Rabu, 29 Mei 2019

Selasa, 28 Mei 2019

Budak-budak Obes

Salam bertani.

Budak-budak ni adik-beradik.
Dua-dua obes sebab kerjanya makan tidur aje.

Dua-dua budak bagus.
Tak banyak karenah.
Tak timbulkan masalah.
Jadi  penghibur dalam rumah.













Salam bertani.

Isnin, 27 Mei 2019

MB 88 : Cabaran 200 Hari

Salam bertani.


Inilah gambar si Togel semasa berumur beberapa minggu.
Masuk entri ' DIY Rumah Baru' bertarikh 25.11. 2018


Gambar si Togel sekarang setelah berumur 200 hari.
Sudah dewasa dan sudah bertelur.


Si Togel (depan sekali) bersama rakan-rakannya.
Memberikan pose yang sama seperti gambar semasa togel dulu.

Salam bertani.

Khamis, 23 Mei 2019

Membaja Pokok Buah-buahan

Salam bertani

Pagi tadi Wak membaja pokok buah-buahan yang sedang berbuah di dusun. Wak gunakan baja sebatian NPK 13:13:21 Yara Mila. Pokok buah-buahan yang sedang berbuah perlu diberikan baja tambahan untuk mempastikan buah-buah yang dihasilkan  cukup nutrisi untuk membesar dan hasil yang berkualiti.

Baja sebatian NPK 13:13 :21


Mengandungi 13% Nitrogen
  13 % Phosphate
21% Potassium/Kalium


1 beg 50 kg.
Guna 2 beg.


Baja berbutir berwarn merah


Ditabur di perdu pokok buah-buahan yang sedang berbuah.

Gambar-gambar pokok buah-buahan yang sedang berbuah muda di bawah:


Putik durian kim hong


Putik pulasan


Putik rambutan jarum emas


Putik cempedak


Putik rambai


Putik manggis


Putik duku terengganu


Putik duku JDT


Putik nangka


Putik buah kuini.

Salam bertani.

Rabu, 22 Mei 2019

Ahad, 19 Mei 2019

Belajar Berbuah

Salam bertani


 Sepohon cempedak yang baru berumur setahun jagung 
sudah belajar berbuah buat kali pertamanya.


Putik buahnya bergantungan di pokok


Berbuah di batang utama


Harap-harap menjadilah


Setangkai dua biji.
Buah yang kecil perlu dibuang untuk mengelakan persaingan.
Perlu pembungkusan untuk mengelakkan serangan lalat buah.

Salam bertani.

Haiwan Perosak : Tupai

Salam bertani

Salah satu haiwan perosak tanaman dusun dan hasilnya ialah tupai. Jika tidak dikawal, tupai boleh mengakibatkan kerosakan hasil yang parah dan mengakibatkan kerugian kepada petani. Wak menggunakan cara tradisional mengawal populasi tupai dengan memasang  perangkap tupai.



Perangkap tupai yang dipasang.
Menggunakan unpan isi durian sejuk beku.


Seekor tupai masuk perangkap.


Tupai merosakkan kulit anak pokok durian.
Terdapat kesan gigitan baru dan lama.

Gambar-gambar di bawah pula ialah putik buah durian 
yang gugur kerana dirosakkan oleh tupai.




Salam bertani.

Jumaat, 17 Mei 2019

Pangkas Pokok Pulasan

Pokok pulasan perlu dipangkas untuk mengelakkan terlalu tinggi dan untuk membentuk kanopi pokok yang sesuai. Pokok yang rendang akan memudahkan kita mengutip hasil tanpa memanjat atau menggunakan galah. Sebahagian pokok-pokok pulasan di dusun WP telah dipangkas selepas musim buah yang lepas. Pokok pulasan yang dipangkas tidak akan mengeluarkan hasil selama satu musim.

Berikut ditunjukkan proses pemangkasan pada sepohon pulasan.


16.11. 2018 - Proses pemangkasan dilakukan pada pokok pulasan.


16.12.2018 -  Pokok mula mengeluarkan tunas baru.


16.01.2019 - Tunas pokok semakin membesar.


27.02.2019 -  Selepas dibuat penjarangan tunas.


18.03.2019 -  Tunas sudah mengeluarkan pucuk kali ke- dua.


24.04.2019 -  Mempunyai bentuk kanopi yang sesuai.


Keadaan pokok pulasan sekarang.
Bahagian atas pokok perlu dicantas lagi untuk mengawal ketinggiannya.
Pokok tidak berbunga untuk satu musim.


Pokok lain yang sedang berbuah.
Buahnya rendah dan boleh dicapai tangan.
Musim penuaian dijangka pada penghujung Syawal.

Salam bertani.