolak ke pasar wak?
BalasPadamBiasanya peniaga pasar amek harga 50 sen sekuntum
PadamSeronoknya tengok..semua menjadi bertuah betul dapat berbudi pada tanah ni
BalasPadamteringat masa dulu nak masak laksa cari bunga kantan tak jumpe...
BalasPadamBesar rupanya kantan merah, selalu beli yang pink. Wak jual lah anak pokok kantan merah wak. Buat macam nursery gitu. banyak tu pokoknya dan subur semuanya. Bunga kantan sekarang mahal
BalasPadamPokok kantan merah ni masih rare lagi
PadamRamai orang cari benihnya
Setakat ini wak tak buat jualan benihnya lagi.
bunga kantan putih mesti cantik kan wak, buat jambangan bunga heheheh
BalasPadamnanti dana nak suruh adik tanam jugak lah kantan merah tu... tpi sebab rumah nyai ada pokok kantan emak malas nak tanam sendiri hehehe...
kalau kat selangor dan kl, sekuntum tu dah seringgit ke dua ringgit harganya wak...
Yang bunga putih tu belum mengeluarkan bunga lagi.
PadamWak baru dapat benihnya awal tahun ni.
besar juga pokoknya ye?
BalasPadamBesar juga
PadamLebih besar daripada yang berbunga pink tu
Time nk raya,bunga kantan mencanak naik harganya..rm10 sebatang kt gua musang,kelantan..
BalasPadamMahalnya.
Padamkat sini kalau bunga kantan yang warna pink tu banyak bekalannya.
Bunga kantan putih tu PC belum pernah jumpa dan tengok wak.
BalasPadamNanti kalau dah berbunga wak tunjukkan
PadamTak pernah tgk bunga kantan putih…
BalasPadamWP pernah jumpa ulo tak
Kalau kebun bersih, ulo segan juga nak nyinggah
Padamsuka bau bunga kantan..ade masa nnt nk buat nasi grg :)
BalasPadamBaru tau ada byk warna bunga jantan ni wak. Beli pun 6 tahun sekali
BalasPadamBanyak betul pokok kantan wak. Cantik warna bunga kantan merah ni. Biasa nampak yang warna merah jambu tu je. Eh warna putih pun ada. Eloklah dibiakkan tu. Nanti kalau ada bunga kantan warna putih tu wak share ye :)
BalasPadamBestkan kalau bercucuk tanam..nak makan, cabut atau petik saja..
BalasPadamtgk kantan trs teringat laksa
BalasPadamSubur2 kantannya ye
BalasPadam