Salam bertani
Pagi ini wak mengejar dua ekor ayam kampung bujang untuk disembelih. Semua kerja memproses ayam wak buat sendiri secara manual. Sembelih, buang bulu sehinggalah siap dipotong. Simpan dalam beberapa bekas buat stok bulan ramadan. Fikir nak masak apa, itu tugas pn isteri wak pula.
Siap proses dua ekor ayam kampung.
Asingkan bahagian isi, tulang dan organ dalaman.
Selepas disembelih, ayam dibersihkan
daripada kotoran dan darah.
Kemudian direndam dalam air panas
untuk memudahkan mencabut bulunya.
Siap cabut bulu ayam secara manual.
2 ekor seberat 7 kg.
Ayam diganggang pada api dapur untuk membersihkan
bulu-bulu halusnya sebelum dipotong.
Sebahagian daripada ayam yang siap diproses.
Puasa kali ini, anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu tak balik kerana PKP. Tak tahulah ayam dua ekor tu berapa lama nak habis. Stok yang masih hidup di belakang rumah pun banyak lagi. Kalau hari-hari makan ayam kampung pun jemu juga.
Salam bertani