Selasa, 30 Mac 2021

Mengolam Dusun

 Salam bertani.

Alhamdulillah, wak selesai membina sebuah kolam takungan air di dusun. Wak upah jentera pengorek menggali kolam di tengah-tengah dusun. Jadi takdelah masalah bekalan air bila kemarau nanti.  Selepas ini wak akan menggunakan pam penyedut air untuk menyiram tanaman terutama sekali anak-anak pokok durian.


Sebuah kolam takungan air siap dibina 3 hari yang lepas.
Air hampir memenuhi kolam kerana musim hujan sekarang.


Jentera penggali memulakan kerja mumbuat kolam


Penggalian kolam sedang dijalankan


Kolam hampir siap


Kolam yang telah siap dibina beberapa hari yang lepas.
Saluran air masuk itu akan wak pasangkan paip PVC
dan tanahnya akan ditutup semula.
Wak nak mancing ikan puyu untuk dimasukkan ke dalam
kolam baru ini.



Salam bertani.


Isnin, 29 Mac 2021

MB 159 : The China News Photography Gold Medal Award

 Salam bertani

Pengorbanan Wanita


"On my shoulders is responsibiliti,
I hold hope in my arms"

Salam bertani.


Khamis, 25 Mac 2021

Baja AB : Rahsia Tanaman Subur

 Salam bertani

Salah satu jenis baja yang wak selalu gunakan untuk menyuburkan tanaman ialah baja AB. Baja AB adalah baja cecair yang telah dirumus lengkap untuk menyuburkan pokok serta memberikan pulangan hasil yang berkualiti. Wak gunakan baja AB untuk tanaman sayuran sama ada ditanam di atas tanah, dalam polibeg atau pasu. Ia juga sesuai digunakan untuk tanaman sayuran secara fertifasi dan hydroponik.

Cara penggunaannya juga amat mudah, cuma campurkan baja AB ini ke dalam air mengikut sukatan yang telah ditetapkan seperti tertera di labelnya. Ia boleh terus disiram ke atas media tanaman seperti kita menyiram air pada tanaman. Baja AB juga boleh digunakan secara semburan (folier) terus ke daun dan batang tanaman.

Sekarang baja AB yang wak gunakan ini boleh didapati di Shopee dengan harga yang amat berpatutan berbanding produk baja AB yang lain. Jom sokong produk berkualiti ini. 

Wak tunjukkan gambar-gambar tanaman sayuran wak yang subur (di bawah) selepas menggunakan baja AB ini.

















Klik pada gambar di bawah untuk ke  Shopee




Salam bertani.


Isnin, 22 Mac 2021

Rambutan Sudah Berbunga

 Salam bertani

Beberapa pohon rambutan dewasa di dusun WP sudah mula mengeluarkan bunga berikutan cuaca panas sekarang. Ada pokok rambutan jarum emas, rambutan anak sekolah, rambutan deli cheng, rambutan gula batu dan juga rambutan gading. Semuanya sedang lebat berbunga dan mudah-mudahan menghasilkan buah yang lebat pada kali ini.

Sebelum berbunga, pada bulan januari yang lalu wak telah menaburkan baja penggalak bunga kepada semua pokok buah-buahan dewasa. Wak gunakan baja sebatian 12:12:21 (baja biru).


Bunga rambutan yang baru terbentuk.
Pokok rambutan berbunga di hujung dahannya.


Poko rambutan anak sekolah mula mengeluarkan bunganya


Pokok rambutan gula batu juga lebat mengeluarkan bunga


Pokok rambutan jarum emas ini baru dipangkas pada
tahun lepas. Juga mengeluarkan bunga.


Sepohon rambutan jarum emas yang besar, 
rimbun dan rendang juga lebat berbunga.


Mengeluarkan bunga di setiap pucuknya.


Rambutan deli cheng


Rambutan gading berbunga hingga ke atas tanah.


Buah rambutan jarum emas pada musim yang lepas.



Salam bertani.

Sabtu, 20 Mac 2021

Sembelih Ayam Gajah

 Salam bertani

Hujung minggu ini adik beradik wak yang Johorean pulang ke kampung selepas lama tidak boleh merentas daerah. Mereka  berkumpul di rumah emak wak yang terletak bersebelahan dengan rumah wak. Wak sembelihkan beberapa ekor ayam kampung untuk juadah mereka.


Wak sembelih lima ekor ayam jantan.
2 ekor ayam gajah
3 ekor ayam kampung kacuk.


Seekor ayam gajah jantan beratnya mencapai 5 kg.
Usianya lebih kurang 4 bulan.


Wak punya 2 ekor
3 ekor lagi mereka uruskan.


Paha ayam gajah.
Besar macam peha gajah.


Siap proses 2 ekor.
Tugas seterusnya wak serahkan kepada pn is3.

Salam bertani.

Khamis, 18 Mac 2021

Tawan Dua Raja

 Salam bertani

Wak dapat tawan dua raja dusun yang tengah viral tu


1. Kegilaan ramai
Musang King


2. Kegilaan baharu
Tupai King

Salam bertani

Rabu, 17 Mac 2021

Isnin, 15 Mac 2021

MB 158 : Babi Betul

 Salam bertani


Pokok mesta ini sudah berumur lebih dua tahun.
Wak tanam menggunakan bibit cantuman baji.


Sayang umurnya tak panjang.
Dipatahkan oleh babi hutan 
yang masuk ke dusun baru-bari ni.



Hanya ini yang tinggal.
Harap-harap yang patah akan tumbuh.

Salam bertani.

Jumaat, 12 Mac 2021

JDT 09

 Salam bertani


Cucu lanang wak di Melaka hantar laporan, kena masak
Entah masak apa-apantah


Anak si Siti dah berumur sebulan lebih
Wak namakan si Rina
Cantik dan langsing kan?


Stok sepanjang bulan Ramadan nanti
Dah berumur dua bulan.


Stok raya
Dah berumur sebulan lebih


Stok sepanjang masa
Tak tau kenapa si Kent termenung


Cemilan petang.
Buah nangka madu tengah musim.


Ni pun stok sepanjang masa.
Nangka madu j33


Cempedak luar musim
Agaknya sebulan lagi bolehlah tuai


Bunga durian ioi
Tak lama lagi mekarlah


Rambutan jarum emas pun dah berbunga.
Bunganya sampai atas tanah.


Belimbing madu
Penghapus dahaga semasa kerja di dusun



Pokok kacang panjang renek.
Pokoknya tidak menjalar.
Tanam dalam bekas pencuci pakaian.


Buah belimbung buluh tengah musim
Buat kismis belimbing buluh.
Sedap.
Salam bertani.