Salam bertani
Salam bertani.
Rabu, 29 Mei 2019
Selasa, 28 Mei 2019
Budak-budak Obes
Salam bertani.
Budak-budak ni adik-beradik.
Dua-dua obes sebab kerjanya makan tidur aje.
Dua-dua budak bagus.
Tak banyak karenah.
Tak timbulkan masalah.
Jadi penghibur dalam rumah.
Salam bertani.
Budak-budak ni adik-beradik.
Dua-dua obes sebab kerjanya makan tidur aje.
Dua-dua budak bagus.
Tak banyak karenah.
Tak timbulkan masalah.
Jadi penghibur dalam rumah.
Salam bertani.
Isnin, 27 Mei 2019
MB 88 : Cabaran 200 Hari
Salam bertani.
Salam bertani.
Inilah gambar si Togel semasa berumur beberapa minggu.
Masuk entri ' DIY Rumah Baru' bertarikh 25.11. 2018
Gambar si Togel sekarang setelah berumur 200 hari.
Sudah dewasa dan sudah bertelur.
Si Togel (depan sekali) bersama rakan-rakannya.
Memberikan pose yang sama seperti gambar semasa togel dulu.
Salam bertani.
Khamis, 23 Mei 2019
Membaja Pokok Buah-buahan
Salam bertani
Pagi tadi Wak membaja pokok buah-buahan yang sedang berbuah di dusun. Wak gunakan baja sebatian NPK 13:13:21 Yara Mila. Pokok buah-buahan yang sedang berbuah perlu diberikan baja tambahan untuk mempastikan buah-buah yang dihasilkan cukup nutrisi untuk membesar dan hasil yang berkualiti.
Gambar-gambar pokok buah-buahan yang sedang berbuah muda di bawah:
Salam bertani.
Pagi tadi Wak membaja pokok buah-buahan yang sedang berbuah di dusun. Wak gunakan baja sebatian NPK 13:13:21 Yara Mila. Pokok buah-buahan yang sedang berbuah perlu diberikan baja tambahan untuk mempastikan buah-buah yang dihasilkan cukup nutrisi untuk membesar dan hasil yang berkualiti.
Baja sebatian NPK 13:13 :21
Mengandungi 13% Nitrogen
13 % Phosphate
21% Potassium/Kalium
1 beg 50 kg.
Guna 2 beg.
Baja berbutir berwarn merah
Ditabur di perdu pokok buah-buahan yang sedang berbuah.
Putik durian kim hong
Putik pulasan
Putik rambutan jarum emas
Putik cempedak
Putik rambai
Putik manggis
Putik duku terengganu
Putik duku JDT
Putik nangka
Putik buah kuini.
Salam bertani.
Rabu, 22 Mei 2019
Isnin, 20 Mei 2019
MB 87 : Herba ; Manfaat Yang Boleh Mendatangkan Mudarat
Ahad, 19 Mei 2019
Belajar Berbuah
Salam bertani
Salam bertani.
Sepohon cempedak yang baru berumur setahun jagung
sudah belajar berbuah buat kali pertamanya.
Putik buahnya bergantungan di pokok
Berbuah di batang utama
Harap-harap menjadilah
Setangkai dua biji.
Buah yang kecil perlu dibuang untuk mengelakan persaingan.
Perlu pembungkusan untuk mengelakkan serangan lalat buah.
Salam bertani.
Haiwan Perosak : Tupai
Salam bertani
Salah satu haiwan perosak tanaman dusun dan hasilnya ialah tupai. Jika tidak dikawal, tupai boleh mengakibatkan kerosakan hasil yang parah dan mengakibatkan kerugian kepada petani. Wak menggunakan cara tradisional mengawal populasi tupai dengan memasang perangkap tupai.
Salam bertani.
Salah satu haiwan perosak tanaman dusun dan hasilnya ialah tupai. Jika tidak dikawal, tupai boleh mengakibatkan kerosakan hasil yang parah dan mengakibatkan kerugian kepada petani. Wak menggunakan cara tradisional mengawal populasi tupai dengan memasang perangkap tupai.
Perangkap tupai yang dipasang.
Menggunakan unpan isi durian sejuk beku.
Seekor tupai masuk perangkap.
Tupai merosakkan kulit anak pokok durian.
Terdapat kesan gigitan baru dan lama.
Gambar-gambar di bawah pula ialah putik buah durian
yang gugur kerana dirosakkan oleh tupai.
Jumaat, 17 Mei 2019
Pangkas Pokok Pulasan
Pokok pulasan perlu dipangkas untuk mengelakkan terlalu tinggi dan untuk membentuk kanopi pokok yang sesuai. Pokok yang rendang akan memudahkan kita mengutip hasil tanpa memanjat atau menggunakan galah. Sebahagian pokok-pokok pulasan di dusun WP telah dipangkas selepas musim buah yang lepas. Pokok pulasan yang dipangkas tidak akan mengeluarkan hasil selama satu musim.
Berikut ditunjukkan proses pemangkasan pada sepohon pulasan.
Berikut ditunjukkan proses pemangkasan pada sepohon pulasan.
16.11. 2018 - Proses pemangkasan dilakukan pada pokok pulasan.
16.12.2018 - Pokok mula mengeluarkan tunas baru.
16.01.2019 - Tunas pokok semakin membesar.
27.02.2019 - Selepas dibuat penjarangan tunas.
18.03.2019 - Tunas sudah mengeluarkan pucuk kali ke- dua.
24.04.2019 - Mempunyai bentuk kanopi yang sesuai.
Keadaan pokok pulasan sekarang.
Bahagian atas pokok perlu dicantas lagi untuk mengawal ketinggiannya.
Pokok tidak berbunga untuk satu musim.
Pokok lain yang sedang berbuah.
Buahnya rendah dan boleh dicapai tangan.
Musim penuaian dijangka pada penghujung Syawal.
Salam bertani.
Langgan:
Catatan (Atom)