Wak ada menanam sepohon jambu bertih merah pada tahun lepas. Benih jambu bertih merah tut ini wak beli di sebuah nurseri pertanian di Kuala Kangsar semasa pergi jemputan kahwin di sana. Alhamdulillah, pokoknya telah mengeluarkan buah beberapa tangkai dan sedang mula mengeluarkan bunga baru yang lebat.
Setangkai buah jambu bertih merah
18.04.2020
Inilah pokok jambu bertih merah yang berbuah sulung
beberapa tangkai.
Setiap hujung dahannya mula mengeluarkan bunga baru.
Beberapa tangkai buah yang masih muda.
Setangkai lagi
Putik mudanya berwarna putih
13.05.2019 - beberapa hari selepas ditanam
25.09.2019 - Pokok jambu bertih kelihatan subur
walau pun musim kemarau.
Senang petik jambu bertih merah sebab pokok rendang.
BalasPadamCantik warnanya.
Haa... ni satu lagi pokok dalam wishlist saya... ada nampak kut belah sini dua tiga tempat. kut taman ni pon ada. tunggu nak minta kebenaran nak tut jer... Banyak pokok jambu ni sekarang bila berbuah jatuh terbiar gitu jer.. budak2 skrg tak berapa nak makan buah... kita ni terliur tengok buah kat pokok orang hahaha
BalasPadamya Allah sedapnya nmpak klo cicah dgn garam belacan perghhh
BalasPadamsaya tak tahu nama betul dia tapi panggil jambu kampung..
BalasPadamsebab dlu kat kg nenek ada dua pokok ni. now gone..
sedappp and rasa klasik x sama dengan jambu air madu beli kat rnr tapah tu hehe..
Sodap ni tau..hehe..teringin nak tanam dekat halaman rumah :)
BalasPadammakan dengan kicap sedap ni =)
BalasPadamKecur liur nampak jambu bertik merah menyala!
BalasPadamBUAH JAMBU BERTIH NI ADA YG MANIS...YG BIASA TU MASAM SEDAP BUAT MENYICAH
BalasPadamdah jarang tengok orang menjual jambu jenis ni terutama yang putih tu. alhamdulilah, cantik dan subur kejadiannya. suka tgk kebun dan hasil tanaman wak
BalasPadamsedap ni..tepi rumah mertua ada la.. setahun berapa kali tah berbuah..lebat.. bawah pokok letak pulak meja kerusi boleh buat tempat menyicah ptg2
BalasPadamWahhhh. Merah.. cantik π
BalasPadamSedapnya buat cicah kuah rojak..
BalasPadamKami punya pokok tak berjaya hidup....
BalasPadamkalau cicah sambal kicap sedap ni.
BalasPadamLama sungguh tak makan buah jambu ni. nak jumpa pun susah sekarang ni.
BalasPadamSedap makan ngan kicap+cili+gulaππ
BalasPadammerahnyaaa mak ngah jambu tu!!!
BalasPadamPatutlah namanya bertih sbb saiz kecil...tak perasan tajuk ada tulis Jambu,kalau tak saya ingat pasal bertih jagung tadi. hehe
BalasPadamSedap ni kita kt sini nak buah mcm2 ni kene beli di pasar.
BalasPadamSaya dah kali ketiga tanam pokok jambu bertih tut. Harap yg kemudian ni hidup eluk. Yang dulu semua mati.
BalasPadamElok sekali buah jambu tu Wak..
BalasPadamSha panggil jambu loceng.. Warna dia merah mengancam.. cantik kejadiannya..
BalasPadamsy panggil jambu air. kalau singgah petron isi mnyk, mmg beli jambu air ni. kdg cepat abis, xda rezeki nak beli
BalasPadamjambu ni mmg sgt sedap..
BalasPadamKalau saya yg tanam mesti mati WP hihi.... Kecik kecik dulu selalu makan jambu ni... banyak yg ditinggalkan sejak dah tua ni huhu
BalasPadamwow, bakal meriah buahnya nih!
BalasPadamBuah ada lg x? Isteri sy mangidam
BalasPadamMaaf, tak musim lagi
PadamTengah keluar pucuk baru