Pagi ini wak bekerja di dusun seperti biasa. Oleh kerana musim panas yang berpanjangan, setiap hari wak terpaksa menyiram anak-anak pokok buah-buahan dan sedikit tanaman kontan. Selesai menyiram pokok, wak membuang rumput yang tumbuh pada tanaman serai. Kira-kira pukul 11.00 pagi, selesailah kerja-kerja membersihkan rumput di kawasan tanaman serai.
Kawasan tanaman serai yang telah ditumbuhi rumpai
Pokok peria liar melilit serai
Rumput israil memenuhi ruang tanaman.
Wak gunakan cangkul untuk menajak rumpai
Kawasan tanaman serai setelah selesai merumput.
Bebas dari ancaman rumpai
Serumpun anak serai
Stok bulan puasa dan menjelang raya
Serai gajah/serai peha ayam mempunyai saiz yang besar
berbanding serai kampung.
Salam bertani.
Bersih sekitar serai, takde rumput dah.
BalasPadamBila kawasan tanaman bersih, hati pun suka tenguk
Padamgemuk juga hasil serai tu
BalasPadamNi tengah musim kemarau,
Padamharap2 bila hujan nanti, bertambah2 suburnya.
puas buat masak kalau guna serai peha ayam tu wak... abah pun ada jugak tanam sikit sekitar rumah....
BalasPadamWak tanam serai paha ayam ni untuk jual sebab orang suka beli yang besar2.
Padamuntuk makan sendiri, wak tanam serai kampung di belakang rumah. Serai kampung walaupun kecil, aromanya lebih menyelerakan.
terbau2 serai tu wak
BalasPadamSerai paha ayam ni besae,
Padamtapi serai kampung tu lagi harum baunya.
terbaik Wak..
BalasPadamRezeki wak banyak datang daripda tanah.
Padamkat rumah parent ejulz pun banyak serai. x payah beli. hehe
BalasPadamKalau ada kawasan mesti tanam serai walau serumpun sebab
Padammemang selalu guna.
baru tau nama rumput tu rumput israil..mesti sebab dia merampas tanah tanaman lain kan...hahahhaha
BalasPadamSebab tu dipanggil rumput israel SS.
PadamTapi ia boleh dijadikan makanan ternakan ( kambing, lembu, arnab dan ayam suka rumput israel ni)
rumput yang tumbuh ni menjadi pesaiang kan.
BalasPadamRumput yang tumbuh ni memang kena kawal sebab ia menguasai ruang dan menggunakan nutrien yang sama.
Padambestnya dapat rasa hasil tanaman dari kebun sendiri..serai antara bahan masakan wajib ada kat fridge rumah saya:)
BalasPadamKat tepi dapur pun wak ada tanam beberapa rumpun.
PadamKalau pn is3 nak guna, terus potong aje.
Teringin nak tanam quinin. Sepokok saja
BalasPadamSaya bayangkan seronoknya hidup wak...mengabdikan diri pd tanah dgn menanam berbagai jenis sayuran dan buah2an..tak stress mengadap jem..
BalasPadamWak pulak bayangkan tentu seronok orang duduk bandar,
PadamMakan sedap2 kat hotel/restoran, tenguk wayang, makan angin dsb.
Rajin nya hamba alla ini..syukuri nikmat ya
BalasPadamKita kena rajin dan komited dengan kerja kita cikgu.
Padamrasa nk berkebun tapi panas tu buat jadi malas la pulak hehe
BalasPadamPanas dan hujan dah jadi mainan wak.
PadamCuma kilat dan petir aje yang wak takut.
Gemok serainya..saya ingat main tanam je Wak, rupa kena gak ek menjaganyaa...
BalasPadamfirst time tengok serai gajah.. besar..
BalasPadamBanyak betul wak tanam serai. First time tahu kewujudan serai gajah tu
BalasPadamBestnya. Sebenarnya antara impian Elly bila duduk kampung nak tanam serai.
BalasPadamberpeluh juga mencangkul tu...
BalasPadamMesti Tak lama lagi lebat dah serai tu
BalasPadamsaya nak tanam serai, wak.
BalasPadamlom lagi dpt peluang.
tgk dulu la lepas musim kemarau ni hah.
daun pandan atas tanah depan tu ha pun byk yg kering :(
sedih!
Saya suka serai gebu² cenggitu. Geram je tengok.
BalasPadamAbah SA pun dah start tanam serai..serai memang keperluan..kat luar susah nak dapat..kalau ada pun kurus2
BalasPadam