Selasa, 31 Mac 2020

Happy Birthday ePool

Salam bertani

Hari ini adalah hari jadi si ePool yang ke-tiga. ePool lahir pada 01  April, tarikh orang-orang zaman dahulu menyambut 'April Fool'. Begitulah si ePool mendapat nama. Walau pun sudah berumur tiga tahun, si ePool tidaklah begitu gemuk kerana musim kemarau yang berpanjangan pada tahun lepas dan tahun ini.

Happy birthday to me
Harap-harap tahun ini dapat giliran qurban.


Hari ini genap umur ePool tiga tahun.
Masih kemarau dan panas terik.
Rumput berkurangan.


ePool semasa berumur dua tahun.


Hari jadi ePool yang pertama


ePool berumur 6 bulan.


ePool selepas dilahirkan.


ePool dah ada dua adik betina.

Salam bertani.

Jumaat, 27 Mac 2020

Menu Hari ini : Ulam Pucuk Ubi

Salam bertani

Sebenarnya wak nak tunjukkan menu makanan wak sepanjang hari ini daripada sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Alhamdulillah, syukur dilimpahi rezeki halal yang tidak sehabis-habisnya.
Selamat menjamu selera yang asyik lapar sepanjang kempen duduk rumah ni.


Pucuk ubi pulut celur cicah sambal kacang
buat makan tengah hari


Sarapan pagi tadi.
Mee segera goreng + kopi


Tambah 2 biji telur ayam kampung rebus.


Santapan tengah hari
Nasi putih, ayam kampung grill 
dan ulam pucuk ubi.


Ayam kampung grill


Minum petang.
Bubur kacang hijau durian.


Makan malam
Ikan lampam jawa sungai masak singgang.
(Hasil tangkapan pagi tadi)
Makan bersama nasi putih dan ulam pucuk ubi lagi.

Salam bertani.

Khamis, 26 Mac 2020

COVID 20

Salam bertani.

Pada petang semalam, wak membidani seekor lembu betina yang beranak sulung. Alhamdulillah, ibu dan anak lembu yang baru lahir selamat dan sihat. Wak namakan anak lembu jantan tersebut COVID TWENTY. Panggilan jawanya Kobit aje.


Si Kobit selepas dilahirkan 


Baru belajar berjalan.


Si Kobit bersama ibunya


Kobit tak minum air sungai.
Air tu untuk ibunya,


Alhamdulillah.
Kobit dah menyusu, dah berak dah kencing.
Itu tandanya Kobit sihat.



Seekor lembu betina yang jatuh ke seberang sungai juga sudah berdua.


Melahirkan anak betina pada bulan lepas.

Salam bertani.

Isnin, 23 Mac 2020

Balut Putik Nangka

Salam bertani.

Sudah dua petang hujan turun dengan lebatnya setelah agak lama tiada hujan. Jadi ringan sikit tugas-tugas wak di kebun kerana tidak payah menyiram tanaman. Bolehlah wak melakukan tugas-tugas lain seperti membaja, merumput dan meronda-ronda kawasan. Pagi ini wak mula membungkus putik nangka yang bergayutan di pokok. Sekiranya lambat dibungkus, buah-buah nangka akan rosak diserang oleh lalat buah. Wak balut menggunakan karung plastik bekas makanan ayam.


Putik2 nangka madu J33 selesai dibalut.


Nangka Mantin ini  berbuah kali ke-dua.


Nangka madu J33.
Sebahagian buah2nya sudah dibalut.


Nangka merah.
Sebahagian buahnya sudah dibalut.
Sebahagiannya menunggu masa beberapa minggu lagi.


Setangkai putik nangka.
Perlu simpan sebiji sahaja untuk pembesaran
sebelum dibalut. 


Esok sambung balut yang ini pula.


Juga perlu dibalut beberapa hari lagi.


Anak pokok nangka ini baru belajar berbuah.

Buah-buah nangka ini dijangka boleh dituai selepas sambutan hari raya nanti.

Salam bertani.

Khamis, 19 Mac 2020

Ternakan Ayam : Lauk Di Belakang Rumah

Salam bertani.

Sempena kawalan pergerakan sekarang, kita tidak digalakkan untuk keluar rumah walau pun dibenarkan untuk mendapatkan barangan keperluan asas seharian. Wak pun tidak ke pasar , sekadar mencari lauk dan sayur di sekeliling rumah sahaja.


Ready stok.
Ayam2 jantan yang sudah sesuai dituai


Ayam2 betina diasingkan


Bekalan untuk bulan puasa dan  raya nanti.


Adik beradik sepernetasan.
Stok raya.



Yang ini tidak dituai.
Untuk menghasilkan telur segar.


Kutipan seharian.


Makan seminggu pun tak habis ni.

Salam bertani.

Isnin, 16 Mac 2020

Merumput Tanaman Serai

Salam bertani.

Pagi ini wak bekerja di dusun seperti biasa. Oleh kerana musim panas yang berpanjangan, setiap hari wak terpaksa menyiram anak-anak pokok buah-buahan dan sedikit tanaman kontan. Selesai menyiram pokok, wak membuang rumput yang tumbuh pada tanaman serai. Kira-kira pukul 11.00 pagi, selesailah kerja-kerja membersihkan rumput di kawasan tanaman serai.


Kawasan tanaman serai yang telah ditumbuhi rumpai


Pokok peria liar melilit serai 


Rumput israil memenuhi ruang tanaman.


Wak gunakan cangkul untuk menajak rumpai


Kawasan tanaman serai setelah selesai merumput.


Bebas dari ancaman rumpai


Serumpun anak serai


Stok bulan puasa dan menjelang raya


Serai gajah/serai peha ayam mempunyai saiz yang besar
berbanding serai kampung.

Salam bertani.

Khamis, 12 Mac 2020

Musim Bunga

Salam bertani

Sempena musim panas ini, sebahagian pokok-pokok tanaman yang wak tanam mula berbunga. Kemugkinan musim bunga kali ini ada beberapa peringkat kerana sebahagiannya belum berbunga dan mengeluarkan pucuk baru. Selepas hari raya nanti, bermulalah musim buah-buahan tempatan pula.



Bunga durian


Anak duiran klon ini sudah 3 kali berbunga.


Pokok rambutan jarum emas lebat berbunga


Bunga rambutan jarum emas


Bunga jambu bol


Pokok belimbing madu tak berhenti berbunga dan berbuah



Putik buah belinjau


Bunga bidara


Pokok bidara ini sudah beberapa kali berbuah


Pokok mulberi galak berbunga selepas dipangkas


Anak nangka madu j33 berputik kali kedua


Putik nangka mantin (isi merah)


Pokok longan ping pong juga berbunga


Setangkai putik longan ping pong


Bunga ciku


Bunga jambu air


Pokok kopi juga lebat berbunga


Bunga dan buah kopi


Anak kuini belajar berbunga


Bunga sulungnya 4 tangkai


Pokok limau bali sunkist juga berbunga.

Salam bertani.